Jumaat, Januari 27

of curhat niqab vs mama

*disclaimer,

ini adalah blog. personal. jgn expect ejaan sume betul. sy takde masa nak cek ejaan saya. n jgn expect bahasa sy sume sedap2. sbb sy takde masa nak pikir bahasa sy ni betul ke tak. tapi saya menulis dari hati. so in away, yeah..i would just wanna say.. DON'T JUDGE ME. oh tapii kaalu nak judge jugak, silakanlahh. heh

but before nak judge tu, I would suggest you to watch vlog org yg semakin meletup skrg ni..






(kalau tak watch tu.. rugi arr.. i would say ketinggalan zaman!)

oh kejap lagi satu, JGN EXPECT, i would be so ORGANIZED. acceptlah sy as saya, as what it is. n i knew there will be so many RANDOM below. tak ikut kronologi. and saya takde masa nak edit n ikutkan kronologi, susun thoughts sume. to me,  right now, i have much muchmore important things to do dri keje remeh tu. kalau nak organize jgk, akan makan msa. n masa sy dah cukup limited dah.. nak mandi, studi lagi, gosok gigi... so in away.. just bear with me la ye. i dont want myself to feel like..sbb rase mcm kene meet expectation org(which I assume they hv expectation), then that stop me from sharing what I feel and what I belief which is important.  saya nak sampaikan apa yg saya rasa penting, tapi kalau org lain tak rase penting, takpe je. tak kisah pun. itu awak. saye, saye lakan? hohoho

anything it is. Allahu 'alam. Allah know the best. and to Him, I put my trust.

oh ya. again. ni personal belief je kot. tak pakse sesape nak ikot pon. kalau TERasa inspired tuh, anggaplah tu HIDAYAH dari Allah. aku ni takde ape pon. hamba dhoif je sebenarnya. so jgn pandang tinggi2 sgt ye. I'm still human. not malaikat. buat mistakes jugak. same je mcm korang2 nii.. takde beza. still anak adam.

sebenarnye nak cerita mcm2 about my story. tapi just that I need to learn how to organize myself better. as for now, I want to do a lot of things... but then.. kena pandai manage, handle, dgn studinya, rumah, take care of diri sendiri jgk..dont  asyik ingat org lain je smp terlupa diri sendiri (seperti pelempang yg Allah kasi dlm quran..) < yang jugak ayat ni abah selalu dok sound and marah kat aku. huhu

pluss ayat ni baru je tadabbur haritu dalam usrah .. lagi laa rase mcm ape je..

Allah melempang dengan lembutnye, Allah cakap, (ini cara aku paham ayat ni)

"ko ni jgn pk nak ajak orang buat baik je, tapi ko terlupa diri sendiri padahal aku dah kasi kat ko manual hidup kot. takkan tu pun tak dapat pikir?"

or in away..
oii aku dah kasi ko otak, akal tu.. gune ar..

bak kate nabil,
lu pikir la sendirii..!

below is luahan hati yg betul2 deep deep down from my heart. ambiklah apa yang baik, yang buruk tu jadikan sempadan. sama2 kita perbaiki diri. I'm not perfect. I'm still human. have sin, buat salah. tapi nak je belajar ape yg salah. Allahu 'alam.

baiklah. dengan nama Allah yang maha pengasih n pemurah..

bismillah

detik hati..

susahnyeeee..
bila mak sendiri tak happy dgn kite..
hu
kite bukan nak buat benda tak baik punn
baik je
tapi tatau nape mak kite mcm tak suke
tapi faham je kot nape dia tak suke
=(
but thennnn
kite pun tak dapat nak paksa diri kite ikut mak kite..
susahhhhhh.. i knew that i need to obey parents
that is obligation.
but in this case.. bkn la pasal benda wajib or pasal akidah pun..(err..ye ke bkn?)
yes. it just sunnah. but then.. i don't understand why I cannot do it?
faham je mama risau.
dah la anak bongsu. sorang pulak tu kat oversea. kang kene attack ke ape camnerr(nauzubillah)
tapii

