Isnin, Mei 31

kelemahan bukan untuk diratapi

Kelemahan diri perlu menjadi agenda yang paling penting untuk diinsafi setiap masa, misalnya ketika kita kekurangan harta akibat nafsu membeli-belah yang tinggi dan tidak pandai merancang. Sewaktu ditimpa surutnya cahaya di hati kerana malas beribadah dan meninggalkan ilmu.
Kerasnya jiwa kerana jauh dari al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Berkurangnya kawan dan renggang ikatan persaudaraan kerana suka menambah musuh, takbur, menunjuk-nunjuk dan berdengki.
Bertambahnya penyakit kerana banyak makan, malas, berehat dan berhibur secara berlebihan. Berkurangnya umur dan sedikitnya bekalan ke akhirat juga menunjukkan betapa ruginya manusia sepanjang tahun ini.

Ahad, Mei 30

Identical outcome


It is meaningless to do something if an identical outcome would result if you had done nothing

-Sayyid Abul A'la Almawdudi

Sabtu, Mei 29

Aku bukan seorang tawanan

Suatu hari Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menziarahi gurunya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang sedang dipenjara dan difitnah musuh-musuhnya. Melihat keadaan gurunya itu beliau pun menangis.

Ibnu Taimiyah berkata:
“Apakah kamu menangis melihat keadaanku? Demi Allah, wahai anakku, aku bukan seorang tawanan. Sesungguhnya orang yang menjadi tawanan itu sebenarnya adalah orang yang menahan hatinya dari ikatan Tuhannya membiarkan hawa nafsunya menawannya.”

Selasa, Mei 25

biarkan aku mencipta bahagia


biarkan aku mencipta bahagiaku
biarkan aku dengan definisi bahagiaku
bahagiaku bukan bahagiamu
bahagiaku tidak seperti bahagiamu
dan bahagiamu bukan bahagiaku
bahagiamu tidak seperti bahagiaku

biarkan aku bebas!
memilih kebahagiaan yang aku idam-idamkan
biarkan aku bebas memilih awan
biarkan aku bebas mengembangkan sayap
biarkan aku bebas terbang ke angkasa
biarkan aku bebas untuk mengucup langit ilahi

jika di negara maju aku bebas memilihnya?
apakah keterlaluan untuk ku katakan
yang menyekat ku memilihya hanyalah mereka yang mundur
pemikiran yang mundur
bukan soal syariat yang aku ketengahkan
ini hak manusia
untuk memilih jalan/cara hidup yang dia mahukan
lantas siapakah kamu yang berhak menghalangya
dari berfikir untuk dirinya?
lantaran citarasamu yang berbeza dariku
lantara fikiran dan fahamanmu yang berbeza dariku

aku tak perlu menunggu
aku hanya mahu menjadi aku
menurut petunjuk Tuhanku



Mari Bersangka Baik! =)

Dua tiga hari ini saya rasa ramai sangat orang dalam kekeliruan, mencari fakta, mencari berita sehingga hal-hal tersebut seolah-olah merumitkankehidupan sendiri.

Tak semua persoalan perlukan penjelasan, mungkin kita tidak faham apa maksud dari semua Qada dan QadarNya, tetapi pasti Allah ada jawapan atas semua itu.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan sebelum segalanya terlepas dari genggaman.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasabersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…

©Kujie ~ hati-hati meskipun sekadar didalam hati

Isnin, Mei 24

jangan kau berani

jangan kau berani!

wahai diri 
jangan kau berani memilih jahiliyah itu
jangan kau berani melakukan jahiliyah itu
jangan kau berani tinggalkan jalan ini
jangan kau berani tinggalkan dakwah ini
jangan kau berani tinggalkan perjuangan ini

kelak diri kau kan rugi
kelak dikau kan menyesal nanti

jangan kau turut emosi melulu hati
tanpa ada rasional diri
diri mu sudah sedia mulia wahai diri
dirimu sudah sedia suci

mengapa perlu kau kotorkan diri?
mengapa mahu kau hinakan diri?
mengapa kau mahu bersendiri?
mengapa engkau bermanja sepi?

