Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 21

erti kasih sayang

Bismillah.

Hari ni satu permulaan yang baik mengikut perkiraan aku. Alhamdulillah.  Cuma meleset sikit tiba di pertengahan hari. Takpe la. Dalam banyak-banyak misi yang dicatat, paling kurang, ada 2-3 benda yang terlunas. Dalam proses mengedit artikel untuk disiarkan di iluvislam. Memang ambik masa sikit nak edit artikel kali ni sebab pengirim hantar artikel yang tak menepati kriteria yang kita tetapkan tapi isi artikel dah baik, penganalisa pulak dah approve. Cuma secara teknikalnya buat kita dalam hati menggerutu bila bacal. Takpela. Latihan kesabaran. Satu tarbiyyah tu kan di bulan ramadhan?

Masa cuba untuk mengedit dan mempersembahkan dengan sebaik mungkin, aku cuba pautkan sekali artikel-artikel dari tulisan Hilal Asyraf. Entah hati terdetik nak menjenguk laman tu setelah sekian lama jugak tak menyinggah. Sungguh setelah membaca beberapa post yang berbentuk perkongsian dan jugak motivasi serta diari hati ni tersentuh dan jugak ada yang seakan berdas-das peluru tembakan mengenai hati ni. 

Banyak juga benda-benda yang Hilal tu kupas. Yang paling terkesan tentang kasih sayang, cinta,tanggungjawab dan pengorbanan.Artikel pun berkisarkan tentang 'cinta yang pasti', nak kena pulak la cari artikel yang agak2 seangkatan dengannya untuk reader iluvislam punya manfaat darinya.

Jenuh juga belek-belek artikel lama yang ada kias- kias berkaitan C.I.N.T.A. Memang penuh jugak facebook tu. sebab setap kali baca, aku akan share. n akan highlightkan part mana yang aku suka kupasan dia. 

Betul. Kadang-kadang benda paling 'simple' yang selalu disebut-sebut, benda tu yang kita terlupa dan terlepas pandang.

Sekarang ni pandangan kita pada kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, ada tak dengan pandangan kasih sayang? Nak masuk syurga sama-sama, tak nak masuk neraka sama-sama?

Masha Allah. Tulisan Hilal memang terasa syurga tu macam dekat dengan kita. Ye la bila asyik selalu disebut-sebut. Di sebut-sebut bukan semborono tapi disebut-sebut tu sebagai hala tuju dan matlamat. Bila matlamat kita betul-betul syurga, memang segala tindak tanduk kita takkan lari dari nak ke arah syurga dan bukan yang sebaliknya. Nauzubillah.

Bila fikir macam tu, baru otak ni terjana, momentum terbina, nak berukhuwwah atas rasa kasih sayang tu terasa lebih ringan berbanding ukhuwah yang macam 'dipaksa-paksa' pada mula, yang mungkin awalnya terasa dia dan si dia ni tanggungjawab kita nak 'menjaga'. 

Sebenarnya tak. satu benda yang kadang-kadang mungkin kita terlupa atau terlepas pandang, kita kena dahulukan diri kita dulu.

Persoalan pokoknya, kita nak tak masuk syurga? kita memang betul- betul nak ke syurga?

Kalau nak masuk syurga, takkan nak masuk sorang-sorang? Habis tu orang yang kita kenal selama ni sama-sama kita, takkan taknak bawak di sekali sama2 melangkahkan kaki ke syurga? 

Soal sahabat, soal teman, soal rakan taulan, usah tengok macamna dengan kita. tapi KITA macamna dengan mereka. Tak kisah la kawan kita tak kasi pengaruh baik dengan kita, tapi kita ni dapat tak kasi pengaruh baik yang dekat dia? Yang terlebih penting tu adalah diri kita sendiri. (memesan diri sendiri)

Tak nak mereka-mereka heret kita ke nerakat (nauzubillahi min zalik), kitalah yang sepatutnya selamatkan diri kita dulu dan patut cuba menukar arus untuk ajak mereka sama-sama ke syurga/. *(easier said than done).

Tapi itulah realiti orang yang beriman. Memang susah. Tak senang. Untuk diri berubah, untuk ubah orang lain. Siapa kata senang? Tapi itulah dunia yang disediakan Allah, kan? - tempat ujian, (Al-Mulk :2) tempat berlumba-umba dalam kebaikan (fastibiqul khoirat).

insha Allah, pandang dengan kasih sayang dalam berukhuwwah akan membuahkan mahabbah yang indah, insha Allah. 

Isnin, Julai 12

janji Allah

[95]
Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.

[96]
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

[97]
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

[98]
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) mohonlah perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

[99]
Sesungguhnya Syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

[100]
Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

102]
Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah.


Surah An-Nahl -

Selasa, Jun 1

Mensenikan cinta


To love, and to be consistent.

Dalam kisah-kisah para anbiya' dan salafussoleh, banyak contoh-contoh hidup bagaimana mereka yang begitu hebat dalam dakwah dan jihad, agar dapat terus teguh dan kekal, konsisten dalam menjaga cintanya terhadap Allah dan jalan yang mulia itu.

Nabi Daud a.s beromantik dengan Allah dengan tasbih yang agung, lantas dengan itu ia mengukuhkan kekuasaannya dan terus menyebarkan syariat ke seluruh alam.

Saya pernah membaca salah satu syarah Bible, dia ada mengatakan bahawa David yang menulis Psalm. Kemudian si penulis syarah tersebut berkata bagaimana David boleh mampu menulis Psalm, lantas si penulis mengatakan bahawa David ini adalah antara orang yang paling banyak bertapa (meditate) lantas God berikannya ilham yang banyak dan boleh menulis Psalm. (kita ambil pengajaran sajalah ya)

Nabi Nuh a.s beromantik dengan Allah dengan tangisan dan doanya kepada Allah.

Nabi Musa a.s sangat kuat harapannya dan pengharapannya pada Allah dan menjadikan beliau sentiasa berdoa dan sentiasa bertaubat agar ditetapkan hatinya.

Rasulullah s.a.w sentiasa memperbaharui taubatnya, tahajjudnya tidak tinggal, darjatnya mampu mencapai kesetiaan yang agung terhadap jalan ini, sehingga Jibril datang menjemput baginda s.a.w.

Salah seorang salaf pernah berkata ; semenjak aku peluk Islam, aku tidak pernah kenyang kerana ingin merasakan kelazatan solat.