faham sgt kerisauan mama tu. ish bkn tak paham. tapiii nak buat jugakk.. heh aiyoo..
sori mama. kite kan mmg budak degil dari kecik. mungkin mmg Allah dah cipta kite sebegitu rupa kot? - err apakah ini alasan? eh tapi mmg betul la. only u know how stubborn am I. only u know if I determined in doing something, I will do it. Remember when I was in high school, giler determine nak amik gak bahasa arab time SPM even takde cikgu nak ajar sampai siap kene cari cikgu sendiri etc.. and I still can remember until mama sound, 'takyahlah amik kalau dah payah sgt..'. I knew mama bukan tak bagi, tapi just tak encourage/support je. oh well.. I don't listen. 'pekak'kan telinga, nak buat jugak. because to me, arabic is very important that I couldn't leave it. tak kisah ar mama kata ape, but I still stubborn in my own way..

and yeah. sometimes, I feel so so bad. ya Allah. only Allah knows.. sometimes, when you said to me, "adik.. you never listen". T_T you know what, that really crush my heart.. hu.. tatau nak describe tapi rasa sgt2 sedih.. ma.. I just wish you understand me better. there must be reason why ur little stubborn daughter cannot listen to you. hu. but in the same time, I admit that I'm still immature and when I start to get matured day by day, I have more wisdom in me. and I change my mind, to try understand my mum better. instead of blaming her, that she never understand me but I told myself,"hurm.maybe I'm the one that NEVER understand her"

mama mestilah kenal dgn anak mama kann. lahir dari perut mama kott. but somehow i dunno ..
everyday kdg2 kite rasa evilnye.. mama tak support pakai purdah. tapi kite pakai jugak. smp at one time, kite rase mcm.. hu.. what is the meaning I'm wearing it? what is the meaning I'm doing something but it's not making my parents happy.

in fact, at this moment, the moment where I be heard by the WORLD, I still feel like.. hu..
"mama ni betul ke proud dgn aku?" Is she really happy with me right now.. ya Allah..dalam hati ni mmg Allah je la tau. takut jugak sebenarnya lepas interview tu.. takut nak face mama. sebenarnya mmg nak share dgn mama..dah post dah link dkt wall fb mama. post dua kali.. sbb first2 cancel.. then 2nd time post.. tapii.. lepas half an hour..rase tak konfiden.."ye ye je mama can be proud/happy with me?" heh. even bajet je dlm TV kata, oh i dont want to be slave by other people etc.. but then, dgn mama ni aura dia lain..aku cukup takut nak dgr ape mama kata. aku dah tak kisah dah ape org lain nak kata. pada aku sume tak tak sepenting apa kata mama. ye la kan syurga tu bawah telapak kaki ibu. =.=.. oh beratnye.. selalu rasa, i'm not a good daughter. I didn't do enough..never enough for her. but her.. masha Allah.. she always has PATIENCE with me. oh mann I couldn't describe more.. how patient she is with me.. ya Allah bless my mother. bless my mother. bless my mother. forgive her, for anything wrong that she did.

anyways, from before day interview lagi da even the world can be proud of me. " ye la.. kan org TV tu ckp something like this "she go against her parents".. I was like.. OMG.. kot yer pon ko takyah r highlight benda tu kot.. malu sehh. aku rase mcm penjenayah yg dah buat benda evil giler je.. go AGAINST her parents. =.=

link i'm on CityTV



is that someting you can proud of? I feel like at out of place. but alhamdulillah 'ala kulli haal. Allah twist benda tu nmpk mcm baik. heh padahal sebenarnya mungkin tak baik. Allahu 'alam. aku biar Allah je la yang nak judge aku ni baik ke tak. lantak pi la satu dunia nak pk aku ni baik cam malaikat ke, bidadari syurga ke (konon).. tapi hakikat sebenarnya only Allah knows. Allah je tau ape hari2 yang aku face, detik hati..hu.. takutnyerrr.. tetiba semua pandang kat kita.. even maybe takdela sume.. tapi terasa mcm.. the whole world looking at me right now.. (orr aku sorang je perasan?)

till then. fair enough for now.
fuhh fuhh.. la haula wala kuwwatabillah

alfaqir ilallah,
everjihad

209 Fort York Blvd,
Toronto, Canada
7:20AM
27 Jan 2012


Rabu, Januari 18

evil


there will be one moment in your life you feel you wanna do evil to other people.  Think about it again. Why  you did good at the very first place?