dimana letaknya kehormatan dirimu wahai puteri?
dimana letaknya harga diri?
dimana letaknya maruah peribadi?
yang selama ini kau pelihara hati
yang selama ini kau pelihara diri
tidak terjebak dengan jahiliyah syaitani

Ingatlah wahai hati
indahnya pada pandangan nafsi
namun hodoh pada pandangan Ilahi

Sayangku,
jangan engkau menghina diri lagi

bangunlah!
jangan terus hanyut dibuai mimpi

bangunlah sayang
jangan biar dirimu hanyut menyendiri

kamu punya unggul pekerti
kamu punya perhiasan sejati
sebagai mahar diri yang suci

dunia yang sementara ini
terlalu singkat untuk kita terus menyalah diri
harus kita punya jati diri 
yang mapan berdiri
membersih hati 
mensucikan diri
untuk menghadap Ilahi
kerana fitrah kita cukup suci tidak ternodai

ayuh! kita bersama
sucikan jiwa
dengan kalimah-Nya yang Esa

ayuh! kita usaha
terus berpaut pada tali-Nya!
moga Dia masih kasih sama kita
dan kita berada dalam perlindungan-Nya sentiasa

jangan ada rasa putus asa
kerana Dia sentiasa ada 
untuk kita mengadu rasa

apa ertinya hidup ini
 tanpa wujud setinggi harapan pada-Nya?

Sayang,
mari kita mulakan kembali!
mari pimpin tangan ini
bersama kita pulihkan diri
bersama kita membersih nurani
bersama kita mensucikan hati
bersama kita sujud menyendiri
menghadap Ilahi
kerna Dialah sebaik-baik tempat kembali

*buat sayangku, 
maaf pada rasa yang meledak tiba.
tidak mahu dikunjung hiba
melihat kamu dihimpit rasa
maafkan daku pada bahasa yang kasar bunyinya


aku sayang kamu
lillahi ta'ala


please.
 jangan hanyut ye sayang.


kamu masih punya Dia 
kamu masih punya aku 

8.45pm, Monday
#1507 - 55 centre ave

Apabila hidup hanya untuk diri sendiri ...

"Apabila hidup kita hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita, dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia, dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini"
(Muntalaq)

Ahad, Mei 23

mari membina!

masa makin suntuk.
langkah harus makin laju.
harap otak tidak membeku
Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu.

aku terfikir untuk membina rumah islam. kamu mahu menyumbang?

sedang mencari pasir-pasir untuk dijadikan simen.

logam-logam untuk dikumpul.
batu bata untuk disusun

perlu kukuhkan batu bata. rapuhnya batu, rapuhlah rumah itu.

mahu mencari tangga.
tapi perlu dilihat tangga apa yang sesuai.
jenisnya, fikrahnya.

aku sudah ada benih.
tinggal lagi untuk ditanam.

aku sudah ada tanah.
tinggal lagi hujan untuk datang menyuburkan.

oh ya. terlupa tentang atap.
untuk kita berteduh dibawahnya.

apakah rumah kita berbumbungkan langit Ilahi?

atau sekadar awan cakerawala.

wahai tiang-tiang,
tegapkan pertahananmu.
andai rumah tanpa tiang
kamu tahu apa yang bakal terjadi
runtuhan di sana sini

andai tiang tidak kukuh
bergoyanglah rumah ditiup angin

mantapkan debu-debu
agar bersama pasir-pasir
untuk kita memateri batu -bata
dengan simen yang likat

mari menjadi debu,pasir, batu dan juga simen!

Selasa, Mei 18

Who We Become

Our background and circumstances
may have influenced who we are,
But, we are responsible for who we become.