Imam Ghazali r.h.m menyebutkan, kalaulah bukan kerana zikir ini (ada zikir-zikir hariannya sebanyak seribu kali setiap hari), maka sudah pasti aku tidak mampu capai apa yang aku perolehi sekarang ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.h.m setiap hari pergi ke hujung kota Damsyik selepas subuh, dan berteduh di bawah sebuah pohon di situ. (bertafakkur terhadap keindahan ciptaan Allah)

Dan contoh-contoh lain ..

Habis satu lagi bahagian.

----

Cuba kaitkan kedua-dua bahagian. Saya ambil satu saja pengajarannya, iaitu tips untuk terus kekal dalam bercinta adalah sejauhmana kita pandai berseni dalam menyemai cinta tersebut.

Bagi hubungan manusia-manusia, antara seni yang paling penting adalah kebersamaan. Kita hadir pada waktu dia susah, kita sentiasa datang bila diperlukan. Sangat besar kesannya bila kita sentiasa 'ada' dan 'hadir' bersama manusia, tidak kira apa jenis sekalipun.

Masakan 'kebersamaan' itu tidak penting, sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w pun dikategorikan mengikut selama mana dia hidup 'bersama' dengan Nabi s.a.w - Ahli badar berbeza dengan Ahli Uhud, ahli Baiah Aqabah lain martabatnya dengan para Ansar. Ahli Baiatur Ridhwan juga berbeza darjatnya dengan umat Islam yang masuk Islam selepas Fathu Makkah.

Rasulullah s.a.w pernah menyebut : 

Berilah hadiah, maka kamu pasti akan saling mencintai.

Itu pun salah satu bentuk untuk menguatkan cinta manusia-manusia.

Seni dalam bercinta itu penting, kalau kita tidak berseni, nanti orang-orang yang kita cintai jadi bosan cepat, sebab taktik sama saja, tidak bertukar pun. Kita pun nampak macam tak serius untuk mencintai dia.

----

Dalam hubungan manusia-Allah, sifirnya tidak jauh. Seseorang yang paling tinggi martabatnya adalah orang yang paling pandai berseni dalam menyemai cintanya kepada Allah.

Para muqarrabin (orang-orang yang terdekat dengan Allah) mempunyai satu fiqh (kefahaman) yang menunjukkan betapa dalam nilai seninya ;

"Hasanaatul Abraar, Sayyiaatul Muqarrabiin" yang bermaksud :

"Kebaikan (perkara harus) bagi orang baik-baik, adalah keburukan orang muqarrabin"

Mereka yang sudah mendaki ke puncak yang tinggi dalam mencapai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang), pastinya berbeza dengan mereka yang belum pun mendaki gunung mujahadah tersebut yang miliki nafsu ammarah (jiwa yang mengarah kepada keburukan). Seseorang yang belum mendaki kelihatan bersahaja dan tidak risau apa pun, sebab mereka takkan terjatuh. Kalau tergelincir pun takkan cedera.

Berbeza dengan seorang yang sudah mendaki gunung yang tinggi, maka dirinya sangat-sangat takut akan terjatuh ke dalam lembah yang sangat dalam. Dia akan merasa gayat, takut, takut kecewa sebab kena mula dari awal, takut patah kaki dan tak dapat nak naik balik, dan macam-macam perasaan lagi.

Oleh itu, perasaan mereka yang sudah berada di kemuncak lebih-lebih lagi takut untuk jatuh ke kaki gunung. Pastinya orang yang mendaki akan mencari sebanyak mungkin cara untuk memastikan dirinya tidak 'jatuh' daripada gunung mujahadah itu.

Maka dalam waktu itu, dia perlu mencari segala macam bentuk bekalan, dan berseni dalam terus memanjat untuk teruskan pendakiannya menuju puncak mujahadah, iaitu nafsu mutmainnah. Dalam dirinya tidak difikirkan perkara-perkara remeh temeh, tetapi memikirkan bagaimana caranya untuk mendaki ke puncak dengan cara yang paling selamat dan confirm sampai.

Seperti yang saya sebut tadi, fiqh orang muqarrabin, mereka sangat berjaga-jaga dengan perkara harus, kerana baginya perkara kecil pun boleh cukup untuk menjatuhkannya daripada martabat muqarrabin. Kalau orang yang mendaki itu sibuk fikir untuk nak makan gula-gula atau kitkat atau tengok movie, pasti dia akan terjatuh kerana fokusnya kini 'memaksa' dia untuk teruskan pendakian.

"Yatruku ma la ba'sa bihi, Khaufan min ma bihi ba's"
- meninggalkan apa yang harus, kerana khuatir akan terjebak dalam perkara haram -

Benarlah apa yang Ibnu Qayyim sebut ;

"Meninggalkan perkara yang membawa kepada maksiat itu lebih berat/susah daripada meninggalkan maksiat"

Pada mulanya, saya kurang faham. Tapi bila diteliti balik, ya memang benar. Kadang-kadang bila syaitan tak nampak pintu maksiat untuk dia cucuk, dia akan bagi umpan-umpan ringan, supaya kita (yang kononnya sudah mantap itu) memakan umpannya yang pada mulanya nampak tiada apa, tapi rupanya di belakang itu ada si tukang kail yang memasang perangkap yang mampu menarik kita.

Umpan itu banyak jenis, kadang-kadang berbentuk ketidak susunan prioriti, kadang-kadang berbentuk perkara harus, kadang-kadang bentuk pujian dsb.

Mungkin itulah darjat-darjat orang yang rapat dengan Tuhannya.

----

Bagi orang yang berdakwah dan berjihad, semakin jauh dia dalam perjalannya, semakin sukar baginya untuk membongkar rahsia tsabat.

"Ilaahi lastu lil firdausi ahlan .. wala aqwa alannaaril jahiimi .."
Tuhanku aku tidak layak ke Firdaus-Mu, dan aku tak mampu menghadapi api neraka-Mu.

Itulah antara gaya orang-orang yang benar-benar istiqamah dalam bercinta dengan Allah .. dan dakwah-Nya. Itu tanda keseriusan mereka. Jangan menggunakan alasan mereka itu hidup zaman jahiliyah kurang dan sekarang ini zaman canggih dan bermacam-macam alasan.

Ibnu Qayyim menyebut dalam kitabnya Al-Fawaid :

"Innama tafawutul Qaumi bil himami, la bissuwar" - Sesungguhnya beza di antara suatu kaum dengan kaum yang lain adalah pada kemahuan-kemahuan mereka, bukan pada bentuk fizikal/luaran mereka

Orang yang semakin tinggi posisinya dalam gunung mujahadah, dirinya pasti akan lebih takut untuk jatuh, dan mereka pasti mengkaji apakah dia afat-afat (penyakit-penyakit) yang boleh menjatuhkannya, walau sekecil seekor nyamuk.