 الله ربي إغفرلي 
 الله ربي إغفرلي 
 الله ربي إغفرلي 


buang sangkaan itu

o Allah please forgive me.. 
For the wrong things that I've done..

she is sincere. she is pure. who am I to blame and put her down? 


o Allah,
I need you
at this distress moment,
hold me tight to your promise and faiths in You.

You are the Most generous and the Most Merciful.
Guide me from being astray.

ujian sin- cyaa-riteee

So glory be to Him in whose Hand lies control over all things. It is to Him that you will all be brought back.     
- Yaasin 36:83


there will be a time where your SINCERITY is tested. would you expect something in return as how much that you have give in? you might forget, what you gave in is nothing as compared what has been given to you. 
O Allah, please purify my heart. Let this soul be in peace. Accept my deeds and don't let my heart go astray. Ameen.


And remember Our servants Ibrahim, Ishaq and Ya’qub, men of true strength and inner sight. We purified their sincerity through sincere remembrance of the Abode . The Holy Qur'an, Surah Sod, Chapter 38, Verses 45-46
~ sincerity comes when God is the only reason that you seek for ~
At one time in your life, you might feel someone stepped on you, and it is hard to stop feeling uneasy, or 'count' for every single things that you have done but try to ponder and reflect, sometimes in your life you might already stepped on HIM too much without you realize. And would He count for every single bad things you did? Yet, He still blessed you with so many other blessings! Therefore, when the time hits you hard to forgive and forget people's misdeed, just remember that Allah deserved more than you do.

Never expect people to return your favor on them. Disappointment is what you will get. But rather remember that Allah will never disappoint those who doing good deeds. He is (asshahid) witnessing and He is the Most trustworthy.


if you think you already done enough, or feeling doing good enough to her.. hey come on laa. you are nothing to be compared to the Prophet's generosity. The one with superb amazing example..


For any real number, if we divide by infinity, then we will get zero.For any responsibility we have, if we divide by infinity excuse, then we also get zero action and vice versa..
stop making excuses, just do it!

to Him, we will brought back.
to Him, we will return.
if He wills, it will be. 
if He wills, be it.



Sabtu, Disember 31

tika hari itu


sumber : kredit

tika hari bahagia itu
aku mahu pakaian yang terindah
bukan hanya sekadar gaun putih menawan
bukan solekan tebal yang menutup segala cela di muka
bukan jua berandamkan manik-manik mutiara
bukan perhiasan dunia yang hanya bersifat sementara
bukan perhatian manusia hina yang ku damba

Demi Tuhanku,
aku mahu pakaian taqwa
aku mahu jaga waspada

aku mahu pakaian taqwa
biar apapun yang mereka kata

aku tetap aku
aku mahu menjadi aku
aku mahu percaya diriku
andai tiada siapa mahu setuju denganku
biar saja Allah menentu

aku tahu siapa aku
dan aku tahu kenapa aku begitu
keranaa itu
aku perlukan ruang buat diriku
aku butuhkan pertolongan Tuhanku
menunjukkan jalan-Nya padaku

saatnya yang kumahu
buktikan pada mereka
aku tak perlukan pakaian yang hina
kerana aku sudah cukup mulia
dengan pakaian dari syurga

tidak perlu kau bersungguh
cuba menggugah pendirianku
kerna tidak mahu aku berganjak
dari terus menjadi diriku

inilah aku!
terimalah aku seadanya
hormati aku apa adanya
dan kasihi aku kerana-Nya

jangan kau biar maruah aku tercemar hina
lantaran dunia yang meleka
jangan kau biar aku menjadi alat mereka
diperalat sebagai bahan hukuman jaja
untuk dikata dusta nan hina
aku bukan permainan mereka
yang kau bisa katakan apa saja
yang kau bisa melempar segala kata

