Khamis, Jun 24

can't you read?


sejenak terfikir. dah lama tak buat refleksi. tapi dua tiga menjak ni memang ada beberapa perkara yang mengetuk pintu hati. kalau tak ambil peluang untuk berfikir sejenak, merenung alangkah ruginya. membiarkan tarbiyah-Nya berlalu begitu saja.

dah lama sangat hidup 'bersendiri'. sungguh. sudah lama. seakan terlupa akan 'kerja' itu. lama benar menyepi diri. kenapa? sibuk kononnya. sibuk apa? ah. cukup-cukuplah beralasan wahai diri. cukup!

satu persatu perkara datang 'menyerang' diri ini. terlalu banyak mutiara kehidupan untuk dikutip andai saja diri ini benar-benar memikirkan.

bukan saja sekadar berfikir, namun berfikir untuk bertindak. bukan sekadar berkata, tapi perbuatan menyusul kata-kata. namun perlunya kata-kata itu agar kata-kata tersebutlah yang akan kembali menampar diri ini dikala dia leka dan lena dengan 'kesibukan dunia'.

'sendiri'.
ya. terasa seakan diri 'tersisih' tanpa disengajakan.

tapi itu bukan yang utama.

the point that play in my mind at the time being, bilakah kali terakhir kita letakkan akhirat sebagai matlamat hidup?

'saya heran bila orang kejar studi. yang terlihat studi yang diutamakan atas segala-galanya padahal studi tu patut digunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat'

matlamat yang lebih tinggi

yang utama

'not finding the best but be the best to get the best.'

itulah kata-kata yang terucap pada sahabatku.

bukan mencari yang terbaik tapi kita jadi yang terbaik untuk kita dapat yang terbaik.

soal hidup. soalnya segala di tangan Tuhan yang menentukan. namun kita punya bahagian untuk berusaha.

'apalah sangat dunia ni. kita cuma kena sabar kejap je lagi. agak2 dalam 60 tahun je. lepas tu syurga. kekal abadi. selama2nya..'

'kalaulah semua orang fikir matlamat pasal akhirat, dia takkan buat benda yang tak bagi manfaat pun untuk dia time kat akhirat nanti. mesti benda yang dia nak buat tu semua benda yang boleh bagi benefit masa kat akhirat.'

kalau iman kita iman yang benar, tak akan ada lagi jalan2 tanpa arah, tak ada lagi jalan2 saja2, baca novel suka2, cakap2, borak2 pasal orang itu ini,

tak mungkin. kenapa?

sebab kita sendiri tau, benda tu semua takde faedah. yang hanya bagi kita kesukaan utk dunia je.

baca novel suka2, borak2 kosong, jalan2 yg saja2, boleh buat amal ke? yang boleh bawak sampai ke syurga?

kenapa syurga?

kalau benarlah kita beriman dengan syurga dan neraka. prinsip keimanan yg terterap sejak kita ucap syahadah.

senang sekali hidup kita ni tersasar. tersasar dari kehidupan yang punya tujuan yang jelas.

kenapa boleh fokus studi, kenapa payah nak fokus dalam solat? boleh fokus tengok movie, baca manga tapi benda yang boleh dekatkan diri dengan Tuhan lebih suka untuk ditinggalkan.

itulah dunia yang melalaikan. indah pada pandangan. namun hakikatnya terlalu hina. hakikat yang hanya difahami oleh mereka yang merenung dan berfikir yang mahu mengambil pelajaran.

peristiwa minggu lepas memang seakan menyentak diri ini.

'don't you read? it's all written there. you should read before you come'
'she can't read the advertisement.'

pang! ibarat satu tamparan menghinggap. pedas. lebat.

saat pulang aku terfikir. kalaulah Allah cakap macam tu kat time kat akhirat nanti kat manusia.

'hey don't you read? I have write all the guidance. It's all written there. Can't you READ?'

mamat tu marah kat aku sebab benda yang dah terang tertulis jelas. tapi aku tak baca. (aku baca je cuma aku tak ingat. n dia assume aku tak baca.)

agaknya kalau Allah? I can't even comparelah Allah dengan manusia. surela tak sama. tapi to me cukup satu tamparan.

terdiam malu.

Allah bagi akal untuk berfikir.
Allah bagi mata untuk melihat.
Allah bagi lidah untuk berpesan.
Allah bagi hati untuk menilai kebenaran.

'kerja kita ni kena sebarkan'

'sejauh mana sudah hidup kita ni menyumbang kepada islam?'

'awak cuba fikir, awak hidup ni ada kesan kat orang lain tak? kalau awak ada apa kesan, kalau awak takde apa kesan?

sungguh rugilah kalau hidup awak ni langsung takde bagi kesan kat orang lain'

betul.
sejauhmana hidup kita ni dapat bagi kesan pada orang lain, pada dunia yang kita hidup ni sebelum kita mati tinggalkan semua?

sejauh mana?

renung2, fikir2kan. tindak2kan.

Wallahu'alam
Wallahu musta'an.

55 Centre AVe
3:43 AM Khamis 24 Jun

2 ulasan:

Aiman Azlan berkata...

Good post.

luVendEar berkata...

salam wbt...
knape ye...stp kali terasa ade ngn tiada nya diri dlm idup kwn2 tidak memberi kesan pd mereka... T_T