Jumaat, April 13

i-n-v-e-s-t

invest ni meaning dia, 


"USE IT WELL"


(AA, 2012) 

kerja ini


bismillah

kerja ini
Gajinya lumayan tiada tara
Tiada istilah kerja lebih masa
Kerna kerja ini sepanjang masa
kerana tuntutan iman itu tidak mengira dimana dan bila

kerja ini
Habuannya syurga
Mardhotillah sebagai penanda
Andai ikhlas sentiasa tertanam di jiwa
Pasti redha Tuhan sentiasa menyapa

kerja ini
Bukan untuk orang biasa
Kerana ianya perlukan manusia
Yang sanggup berkorban harta dan jiwa
Bukan alasan penuh bersahaja
Yang tidak mengenal erti putus asa
Yang sentiasa dekat dengan Tuhan-Nya
Atau paling tidak yang sentiasa mendamba redha Tuhan-Nya
Lantas berusaha mendekatkan diri dengan-Nya
Juga mengajak dan menunjuk kepada manusia
jalan kembali dan menuju Rabb mereka
Belajar untuk mengerjakan cinta
Demi Ilah dan pengutus-Nya

kerja ini
Bukan sembarangan kerja
Ianya kerja yang mulia
Di sisi Tuhan yang Maha Esa
Sunnah rasul sepanjang usia
Yang jemu tidak pernah mengenal dirinya

kerja ini
Perlukan pemuda
Untuk mengejutkan pemuda yang lena
Dengan arus lebat dunia
Walau arus bertentang rasa
Namun benteng ampuh sudah bersedia
Untuk menahan mehnah menduga

kerja ini
Selalu ada
Yang tercicir sebelum penamatnya
Tidak kira tua muda
Semuanya serupa
Selagi bergelar manusia
Tidak akan terlepas dari kecewa
Tidak akan terlepas dari godaan syaitan durja

Moga kita dapat terus bekerja
dan bekerja dan bekerja sepenuh jiwa
harapan umat taruhan rasa
Sehingga tiba ke peluput telinga
panggilan syurga melambai kita

Moga kita
Kan terus mara
Merebut mahkota
Kurniaan-Nya
Hanya untuk mereka
Yang berjihad harta dan jiwa
Di jalan Tuhan-Nya

3:07am
277 St. George st

A day before the 'trip'.

Khamis, April 12

hikmah berdiam

"Banyak bersikap diam adalah keindahan 
yang menghiasi orang yang berakal dan rahasia yang menutup-nutupi orang bodoh"  
(Ulama)
 
 kredit : JKR
 
Bagi mereka yang beriman,
lidah yang dikurniakan oleh Allah itu 

tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati
dan sia-sia. 


Sebaliknya digunakan 
untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
 

Oleh itu, DIAM adalah benteng
bagi lidah manusia 

daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
 
”Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. 
Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. 
Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. 
(Riwayat ABU NAIM)

”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. 
(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

”Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.
(Riwayat AT-TARMIZI)

Madah Dari Hukama:
* Banyak diam tidak semestinya bodoh,
banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran, o
rang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

* Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

* Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan
kecuali dengan diam.
 Jalan yang terbaik ialah diam
 kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih
yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Dari Abdullah bin ‘Amir R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..”


sumber : nurj
 

Selasa, April 10

if it were easy

If it were easy everyone would do it.  This is why get rich quick schemes will never be true.  If it was so quick and easy then everyone would be millionaires.  Accomplishing great things is hard work, but well worth it.

Isnin, April 9

menerima demi rabbmu


"Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti" (Ujang : Jibam)

dan jika aku seperti kamu,
aku yakin aku jua lebih mengerti dan memahami.

namun kadangkala hidup tidak perlu semua itu,
andai kita benar-benar berusaha untuk itu
dalam memahami mengapa dia begini dan kita begitu.

walau mungkin engkau tidak berjaya memahami,
yakinlah ada hikmah disebalik sesuatu.

mungkin faham itu belum perlu.
kerana yang perlu hanyalah menerima
dengan hati yang ikhlas hanya untuk Rabbmu.

dry



Fasa kekeringan itu adalah sebentar, seterusnya adalah fasa menikmati buah-buahan indah di taman syurga yang permai. Yakinlah, setiap keadaan yang kita lalui, Allah sudah tetapkan, untuk kita mengambil ibrah terhadap tarbiyah ‘direct’ yang Allah berikan buat kita.
- muharikah

moga dapat kutemui kebasahan 
pada kekeringan hati ini.
Dan seterusnya mampu 
mengairi hati-hati manusia lain pula.