Saya akhiri post ini dengan ringkasan tulisan buku Sirotunal Mustaqim tulisan Ahmad Rasyid, bab yang terakhir yang bertajuk ;

"Wa Akhafu min Yaumil Hisab" - dan aku sangat-sangat takut dengan Hari Pembalasan.

Secara ringkasnya ia mengisahkan gambaran bayangan bagaimana jika kita di hari Akhirat nanti.

Ketika kita melangkah menuju ke syurga, ada tangan-tangan yang akan menarik kita daripadanya. Tangan itu adalah tangan kawan-kawan kita yang kita abaikan haknya, tangan jiran-jiran kita yang kita lupakan untuk dakwahnya, tangan itu adalah saudara mara kita yang kita lalai untuk mengajaknya, tangan-tangan itu adalah hak-hak manusia yang kita selalu terlupa untuk tunaikan kewajipan kepada mereka. Itulah tangan manusia yang kita selalu kita burukkan, kita umpatkan, kita keji dan hina. Mereka akan mengambil pahala--pahala kita hingga habis .. jika habis pahala kita, mereka akan berikan dosa-dosa mereka pada kita ... akhirnya ...

Tangan-tangan itulah akhirnya membawa kita ke neraka ... (Nauzubillah min zalik)

Maka oleh itu wahai para duat, jika engkau tahu bahawa dosa kita sangat banyak dan tiada apa yang mampu menyelamatkan kita melainkan rahmat Allah ..

Bentangkanlah sejadahmu ..
Bermunajatlah kepada Tuhanmu ..
Sekiranya engkau mampu menitiskan airmata yang pertama ..
Maka teruskanlah .. untuk menitiskan titisan yang kedua.

----

Mereka serius dalam cinta mereka .. dan mereka berjaya.
Kita ?


Maka saya sebutkan sekali lagi di sini, teguhnya seseorang itu dalam dakwah adalah kerana Allah mahukan dia untuk terus berada pada jalan-Nya, dan begitulah sebaliknya.

"Allah lebih mengetahu siapa yang Dia mahu meletakkan risalah-Nya" - Surah Al-An'am

Oleh itu di sini perlu disemai cinta-cinta agar mereka tidak bosan dengan perkara ini.

Saya teringat satu nasyid Arab :

"Ikhwatal Islami hayya .. Natafaanaa fil jihaad"
- Wahai saudara seIslam marilah ... kita berseni dalam jihad ini -

Ada orang berseni dengan memasang pelita di tengah malam ketika manusia tidur, lantas meluangkan waktunya yang panjang bermunajat dan beromantik dengan Allah. Agar saat-saat kebersamaannya dengan Allah itu semakin banyak dan menguatkannya dalam dakwah.

Ada orang yang nyalakan lilin agar suasananya romantik di tengah malam bermunajat disinari cahaya lilin dan diisi dengan zikir tasbih kepada Allah.. (Kalau suami isteri boleh pergi candlelight dinner untuk beromantis, takkan nak bercandlelight dan bercinta dengan Allah tak boleh kan ?)

Ada orang yang sanggup untuk tidur di atas lantai hanya kerana ingin mudah bangun untuk qiamullail berbanding tidur di atas tilam yang empuk.

Ada pula orang yang doanya sentiasa diiringi tangisan dan meminta selalu agar tetap teguh, dan sentiasa takut-takut sekiranya hatinya dibolak-balikkan dan berundur diri dari medan.

Ulama' dulu suka mengarang bait-bait syair yang menyentuh jiwa dan perasaan yang menjadikan dirinya sentiasa rapat kepada Allah, contoh Imam Syafie, ketika ternampak betis perempuan, beliau lantas terus mengarang bait syair yang menyatakan kesungguhannya dalam mempercantik hubungannya dengan Kekasihnya (Allah) :

sumber : emel dari akhowat

Selasa, Mei 4

we and this religion

sepintas terimbas balik, satu komen aku kat blog sorang neh. rasa 'tertumbuk' balik.


anyway, thinking of this birth makes me thinking for something

setiap saat kelahiran itu pasti menjelma. dan setiap saat kematiaan itu pasti ada.

setiap saat ada saja kelahiran demi kelahiran yang tiba.
dan pada saatnya ia ada,roh kita mungkin ada dan tiada.

sepintas aku terfikir, merenung dan teringat kembali akan firman Allah yang mafhumnya seakan begini.

jika kamu tidak mahu patuh atau menolong agama Allah, Allah tidak akan rugi sedikitpun bahkan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lebih baik yang mahu patuh akan perintah-Nya.

teringat kembali akan peranan dan tanggungjawab diri yang diciptakan. Lantas untuk apa manusia itu diciptakan?
Hidup itu satu ujian. Dicipta manusia untuk diuji. Adanya syurga, adanya neraka untuk melihat siapakah yang takut akan Tuhan walaupun tidak pernah melihat. Menguji siapa yang beriman dan terbaik amalannya. juga manusia itu sebagai khalifah [pemimpin] di muka bumi.

Tugas yang berat tapi hanya mampu dipikul oleh makhluk yang digelar MANUSIA. diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. bukanlah dia sama seperti seekor kambing, atau seekor ayam. bahkan gunung-ganang juga tidak sanggup memikul amanah yang berat. Namun manusia itu dipikulkan tugas itu ke-atasnya kerana Dia lebih Maha Mengetahui akan ciptaan-Nya. dan Dia berhak melakukan apa sahaja.

Sedarilah diri akan hakikat HAMBA.
bukanlah kita hamba dunia.

Andai kita tidak sedar, atau tak mungkin bukan atas kerelaan kita untuk menggalas tanggungjawab itu, tapi itulah tanggunjawab yang diamanahkan kpd kita.

apa2pun, kalau kita ingkar, Tuhan itu tidak perlukan kita. Bahkan kerajaan dan kekuasaan-Nya takkan berkurang. maka siapakah yang untung dan rugi? kita yang akan mengaut keuntungan kalau taat dan kita juga yg akan rugi jika lalai.

kelahiran demi kelahiran akan sentiasa ada untuk menggantikan kaum yang ingkar.

Moga kita semua menjadi hamba yang taat dan patuh akan perintah Tuhan dan mendapat keredhaan dan rahmat-Nya.

peringatan sesama insan beriman.

Jumaat, April 2

manjakah aku?

1. Aqidah yang Sejahtera 2.Ibadah Yang Sahih 3. Akhlak yang Mantap 4. Luas Pengetahuan 5.Sihat Tubuh Badan 6.Mampu Berdikari 7.Melawan Nafsu 8.Sangat Menjaga Masa 9.Tersusun Urusannya 10.Bermanfaat Pada Orang Lain.




Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia
dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan
orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan
anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"



Ahad, Mac 21

terkedu sebentar *_*


tiba2 hati aku entah kenapa dihinggap satu ketakutan. takut. takut. rasa sangat takut.

sambil layan lagu graduation vitamin c.

syok2.
b4 dat layan lagu guys sebastian. sedap2 je pi layan. ntah nape tetiba teringat kat dia. layan r jiwa jap. klo tak mcm meronta2. tapi bila dgr takde r rasa apa sgt pun. lagi sedap lg dgr zikir2.

sambung cite.

ada hamba Allah YM tetiba kol 5 pagi lebey.

SA: did u read kak zahidah's blog?
Nur Ain: nope .nape? ade org meninggal ke?
SA: kenapa cakap macam tu?
Nur Ain: ingat mati sket.salah ke? biar sedar diri sket.dari tade langsung.
SA: ow.ana mmg igt sokmo. tiap mase rase cam nak mati
Nur Ain: so nape?
SA: tapi ni cite dia kena rompak
Nur Ain: huh? bak sini link
SA: sayyaff.blogspot.com
Nur Ain: btw, kalkulator tu dah habis beruzlah ke?
Saidina Ali: ntah
Nur Ain: teruk .jap. dia kat ne
SA: kak zahidah? rumah @ pahang. read lah her blog
Nur Ain: lorh. msia!.masha Allah. takutnyerr. siyes
Nur Ain: ntah nape rasa takut. da r td sebut mati
Nur Ain: ye r.. baru bc perenggan pertama...
Nur Ain: bersenjata!
SA: takut mati nampak
Nur Ain: takut r
Nur Ain: sape berani mati?
SA: ana

....







nape ye. 
nape rasa takut lagi dengan pencuri bersenjata
lebih lagi rasa takut mati
bukanlah lebih lagi
tapi ntah
baru baca perenggan pertama, 
dan perkataan yang tercapture,
 'perompak bersenjata'

dalam bayangan, dalam fikiran

ya Allah. 
tak terbayang. 
kalau la sekarang ni,
 dalam rumah orang pegang senapang, 
parang, pisau, letak kat tengkuk, atau hulu sua kat muka..






seramm..
betol.
terus rasa cuak, seriau, seram tu datang.

dah r tgh dgr lagu lagho..
terus ..
PAP!
kalo ko mati skang camne?

wehh..
tak tobat lag nihh.
astaghfirullah..

terus da tak keruan. 
tukar terus lagu nasyid. bagi ingat Allah sket. 
tak banyak, sket pun jadi ar.
hu

selamba je sebut mati. konon ingat mati. bagus tu bagus. tapi kalau tak betul menghayati, pun tak bawak erti. tapi, betul r, kisah akak kene rompak trigger aku utk ingat, dalam hidup ni , bnyk benda boleh jadi something yang tak pernah kita terjangka.

sebut tak terjangka. yup. tak terjangka. boleh jadi, dalam masa satu saat atau satu minit, hidup kita berubah sekelip mata. semuanya bukan dalam kuasa kita. sesaat, seminit, Allah berkuasa buat kita buta, atau mungkin eksiden, pastu lumpuh separuh/ seluruh badan. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK. atau pun, buat kita tercekik apa2 masa enjoy2 makan, terus tak boleh nak bersuara dah.

time tu baru kita sedar, betapa yang kita da selama ni NIKMAT yang kita tak pernah nak bersyukur. berterima kasih kat Allah. selalu je buat Allah MARAH denga kita.

sebut terima kasih, teringat aku ada baca satu buku yang sebut pasal tauhid semalam.yang aku tertarik n melekat kat fikiran, ayat dia lebey kurg mcm ni. (ayt yg betul dia dlm english)




mana Allah tak marah,
dia yang cipta manusia, 
tapi manusia pegi sembah Tuhan yang lain, 
bukan Dia.

Mana Allah tak marah, 
dia yang bagi macam-macam, 
pemberi rezeki, 
tapi manusia langsung tak hargai, 
tak berterima kasih. 
langsung tak nak berSYUKUR!



-_-  


ini baru kisah akak tu kena rompak. siapa akak tu? akak tu aku kenal masa kem tahfiz tahun 2005. which is dalam 4-5 tahun yang lepas. nak katanya, budak tahfiz, somehow, 'orang baik2' la, sapa kata takleh jadi kat dia benda buruk2.

dia tu sama je dgn mana2 manusia. takde beza. Allah tetap akan uji. even nabi pun Allah uji. ha amek. nak merungut ape lagi. kalau nabi yang maksum, Allah pelihara dari buat dosa, pun Allah nak uji lagi macam2. inikan kita yang bleh jek nak buat macam2 dosa. hmm..

so memang betul ar hidup ni tempat ujian. setiap masa tu satu ujian. keputusan ujian tu kita tak pernah tau. tiba masa nak amik result(tgh bygkn mcm ala2 amik result spm) time tu baru kita tau kita fail ke lulus. kalau kantoi memang tak bleh nak repeat dah.

kalo fail exam univ, bleh r nak repeat. repeat 3-4 kali pun bleh je lagi.  tapi kalau fail ujian dunia, da xde nak repeat2.




#_#

Rabu, Februari 3

Siapa Allah di hatimu?

taken from here


“we want to be a better muslim, we want to spread Islam, we want to be a daie.” Why? What was the reason behind all that wants? Is it truthfully and honestly because of Allah, or was there another agenda lurking beneath that beautiful action?

If we truly did it because of Allah, with He’s will, we won’t forget Allah throughout the course of our life as a Muslim. However, if we had other intentions, don’t fret. We still have time to repent and renew our intentions. Allah is Most Merciful and surely He loves His slaves who are constantly trying to improve and become better Muslims.

Jika kita meletakkan kekuatan kita pada sahabat-sahabat kita, apa agaknya akan berlaku jika kita tidak lagi bersama-sama sahabat kita? Apakah kita masih akan bertahan dan menjalankan amal dakwah dan menyebarkan risalah agung ini? Apakah kita masih mampu mengekalkan amalan-amalan Islami yang saban hari kita lakukan?

Maka, kekuatan kita perlu diletakkan pada Allah S.W.T. Allah yang menentukan segalanya. Dia yang memberi hidayah dan taufiq pada kita dan sahabat-sahabat kita.Kehadiran kita pada saat ini berada di bawah kekuasaan Allah semata-mata. Siapa kita untuk berserah kepada yang lain dariNya?

