Jumaat, Ogos 17

niqab hati

bismillah.

ukhti seusrahku ada bertanya,
"ain dah tak pakai purdah?"

aku hanya tersenyum. memberi ungkapan jawapan yang aku sendiri mencari.

entah kenapa bila saja menjejak Malaysia, aku lebih mudah meninggalkan pakaian itu. walau hati ada keinginan untuk cuba istiqamah, tapi entah, aku sendiri tak kuat untuk memakainya di Malaysia lebih-lebih lagi bila bersama keluarga.

pokok utama yang sebenar bukanlah isu pakaian tersebut akan tetapi soal hati jauh lebih utama

kadang-kadang aku terfikir,
"apakah selama ni aku bertopeng ya?"


bertopengkan secebis kain di muka namun perwatakan disebaliknya jauh dari nyata,.

ya ada masa, kita kuat, ada masa kita lemah.
tak selamanya aku kuat, dan juga tak selamanya aku patut merasa lemah.


Selasa, Ogos 14

Rahmat Allah

Rahmat Allah tidak boleh dijual beli. Perlu usahakan bersungguh-sungguh untuk dapatkan! - TU, Tv9.

Last 3 days of beloved ramadhan. =(