adik

adik,
suatu masa
aku sungguh kecewa denganmu
aku kecewa kerana kegagalanmu
untuk memenuhi expectationku

aku kecewa
bilamana engkau masih lagi
lena dengan nafsu
masih lagi lena dalam kelambu

walhal engkau sudah tahu
kita sudah tidak punya waktu
untuk bersenang-senang seperti dulu

walhal engkau sudah tahu
umat makin tenat dan haru biru

walhal engkau juga sudah tahu
engkau perlu berubah seiring waktu

wahai adikku,
aku tidak tahu
sejauh mana aku mampu

aku tidak tahu
sejauh mana dapat aku
bertahan membimbingmu
dengan penuh rasa malu
dengan penuh rasa syukur pada Tuhanku
kerana menganugerahkan engkau di sisiku

kerna aku juga terlalu
 cacat di setiap penjuru

adakala aku buntu
pabila ku melihat sayapku
'ahh inikah harunku?'
desis hati yang tidak suci itu

lebih aku rasa kecewa
kerana aku sendiri gagal membimbingmu

wahai adikku,
aku ini bukan sempurna menjadi kakakmu
jauh beza dari kakak-kakakmu yang lain
tidak selembut mereka menangani mu
tidak sehalus mereka dalam menyantuni mu

namun aku tetap menyayangi mu
tidak mahu aku biar engkau lena dalam lesu
tidak mahu aku biar engkau dibiar kaku
tidak mahu aku biar engkau ditinggalkan mati begitu!

namun antara yang haq dan yang batil
aku harus tetap teguh berdiri dengan imanku
tidak mampu mengharap pada manusia yang juga sememangnya lemah

aku harus berdiri sendiri
mengerah tenaga membina diriku dan juga kamu
untuk tetap teguh di jalan ini

adik
semoga Allah terus menyayangimu
walau aku mungkin belum cukup bersungguh menyayangimu
walau mungkin ada masa aku sengaja ignorekan kamu
walau mungkin aku letih melayani kerenah manjamu
walau mungkin aku tidak cukup sabar menyantunimu
namun kuharap Allah tidak akan menapismu

ku berharap,
Allah masih lagi membuka ruang itu padamu
untuk terus mara ke soff paling hadapan
dalam mempertahankan addeen mu

dan aku harus berlalu
berhenti berharap dengan harapan yg palsu

dan aku harus berlalu
bekerja menuju mampu
bukan terus dalam lesu

aku harus terus berusaha sehabis padu
belajar mengurus emosi yang melulu

kerana aku tidak mahu
langkah-langkah kita mati dipaku

dan membiar jahiliyyah membelenggu
yang menghalangku dari menderu laju
dalam menyahut seruan dan panggilan Tuhanku



1:43PM
mentari menyinar
209 Fort York Blvd


i wanna wake up and wake them up

bismillah

ya rabb
ya rabb

sukar untuk kumengerti diri ini.
lebih sukar untuk ku mengerti apa yang tersurat dan tersirat atas setiap ketetapan-Mu

yes, manusia itu mudah distracted.
lagi2 aku yg kononnya ada ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

padahal mungkin itu hanya imagination.

sudah aku tinggalkan pemikiran kotor itu.
sudah aku lupakan perasaan D itu.

yes. emo itu memenatkan.
dah aku cukup penat dan lemas untuk berada di lembah jahiliyyah.

penat dah nak main dengan lumpur.
yes penat.

sebab ko dah tau apa kebenaran
namun masih mahu bersama kebatilan

saat setiap 'rasa' itu ditarik satu persatu
aku mula hilang pertimbangan
aku mula hilang rentak
aku mula hilang arah tujuan
kerana iman itu  nadi pergerakan
kerana iman itu nadi atas segala kekuatan
saat kekuatan bertarung dengan kelemahan
dan pabila kelemahan mengunci kekuatan
itu adalah chaos..chaos!

dan kau tau
kau hanya perlu kembali pada Dia
just turn your back to Him
bukan tak tau..
tau je kan?

susah sangat ke?
haha. nice question.
i wish it is easy la
kalau senang dah lama dah aku n sume orang buat kan?
and semua orang dah boleh jadi sahabat Allah
bukan sahabat setan

ye  mmg tak senang
but that is the ONLY way
to get out from all this misery

when you are in your denial state
ingatlah ketetapan akan tetap tiba
ketetapan Allah itu pasti

tapi bagaimana usahamu?

tak kiralah ketetapan ape pun nak mai
but ends up it's ur life kot
that you are the one that going to face

are you still wanna face it with
denial?
ignorance?
tak puas ati..

atau pun
dgn content?
sabar, ikhlas, ihsan..

where is your ta'abbud?
where is your submittance?

dan engkau belum tau lagi
apa itu ketetapan Dia kan?

so chill je la dulu..
ni gelabah ntah pape..