InsyaAllah, jika kita terus-menerus meletakkan Allah sebagai kekuatan utama, tak kira di mana kita berada, berseorangan atau beramai-ramai, di Malaysia atau di luar negara, kaya atau miskin, susah atau senang, sihat atau sakit; kita akan sentiasa mengingati amanah dan tanggungjawab kita sebagai Muslim sebenar.

Ahad, Januari 10

AMAL untuk ESOK

Ayat yang terkesan hari ni,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. -Al-Hasyr:18-


Pesan abah,
Orang yang tak membaca, tak akan dapat ilmu.
Ilmu tu kata ulamak, ibarat kuda liar. Kalau tak ikat, dia akan lari. Dengar ilmu, mesti kena catat, tulis. Kalau tak, nanti ilmu tu hilang.


Hadis yang terbaca hari ni,

Kelebihan ibadah sepertiga malam

1. dekat dengan Allah

Rasulullah bersabda :

Hendaklah kamu bangun solat di tengah malam, kerana yang demikian adalah amalan yang dibiasakan oleh orang-orang soleh sebelum kamu. Ia juga sebagai suatu cara untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, dan pencegah dari dosa dan menjauhkan penyakit dari tubuh. (H.R Tarmizi dan Ahmad)

"Sedekat-dekat hamba kepada Allah ialah pada tengah malam yang terakhir. Maka jikalau engkau dapat termasuk golongan orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka usahakanlah"
(HR. Al.Hakim)

2. Hajat dan ampunan dikabul

"Sesungguhnya di waktu malam ada suatu saat(masa) tiada seorang muslim yang bertepatan pada saat itu, ia bermohon kepada Allah sesuatu yang baik dari urusan dunia dan akhirat, melainkan akan diberikan Allah permohonannya itu."
(HR. Muslim dari Jabir)

"Perintah Tuhan kita(ketetapannya) turun tiap-tiap malam ke langit yang paling rendah, ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berkata : "Barangsiapa yang memohon padaKu nescaya Kuberi, dan barangsiapa yang meminta ampun kepadaKu nescaya Kuampuni."
(HR Muslim dari Abi Hurairah)

Sabtu, Januari 9

jagalah NIAT

Untuk berjaya secara total, kita perlu ada elemen fizikal,
intelek, emosi dan spiritual yang sesuai dan ditetapkan
oleh Pencipta kita. Inilah jalan yang perlu ditempuh. Jalan
diterjemahkan kepada bahasa Arab sebagai "syaari'". Tentu
anda pernah mendengar istilah syariah? Itu ialah jalan
untuk kita berjaya sebenarnya.

Hari ini kita dalami lagi kepentingan semantik. Macam mana
ingin mempraktikkannya agar kita tidak gagal ? JAGA NIAT.

Hadith Nabi: "Sesungguhnya segala amal itu dengan
niat..."(Riwayat Saidina Umar)

Imam Syafi'i berkata : Bahawa hadith ini mengandungi
sepertiga agama Islam kerana perbuatan seseorang ada kala
dengan hatinya atau dengan lidahnya atau dengan anggotanya,
dan niat adalah salah satu dari yang tiga itu.

Amal dengan niat? Ya. Anda baca email ini kerana anda
berkata pada diri: 'pasti ada pengajaran yang boleh saya
ambil dari email ini.' Anda sudah pun beramal. Tidak perlu
tunggu untuk bercakap (amal dengan lidah) atau bergerak
tubuh badan (amal dengan anggota).

Untuk beramal dengan niat, tidak lain tidak bukan anda
perlu tahu apa yang perlu diniatkan. Niat mempunyai seni
yang tersendiri. Salah seni, niat tidak mampu membawa kita
kepada kejayaan. Cuba bayangkan seseorang ke tempat kerja
kerana terpaksa - maka itu sudah silap niatnya. Awal macam
mana pun dia ke tempat kerja tidak akan memberi impak yang
besar dalam kerja. Ia perlu ada 2 ciri dalam seni niat:

1) Ikhlas kerana Allah
2) Mengikut sunnah Rasul dengan mengikut syara' serta
bersungguh-sungguh.

Kalau dia dalam keadaan terpaksa, kerjanya kurang
diberkati. Ada saja yang tak kena. Kalau dia bekerja
inginkan duit semata-mata, ia kurang berkat. Tetapi kalau
mencari duit untuk menjadi nafkah keluarga, ia diberkati
dan pasti kariernya lebih bermakna.

Jadi jangan lupa baiki niat. Niat itu adalah kemahiran
'menamakan' apa yang ada pada hati. Niat itu hendaklah atas
dasar ilmu, bukan dugaan semata-mata. Para malaikat ingin
menyembah Allah. Tetapi ia dibezakan dengan ilmu yang
diajar kepada Nabi Adam. Kerana ilmu yang sahihlah, Nabi
Adam dimuliakan. Kalau ada ilmu namun tidak ada niat baik,
rugi.
Kalau ada niat baik tetapi tiada ilmu, sia-sia.

perkongsian dari : http://total-success.net

Khamis, Disember 10

MasyaAllah. Beruntung giler!




“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dhuhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Mu'adzah berkata: "Aku bertanya kepada 'Aisyah Radhiallaahu anha: "Apakah Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam sering mengerjakan shalat Dhuha?" ia menjawab: "Tentu, baginda sering mengerjakan shalat Dhuha empat rakaat bahkan lebih dari itu seluang waktu yang diberikan Allah Subhannahu wa Ta'ala." (HR. Muslim)

Sumber: Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim

Khamis, November 26

Pause! -tomakninah-

Perlunya berhenti sebentar - thomakninah
ST Gallery - Thursday, 26 November 2009



Rabu, November 25

Behave well


A man once went to the Prophet with a grievance against his relatives.'O Messenger of Allah,' he said, 'I have some relatives whom I treat with kindness. Yet they show me no kindness. I treat them well and they treat me badly. I show them forbearance and they treat me with brutality.'

The Prophet replied, 'If you areas you say you are, thet it is as if you have smeared their faces with dust, And you will always have God's help against them so long as you continue to be well-behaved towards them.'


(Hadits of Muslim on the authority of Abu Hurayrah)

Rabu, November 18

Sejauh mana kita redha dengan Allah?

Bismillah.
*post ni mungkin agak panjang(tak sedar ‘ter’panjang) tapi, ambillah masa untuk difikir-fikirkan dan diiman-imankan. Hidup bukan selamanya di dunia. Ada alam yang bakal menanti untuk kita tempuhi. Moga hidup kita punya erti untuk dimanifestasi.

dengan satu persoalan yang Allah ilhamkan sesuatu yang menarik untuk difikir, direnung, dihadam dan diterjemahkan bersama.