aku dan diriku
berdirinya aku
hanyalah kerana Tuhanku

jangan kau cela aku pada wajah rahsia
jangan kau cela aku pada nama
kerana kau tak pernah kenal diriku siapa
kerana kau tidak pernah kenal hidup diriku untuk apa

takkan ku biar segala
ruang fitnah berleluasa
selagi kudrat ada dari Yang Esa
walau dunia sudah tiba penghujung cerita

dikala aku mahu menjaga
dengan penuh waspada
biarlah aku dengan langkahku
jangan kau pasung mati langkahku ini

kelak engkaukah
yang akan disoal di hari kemudian?
jawab pertanyaanku!
kelak adakah engkau
yang akan menanggung segala tindak tandukku?
Tidak!
Bahkan tidak sekali-kali!

kelak aku
yang bakal dihukum atas segala tingkah laku
engkau tak mungkin
menanggung apa yang aku perlaku
dan aku tak mungkin menanggung dosa pahalamu

oleh itu
biarlah aku dengan langkahku
biarkan aku dengan pendirianku
biarkan aku membentang langkahku
biarkan aku melebarkan sayapku
biarkan aku mencipta bahagiaku
biarkan aku menanggung deritaku
biarkan aku berjuang dengan hidupku
biarkan aku untuk tersenyum puas di penghujung cerita hidupku
biarkan aku puas hanya mencari dan mendamba redha Tuhanku
Biarkan aku menggapai awan cinta di langit syurga

biarlah..
biar dunia ini menyaksikan
kerana dunia ini sudah dicipta sedemikian
menjadi saksi ke atas  diriku
dan aku menjadi saksi ke atas mereka
atau segala apa yang diperbuat di muka bumi ini
dan Dia Maha Menyaksikan segala sesuatu
apa yang zahir dan luput dari hati

Madison Ave
5:04 pagi
Khamis
25/02/2010.

Khamis, Disember 29

silam


coretan puisi di waktu silam ..

**
dakap aku erat-erat
gengam tanganku kemas-kemas

terjemahkan cintamu padaku
terjemahkan cinta Tuhanmu padaku
terjemahkan cintamu pada Tuhan

cinta ini perlu diterjemah
cinta ini perlu bukti

saat aku terkulai lemah
tariklah aku mara ke depan
tariklah aku memandang awan
memandang langit Ilahi yang terbentang luas
memandang alam semula jadi ciptaan Tuhan

katakan padaku,
AKU TIDAK BERSENDIRI

katakan padaku sayang
aku punya Tuhan
untuk BERDIRI

katakan padaku lagi
jangan lagi mengejar awan
kejarlah langit Ilahi yang seluas bumi
untuk kau menghirup udara suci

jangan dikejar cinta yang berdaki
kejarlah cinta yang suci
kudus rabbani
cinta yang luas dari lautan ini

yakin pasti
ini pilihan Tuhan.

aku bukan tiada pilihan

aku memilih
ini petunjuk Tuhan

buat aku untuk mencari
suatu kepastian

lantaran angkara syaitan
jangan dibiar berlarutan
meraja segenap teman
menguasai setiap haluan

ketepi kamu!
aku punya haluan
aku punya tujuan
tidak aku sia-sia Tuhan yang menciptakan
tidak aku dilahirkan tanpa berteman
jangan kau nafikan indahnya ciptaan Tuhan
jangan kau nafikan hidupan yang Tuhan jadikan
jangan kau nafikan fitrah hidup seorang insan
jangan kau nafikan tentang kebenaran
Itulah firman tuhan

laksanakanlah dengan penuh keyakinan
kelak kepada Tuhanmu jua engkau akan dikembalikan.

kepada Tuhanku,
aku panjatkan kesyukuran
kepada Tuhanku,
aku mohon kesucian
kepada Tuhanku,
aku mendamba ampunan.

Buktikan CINTA,
7.13PM
KHAMIS
25/2/2010

Selasa, Disember 27

ketentuan


reminisence..