at one point,
i dont feel i can even forgive myself
penat dah buat salah
keep on doing it
its like yesterday baru tobat
then i found myself doing it again
frust giler
asal susah sgt nak ada self-control?
asal susah sgt nak mujahadah

walhal dulu boleh je rasa like. ok i need to stay away
i have to be strong.. bla bla bla..and mcm2 ayat will come up


anyways, emo here pun i knew it is useless.
but i need it as therapy
a step towards menuju mampu

kerana aku tahu
aku masih mahu

aku masih mahu
 bersama di kafilah ini

aku masih mahu
berada di jalan ini

aku masih mahu
menyumbang segala potensiku

lumpuhnya aku,
satu sistem negara lumpuh

lumpuhnya aku
habislah rosak rencana DnT seluruhnya

nak tak nak,
you need to find way

bukan duduk membatu
dengan harapan
esok boleh terus beriman dgn Allah
boleh terus cukup rasa yakin
boleh terus nak sabar, istiqamah, ikhlas,ihsan..

at one point,
hati mmg rasa keringgg
sebab apa?
sebab salah sendiri. 3:165

Allah ckp
kalau musibah atas kamu tu
mmg salah sendiri


at one point,
ak terlalu menyalahkan diri
tapi end up tak kemana pun

aku pun tatau nape
tapi setan tu mmg hebat ah
kdg2 its like, i dont know
benda yg boleh 'jadi baik'
he has 'magic' yg jadikan benda tu sebaliknya

padanlah org berkata padaku,
'don't be too hard to yourself'
tapi aku like
kalau tgk sahabat2 dulu
dorang denda je diri sendiri
or maybe aku ni blame je diri sendiri
but then you do nothing other than blaming
if not compare with sahabat2
at least blame diri sendiri and act on something
nak kasi 'ajar' diri sendiri and learn the lesson

yahhh..
again you being deceived, qur.
senang2 je setan tu tipoo ko kann

pakcik setan,
boleh tak awak duduk diam2
n jangan kacau hidup sy?

but kamu tahu itu mustahil  berlaku kan

diamkan setan boleh
kena mintak Tuan setan
jauhkan dia dan konco2nya dari awak

itulah hari2 yg awak mintak kan
ihdina sirotol mustaqim.
mintak perlindungan
sbb hidup mmglah struggle

awak tak nak kawan dengan setan
sebab dia jahat
tapi still je terikut2 pujukan2 dia
padahal dia nak ajak pegi  neraka kot?

yes. manusia mmg mudah lupa.
padahal konon mcm buat baik pun
boleh lagi setan twist jadi jahat
super evil setan ni

sume org tau setan super evil.
tapi berapa ramai je sedar.

yes,
aku tersedar kejap
tapi tatau brp lama will ingat

setan is evil
setani is evil.
jgn ikut setan
jgn ikut setan.
setan is evil.

now i think for the moment
the only way to keep on back on the right track
eliminate the 'evil'.
seriusly tak bleh nak buat baik bila evil still je berantai2
rasa like awkward gile
but supposedly benda baik2 patutnya make me not fall to this dunya lah kan?
if that not happen meaning dlm benda baik tu ada evil lagi
or baik tu belum ckup baik.

tapi itulah hakikat hamba
aku patut bersyukur
Allah mengurniakan aku resources
untuk aku mencari kembali ruh yang dah hilang
ruhul jadid, ruhul jihad
yang semarak di setiap relung jiwa

at one point,
penat dah berD thru lisan
siyes penat bila rs amal tak turut selari
rs mcm.. weh ckup2..
amal mana?

semangat utk beramal
bila kian lupus
itu satu bencana

tapi bila ko step back
pun not meaning that
everything can come to 'normal'
just until,
you made a step and another step
step by step, step by step ..

dalam marathon,
if kita terlalu pecut
sampai masa akan penat kan?
mungkin terlupa untuk warm up
mungkin terlupa untuk recharge fuel
sebab tu pancit di tengah trek
tak kisahlah pause itu kronik mana
tapi engkau tetap mahu berlari ke hujung garisan, bukan?

Allahu musta'an

9:28AM
few mins b4 summer course enrolment.
209 Fort York Blvd

Sabtu, April 7

Forgiving yourself is far more important than getting others to forgive you.

If you want to feel rich, just count all the great things you have that money can’t buy.

No matter how much progress you make there will always be the people who insist that whatever you’re trying to do is impossible. Or they may incessantly suggest that the idea or dream as a whole is utterly ridiculous because nobody really cares. When you come across these people, don’t try to reason with them. Instead, forget that they exist. They will only waste your time and energy.

If it were easy everyone would do it.  This is why get rich quick schemes will never be true.  If it was so quick and easy then everyone would be millionaires.  Accomplishing great things is hard work, but well worth it.

positivity

At one time,
I can easily think positively
do good things peacefully
no matter what happen to me.
be positive, that is easy
but not at this moment of tricky
life of uncertainty
that full of dramatic scene unexpectedly
that is hard to predict precisely
what its going to be
for my life in future will be really
my heart cry easily
for things that are messy
just because I'm sloppy and snobby
my hope
That positivity get back to me
even so hardly
I need you to accompany me
throughout this journey
where my soul sometimes in weary
for uncertainties that I should not worry
as God is with me

9:40AM
FY Blvd, TO
Apr 6, 2012