Betul ke aku anggap ALLAH ni betul-betul Tuhan aku?
Kalau betul, betul ke Dia yang betul-betul aku sembah?
Dengan sebenar-benar sembahan?
Yang memang selama ni setiap hari dok ucap, ngaku takde benda lain yang disembah melainkan Dia. Sembah = tunduk, sujud.


Hari-hari solat, hari-hari mengucap dua kalimah syahadah. Tapi..fikir-fikir balik makna di sebalik dua kalimah tu. Syahadah yang dalam bahasa melayunya bererti persaksian..

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.

Takkan hanya sekadar ucapan di bibir?

Kenapa ada orang sanggup mati hanya sebab kalimah ni?

Pernah je kan kita dengar, kisah sahabat-sahabat nabi yang kena seksa, hanya sebab dia beriman yang Allah je Tuhan yang layak disembah.

Pernah terfikir tak, kenapa orang tu sanggup mati hanya kerana syahadah?

Dan Hanya sebab tu pun(beriman dengan Allah) orang nak seksa? Tak paham betol.

“kenapa ada orang benci sangat dengan islam?”

Kadang-kadang terfikir jugak. Kenapa ya? Ada apa dengan islam? Kenapa agama lain, tak dela pulak ketara orang ‘anti’. Kenapa islam? Kenapa oh kenapa?


Sambil jalan-jalan nak balik rumah tadi, sambil-sambil dengar mp3 ditakdirkan Allah, rasa terketuk dengan satu benda.

Kalau dalam teori add math, mungkin dapat distilahkan, soalan yang sepatutnya itu adalah f(x) = y. tapi, bila soalan tu kita terbalikkan, jadi macam inverse function. walaupun inverse, tapi tetap dia masih ada function dan bagi aku walau soalan tu nampak macam tak berapa betul, tapi sebenarnya itu satu kunci yang membawa kepada fundamental issue. Walaupun dia Nampak songsang, tapi tetap ada signifikan.

Persoalan yang mungkin biasa kita dengar orang biasa lontarkan, mungkin begini bunyinya.

f(x) = Sejauh mana Allah redha dengan kita?

Tapi,
f(x)^(-1)= Sejauh mana kita redha dengan Allah?

buat orang yang mendengar soalan ni, sure ah dia tanye balik.

''macamane tu?" sejauh mana kita redha dengan Allah? sape kita nak kate camtu? layak ke kita nak kata macamtu??

ohh..persoalan bukan terhenti di situ je. ada udangnya. udangnya apa?

sejauh mana kita redha dengan Allah hanyalah satu expression yang memang tak lengkap. jadi, inverse function ni perlu kita selesaikan supaya dia dapat kembali kepada function asal. (dapat tangkap ke idea kiasannya setakat ni? huhu..mesti ade org bising..'pliz stret to the point!' maaf. aku ni kadang-kadang memang jenis berkias. tak dapat lari.)

dan kenapa kena kembali kepada function asal? (ish. mcm banyak tanya pulak)..sebab memang itu asal usul dia dan the core of function untuk terus berfunction. (berkias lagi!)

function might be an archetype as well not only a symbol.(for my own interpretation of ‘function.)

sambung bicara tentang penyelesaian kepada inverse function tadi,

f(x)^(-1)= ?

sejauh mana kita redha dengan Allah?

...
sejauh mana kita redha Allah sebagai TUHAN kita?

sape dapat jawab?

Tanya diri sendiri.

Adakah kita dah benar-benar redha Allah sebagai Tuhan kita?

atau dalam erti kata lain, dah terima Allah tu lah sembahan kita. yang kita dok mengaku 9 kali sehari(refer to solat 5kali sehari semalam) memang takde benda lain dah, selain Dia yang betul2 kita sembah.

Adakah kita redha Nabi Muhammad tu pesuruh Allah?
Adakah kita dah redha ISLAM agama kita? Cara hidup kita?

soalan ni nampak mcm ape je kan..tapi sebenarnye, sangat2 fundamental.

nak tau sebab ape?

sebab kita hanya dapat nak melangkah ke syurga tu hanya kalau kita dah redha dengan Allah. hanya kalau kita betul-betul SERIUS, dan redha Allah tu Tuhan kita, Nabi Muhammad pesuruh-Nya, ISLAM sebagai agama kita.

selagi kita tak cuba nak faham, syahadah yang 9 kali kita dok ngucap hari-hari tu, selagi tu syahadah tu tak akan bagi kesan pun dalam hidup kita. kalau mcm tu, kate orang, 'takde maknanyer..'. so kalau takde makna, apalah erti segalanya yang kita buat atas dunia, atas muka bumi ni. apalah tujuannya hidup ini? hidup tanpa tujuan ibarat bermain bola tanpa tiang gol. boleh je nak main bola, tapi takde tiang gol kan..tapi fikir-fikirkanlah. apalah ertinyakan? nak bawak bola tu kemana?

sama jugak macam hidup kita. tanpa pengertian dan tujuan hidup, nak bawak hidup kita tu kemana?

setiap antara kita punya jawapan tersendiri, kenapa dia rasa dia mahu teruskan hidup, untuk apa dia hidup, kerana apa dia hidup.

Mungkin ada yang terfikir, alah nak kena fikir ke, enjoy je la hidup. ramai orang berkata "hidup hanya sekali..enjoy la sepuas-puasnya.." tapi tak ramai yang berkata "mati hanya sekali...manfaatkanlah ia sebaik-baiknya.."


Dan dapat aku simpulkan, soal kita redha ALLAH sebagai Tuhan kita, ALLAH sembahan kita, Nabi Muhammad utusan Allah, Islam agama(cara hidup) kita, tu sume hanyalah pembuka langkah kita untuk ke syurga.

kenapa?

sebab kalau betul kita redha dengan Allah, atau dalam erti kata lain, terima Allah tu Tuhan kita, apa maknanya?