***
saat aku terasa punya kelemahan
saat itu ku rasa kau punya kelebihan
kelebihan atas segala kelemahan aku yang merencatkan

bisa saja jadi pelengkap kehidupan
kehidupan yang membahagiakan
ditambah seri restu redha dari Tuhan
yang menciptakan

lantas biarlah Tuhan menentukan
moga Dia bisa menunjuk jalan
jawapan demi jawapan sebagai panduan

agar bisa ada pilihan jua keputusan
dan aku mohon pada Ar-rahman
ikhlaskan hatiku sepanjang perjalanan
jangan ada bisikan syaitan
yang bertandang meneman
kerana yang ku dambakan
hanyalah redha |Tuhan
sebagai suatu kemulian
buat diriku hamba Tuhan
yang sudah cukup menghinakan.


Robarts Library
3:06AM
Thursday
4 Mac 2010

Isnin, Disember 26

manis perlu mujahadah

somewhere I found..

untuk merasai kemanisan di akhirat bukanlah jalan yang mudah....
seringkali kita akan diuji dengan berbagai musibah tak lain tak bukan 
sebagai salah satu cara Allah ingin mentarbiah jiwa kita..mendidik iman kita....


Dunia bukanlah satu tempat kerehatan....

kehidupan di dunia memerlukan mujahadah....
segala-galanya datang dari Allah....
kita akan sentiasa bahagia bila kita dapat merasakan 
sesuatu yang menimpa kita adalah datang dari Allah sebagai tanda 
Allah ingin kita selalu berdamping denganNYA....
bersyukurlah kerana Allah telah memilih akak untuk berjuang demi mencari redhoNya....




sumber : kredit

Ahad, Disember 25

hiasan diri

pada suatu masa dahulu, aku ada mencoret puisi ini..

aku tidak perlu menghias diri
untuk membuatmu tertawan padaku
kerana aku sudah sedia menawan.

aku tidak perlu bersolek indah menambah seri
kerana hatiku sudah cukup berseri

aku tidak perlu meperindahkan lagi
tentang erti sebuah kebenaran
kerana kebenaran itu sudah tersedia indah menyerlah!

aku jua tidak perlukan lagi
manusia untuk menyampaikan rasa
kerana aku sudah punya Tuhan melimpahi jiwa.

kerna itu
aku yakin dan pasti
maksudku
hanya Tuhan mengerti

dan pasti Tuhan
tidak menyalahi janji

yakinku
pada takdir Ilahi

hanya Dia
yang memberi erti
hari-hari
pada diri

Ahad, Disember 18

keep moving ..

also post lama,
huuhu.. rindu those spirits..
- posted 2 years ago.. during my first year..

Qurratul!
Please. don't lose hope
Please do not give up yet

NO!
NEVER!
Do not give up anyway
Dont fool yourself

Push yourself only with limit that you have
He knows deep from your heart
you keep on trying
keep on trying
keep on trying to believe in Him

you may deserved it
but keep in mind, life is all about LEARNING
learn more about yourself
learn more about the nature of this life
nothing can be easy
nothing can be unchallenging

you are learning
enjoy what you learn
for each moment
for each second in this life

you have such a beautiful life
keep in mind
why Allah created you at the very first place
indeed to serve Him

no matter how sucks your life might be
keep in mind that He always know
all those difficulties in your heart
all those struggles that you push for
and all those pain that you gain

Indeed He also watching over you always
keep in mind He always be fair
He always give the best for you
you deserve what the best for yourself
what the best for others doesnt mean the best for you
indeed He had created your life as He wish
and the only thing you need to do
RISE UP!
WAKE UP!
STRIVE!
SURVIVE!

Keep on believe in Him no matter what
Keep on believe in Him for any reason

Yet, life in this world indeed a temporary
Your best all you can give
and you are learning each day
as long as you are learning,
you are succeeding!

Keep on LEARNING.
learn this life
lesson from Him
lesson for yourself
to be appreciated
the most wonderful gift from God
which LIFE itself.

so, you have nothing to lose!
YOU HAVE NOTHING TO LOSE, Q!


NOTHING!!!

Keep on MOVING
Keep on STRIVING
Keep on SURVIVING!

Though no one can go back

and make a brand new start,

anyone can start from now and and make a brand new ending!


-7hours to go before hand in essay POL108-

~_~



-_-