Jumaat, April 3

Deen List & Dean List


"Aman, ko tak semayang Maghrib lagi ke?
Dah nak masuk Isyak dah ni.
Tinggal berapa minit lagi ni" tegur Luqman kepada roomatenya.

"Ala, kejap jer lagi. Kul 8.30 jap lagi aku ada exam ni. Sket lagi nak study tajuk ni." jawab sahabatnya yang selalu mendapat Dean list di Kuliyyahnya.

"Pergi la sembahyang dulu. Kalau ko cemerlang dalam pelajaran sekalipun. Tapi, kalau ko tak cemerlang di akhirat tak guna jugak." tegur Luqman dengan nada yang agak tinggi.

"Hmm..ok la. Aku pergi sembahyang dulu la." Aman angkur dengan nasihat Luqman tadi.

"Barulah dapat dean list dan deen list juga" Luqman menghabiskan leterannya kepada sahabat baiknya itu.

Moral of the story.


Ingatlah, dunia ini sebenarnya tempat ujian/exam bagi kita. Segala apa yang kita lakukan adalah untuk mendapat deen list dari Allah SWT.

Kalau kita gagal di dalam peperiksaan, kita masih boleh repeat, boleh tukar subjek. Kalau direject universiti, kita masih boleh tukar tempat belajar lain.

Tetapi, klu kita tidak lulus exam dengan Allah SWT.
Kita bukan setakat di dismiss oleh Allah SWT.

Bahkan, kita bakal bertemu azab yang lebih pedih setimpal apa yang kita lakukan.

Pesan saya, sama-sama kita mencari deen list dulu untuk memberi
semangat dalam dean list kita.

Dengan cara:

Kena baca buku rajin-rajin yer

Kena fokus betul-betul

Jangan bagi jin atau setan2 kacau kita tgh study. (ni bukan anak jin yer, walaupun lebey kure jah)


Jangan tenSion masa study



Selalu solat hajat, solat tahjud dan sunat yang lain dan last sekali

Banyakkan berdoa pada Allah dan tawakkal padaNYA sokmo.

Maka, jadilah kita pelajar cemerlang dunia dan akhirat.. :)INSYAALLAH


“Life like an education. The final examination for us is when we will meeting with Allah. That is our final destination”

2 ulasan:

geng at-tariQ berkata...

salam
nice post dear
=)

Tanpa Nama berkata...

exam dunia bleh repeat, exam Allah hanya sekali. life is an examination.