Maknanya, kita mestilah dah terima apa-apa aje perintah Allah. Dia nak larang ke, Dia nak suruh ke, Dia nak hukum ke, kita mesti dah terima. sebab kita dah redha Dia Tuhan kita.
we are no more going to question or argue. sebab kita dah mengaku dan terima Dia tu Tuhan kita.

dan segala tindak tanduk akan diterjemah untuk selari dengan kehendak syarak. sebab kita dah faham, dalam hidup tak boleh buat sesuka ati kita sebab kita ada Tuhan. kalau orang takde Tuhan, tak percaya Tuhan, boleh la nak buat apa saja. Tapi kita sepatutnya tak. (kalau kita betul-betul dah mengaku kita ni ada Tuhan dan mengaku yang Tuhan kita tu Tuhan yang sebenar-benarnya dalam hidup kita). Sebab? sebab Allah dah turunkan petunjuk dalam hidup kita sebagai manusia melalui perantaraan Nabi dan Rasul yang bersama-sama mereka kitab Al-Quran untuk diimankan.

pendek kata, kalau kita dah redha dan terima Allah itu Tuhan kita, apa-apa pun nanti yang akan dibuat, penilaiannya akan berbalik kepada keredhaan-Nya. mungkin kadang2 nampak macam 'skema' or cliché, kadang2 orang cakap 'nak cari redha Allah'. tapi sebenarnya itulah hakikat segalanya.

kenapa nak cari redha Allah?
jawapan mudah, nak masuk syurga Allah.
sebab boleh masuk syurga, hanya pada satu tiket, iaitu REDHA ALLAH. kalau takde tiket ni, takde tiket lain yang boleh ganti.

kenapa nak masuk syurga? *
habis tu takkan nak masuk neraka kot?




sebab kita BERIMAN dengan adanya syurga neraka. Kita yakin adanya hari akhirat, hari pembalasan, hari penghakiman. (kalau orang yang tak percaya dan tak beriman tu belakang cerita la ye).kita yakin ada azab kubur, ada azab neraka. sampai masa, satu masa nanti kita sume PASTI akan mati. Takde manusia yang takkan mati-mati. Untuk mendapat panggilan malaikat yang menjemput ke syurga, kuncinya terletak pada HATI.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku”

pendek cerita, sifirnya mudah.

Kalau kita nak Allah bagi kita benda yang terbaik, kita pun mesti bagi benda yang terbaik untuk Allah. Baru adil kan?

kalau kita nak Allah redha dengan kita (sebagai hamba), kita dulu mesti kena redha dengan Allah(sebagai TUHAN kita).

logiknya, memang terang lagikan bersuluh. Allah hanya redha untuk orang yang redha Dia as Tuhan, untuk berada dalam mahligai syurga Dia

make sense x?


Ada 2 surah yang berkaitan pasal benda ni. Sangat terkesan.

Surah Al-Lail
[1]
Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),
[2]
Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;
[3]
Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -
[4]
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
[5]
Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -
[6]
Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
[7]
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).
[8]
Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -
[9]
Serta ia mendustakan perkara yang baik,
[10]
Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
[11]
Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
[12]
Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).
[13]
Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.
[14]
Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,
[15]
Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -
[16]
Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
[17]
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
[18]
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
[9]
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
[20]
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
[21]
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

Surah Al-Fajr dari ayat 22.
[22]
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
[23]
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
[24]
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
[25]
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
[26]
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
[27]
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28]
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29]
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Wallahu'alam.
andai ada mana-mana cacat cela, kelemahan dan kekurangan, sebarang tambahan mahupun kritikan amat-amat dialu-alukan.

Teringat kata-kata sorang ni,
“sama ada kamu berkerja bersungguh-sungguh atau sambil lewa utk ke neraka,neraka ni sudahpun berada dalam genggaman kamu..tetapi kalau kamu tidak berkerja BERSUNGGUH-SUNGGUH(serius) utk ke syurga,kemungkinan besar mmg kamu tak akan dapat memasuki syurga.. fikir-fikirkanlah..”

moga-moga secebis perkongsian peringatan ni dapat mencetus iman dan membuahkan amal untuk sama-sama dapat menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. bersama-sama berusaha untuk melangkah ke syurga. Dengan langkah pertama, mulakan segalanya dari hati yang suci untuk mencari keredhaan Ilahi.

Sape2 yg nak faham lebih terperinci ayat-ayat surah al-lail dengan al-fajr, (sebabnya ayat quran ni best lagi kalau dapat faham by go in-depth to the interpretation which is tafsir.)boleh pergi sini.

link 1

Isnin, Jun 29

Nilai Kehidupan ini..


Tahu tak kenapa penyelok saku sanggup mencopet dompet dan pemecah rumah sanggup masuk walaupun penghuninya berada di rumah untuk mengambil handphone, laptop dan pelbagai gadget elektrik yang kecil. Tahu tak kenapa pencuri kenderaan sanggup mencuri motosikal, kereta dan kadang-kadang basikal walaupun di depan Pasar Raya yang sememangnya sentiasa ramai orang?

Sebabnya mudah sahaja kerana barang-barang yang mereka curi itu samada dompet, handphone, laptop, PSP, kereta, motor dan basikal tu ada NILAI. Kalau tak ada NILAI seperti daun kering, sampah, kertas pasti Sang Pencuri ni tak akan mengambil risiko untuk mencuri.

NILAI ini tak semua orang akan rasa dan menghargai-Nya walaupun benda-benda ini bersama kita setiap masa setiap saat. Yang kita cuma tahu NILAI 3 kat Negri Sembilan sebab banyak barang-barang murah. NILAI ini hanya kita rasa apabila kita kehilangan-Nya.

Kita tidak akan merasa NILAI kesihatan semasa kita sihat tetapi apabila Doktor diagnos kita sakit barulah kita merasa kehilangan dan menyesal kerana tak jaga kesihatan semasa sihat. Kita tak pernah NILAI kasih sayang dan pengorbanan IBUBAPA semasa hidup kerana kita sudah bersama mereka mungkin puluhan tahun bah pepatah "alah teggal jadi biasa". Tetapi rasa kesunyian dan kehilangan serta menyesal kerana tidak BERHIMAT dengan terbaik kepada IBUBAPA akan dirasai setelah mereka masuk ke lianglahat meninggalkan kita selama-lamanya.

Kita hanya dapat merasa NILAI kekayaan apabila kita jatuh miskin setelah membelanjakan duit kita secara tidak terurus. Kita juga merasa NILAI kuasa apabila kuasa kita diambil orang atau tewas dalam pilihanraya seperti tewasnya BN KEDAH, SELANGOR dan PENANG kepada PAKATAN.

Dan lebih besar lagi NILAI iman. Syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang mereka tidak akan tidur dan berusaha mencuri IMAN dari manusia dari mula manusia dicipta sehinggalah hari kiamat. Pencuri IMAN ini lagi hebat dari pencuri dompet, handphone, laptop dan segala harta di dunia. NILAI iman hanya kita boleh rasai di akhirat dan seandainya kita biarkan IMAN kita dicuri oleh Pencuri Iman tiada jalan kembali untuk mendapatkan IMAN yang telah hilang.

MAKA marilah kita JAGA IMAN kita lebih hebat dari kita menjaga kuasa, kekayaan, dompet, handphone, laptop, PSP dan segala harta dunia dan menyayangi IBUBAPA dan KELUARGA selagi mereka masih hidup bersama kita.

Khamis, April 16

How to increase Iman?

This post, reminding to myself, as I always sometimes 'lost' and 'soluble' with this world. Therefore, here share some tips for us to work for our iman. Let's strengthen our iman in a way that we can achieve His bless. Only by iman then we can get to Jannah ~ Heaven~ insyaAllah ^^
In the Name of Allah, Most Merciful & Compassionate

From a Past Post by Shaykh Nazim Mangera:

�If a sick person doesn't realize that she is sick, the doctor will never be able to cure her.
So realizing that there is a spiritual sickness is a sign that your faith is strong.
I have the following words of advice for you:

Al-Haakim reported in al-Mustadrak, and al-Tabaraani reported in al-Mu'jam, that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:

�Faith wears out in the heart of any one of you just as clothes wear out, so ask Allaah to renew the faith in your hearts.
� (Reported by al-Haakim in al-Mustadrak, 1/4;. Al-Haythami said in Majma al-Zawaa'id, 1/52, �It was reported by al-Tabaraani in al-Kabeer and its isnaad is saheeh.)

This Hadith tells us that our faith will become weak but we will have to strengthen it with various actions and different good deeds. If we try to implement the following, Insha Allah it will help us all.

On a weekly basis, try to attend some Halaqah or an Islamic gathering.
That is a great way of keeping the battery of Iman and actions charged.

A good suggestion would be that you join some weekend or evening Islamic course or something of that sort. You will find good company there which will be a means of strengthening your faith and Iman. And when you feel like you are all burnt out�, there will be others there who will guide you and help you out and get you back up on your feet again.

Try to read some portion of the Quran everyday and make Zikr of Allah.
It will not be a bad idea to start off the day by reciting Surah Yaseen.

Try to have a daily Halaqah of reading from a Hadith book at home. The most widely used Hadith book in English is probably Riyadh us Salihin. Set aside a time at home, and try to sit down with other family members. It does not have to be long. Even five minutes or ten minutes will suffice.

A daily dose of the words of Allah and his beloved Prophet Sallallahu Alaihe Wasallam goes a long way in keeping us attached to our faith.

After prayers or whenever, try to recite as many times as possible the words which are mentioned in the following Hadith:

The Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) said:
�Do not forget to say in every prayer,
�Rabbi a�'nni 'ala dhikrika wa shukrika wa husni 'ibaadatika
(O Allah, help me to remember You, thank You and worship You properly.).� (al-Nasaa�i, 1303)
Sometimes we commit sins which eventually make us weak in our faith.

Islam will prevent us from sins....

or sins will prevent us from Islam.

Repenting
over past sins will not be a bad idea at all.


The way we have a habit of sinning, the same way, as soon as a sin is committed, we should make a habit of seeking forgiveness for our sins. We should never procrastinate because death could over take us anytime.

You also must understand that we all go through these weaknesses. We all have those moments when we don't feel like doing anything Islamic. Faith increases and decreases. This is natural and it will happen many times in our lives.

It is important to know that if a decrease in faith leads to one neglecting one's duties or doing Haram deeds, this slackening is very serious and one must repent to Allah and start to do something about it at once.

If it does not lead to neglect of duties and doing Haram deeds, but just makes a person fall short in doing Mustahabb (recommended) deeds, for example, then a person still needs to know how to sort herself out and correct herself until she returns to the proper level of energy and strength in worship.

This is what we learn from the words of the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him), �Every deed has energy and strength, and then this energy and strength is followed by a slackening, so who's slackening is in accordance to my Sunnah he will be fine, and who's slackening is to other than that
[i.e., doing unlawful or forbidden deeds] he will be doomed.�
(Reported by Ahmad, 2/210; Saheeh al-Targheeb, no. 55).

Read up on the benefits of performing Salat and harms of not performing them. Read those Ahadith again and again. Read up on the bounties of Paradise and Punishments of the Hell fire.

Remember the breaker of worldly pleasures i.e. death. Daqaq (R.A.) says,
�Who ever remembers death frequently, will benefit in three ways:
he will hasten to repent, he will become content, and he will be active in worship.
Whoever forgets death will be punished in three ways:
he will delay repentance, he will no longer be content with what is sufficient,
and he will be lazy in worship.
� O Death! Where is thy long awaited sting? ...sigh��

Also:

Beseech Allah, turn to Him as a servant,
asking Him to increase your iman so that you may taste the great sweetness that is found therein. The times before Fajr and Maghrib are
�great windows of opportunity
� as one great teacher repeatedly tells me
(may Allah preserve him),
so take advantage of them by praying and supplicating at those times in particular,
and all times in general.
Source : Online Islamic Academy

Rabu, April 8

5 Levels of Prayer

The Five Levels of Prayer

Ibn al-Qayyim writes in his book al-Wabil al-Sayyib:

"When it comes to prayer, people are of five levels:

* The first is the level of the one who wrongs himself and is negligent. He does not do wudu properly, or pray at the right time or make sure he does all the necessary parts of prayer.

* The second is one who observes the outward essentials of prayer, prays on time and does wudu, but he has lost the battle against his own self and is overwhelmed with waswaas (insinuations).

* The third is one who observes the outward essentials of prayer, prays on time and does wudu, and also strives against his own self and against waswaas, but he is preoccupied with his struggle against his enemy (Shaytan), lest he steal from his prayer, so he is engaged in salah and jihad at the same time.

* The fourth is one who when he stands up to pray, he fulfils all the requirements of the prayer, and his heart is fully focused and alert lest he omit anything, and his concern is to do the prayer properly and perfectly. His heart is deeply immersed in his prayer and worship of his Lord.

* The fifth is one who does all of that, but he takes his heart and places it before his Lord, looking at his Lord with his heart and focusing on Him, filled with love and adoration, as if he is actually seeing Him. That waswaas and those thoughts diminish, and the barriers between him and his Lord are lifted. The difference between the prayer of this person and the prayer of anyone is else is greater than the difference between heaven and earth. When this person prays, he is preoccupied with his Lord and content with Him.

The first type is punishable;
the second is accountable;
the third is striving so he is not counted as a sinner;
the fourth is rewarded and
the fifth is drawn close to his Lord, because he is one of those for whom prayer is a source of joy.

Whoever finds their joy in prayer in this life, will find their joy in being close to Allah in the Hereafter, and will also find his joy in Allah in this world. Whoever finds his joy in Allah will be content with everything, and whoever does not find his joy in Allah, will be destroyed by his feelings of grief and regret for worldly matters."

Source: http://www.geocities.com/mutmainaa/prayer/5_levels.html