Selasa, September 30

Di Malam Raya -2nd version


Aku tak tau nak buat apa masa ni.Nak mengadap keje, assignment terasa tak kena pulak. Alih2..turun bawah..n terdengar abang takbir dalam bilik mama. Aku mula nak ambik hp dalam bilik tu. Ingat nak wish la sape selamat hari raya, sebab asyik dapat, tapi aku tak wish sangat kat org. Hmm..alih2, terlekat dalam bilik. Abang duduk sorang dalam bilik tu, takbir dengan sekhusyuknya. Aku pun alang-alang duduk je la kat situ jap. Sedap pulak dengar dia takbir. Lepas habis dia takbir, dia baca Quran. Alunan yang mendamaikan jiwa. Dah lama betul aku tak baca kalam suci tu. Sungguh kerdil dan rindu terasa. Termenung sejenak. Aku pandang je abang, dari belakang. Yup. Dia seorang lelaki. Baru kejap tadi, tersentuh pasal sesuatu dan aku pun, terfikir apakah yang aku dambakan selama ni, aku dah jadi macam apa y didamba? Tinggi benar cita-citamu. Namun layakkah aku? Lihat saja, amalanmu, berapa banyak kali Quran tu dibaca, ditelek maknanya? Amat sedikit bilangan waktu yang diluangkan. Tengok pula peribadi.. Jangan tertipu !Jangan tertipu kalau engkau mungkin dipuji orangdisanjung, dihormati, dan dilabel dengan macam2, titte kebaikan.Jangan tertipu merasakan dirimu sudah baikEngkau denganNya belum tentu lagi.
Lihat saja firman Allah. Allah itu tak memandang, rupa atau apa saja, tapi Allah hanya memandang taqwa. Dan berapa banyak amalan pun tiada guna tanpa ikhlas yang mengiringi. Apakah dirimu sudah terasa mulia?Bandingkan dirimu dengan Sumayyah?Apakah kau ingat, solatmu, puasamu, zikirmu, hajimu, itu menjadikan kau lebih mulia dari Sumayyah? Lihat saja dirinyaQuran belum lagi habis diturunkanNamun dia sudah dijanjikan syurgaMartabatnya lebih mulia berbanding yang lain.
Apakah yang ada pada diri Sumayyah?Cuba kita singkap kembali, Dia hanya menegakkan kalimah suci, kalimah Yang Maha Esa. LAILAHAILLAH. Tiada TUhan Melainkan Allah..Muhammad itu Pesuruh Allah. Sungguh signifikannya menegakkan kalimah itu,sampaikan Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang mempertahankan dan menegakkan kalimah suci itu. Maha Suci Allah yang tidak layak dipersembahkan tasbih kecuali hanya bagi-Nya.



Di Malam Raya..




Di malam raya..

Takbir bergema melaungkan kalimah suci
seakan hati sayu terasa
andai diamati dan dihayati dengan lebih mendalam
mengerti setiap bait kata

Apakah erti kemenangan?
Andai diri masih lagi kekal dengan sifat jahiliyah?
Andai diri ini masih lagi tidak berlaku taat kepada-Nya?
Andai diri ini masih leka dan alpa dengan hidup duniawi yang tidak kekal bahkan sementara?

Bukan ku tak tau, maut dan ajal itu
bila-bila masa saja bakal menjemput
Saat yang tidak diduga
boleh saja berlaku
dimana-mana, kemana-mana
tanpa mengira masa dan keadaan

Tak perlu tunggu sakit,
Ajal boleh saja menjemla
Tak perlu tunggu sihat
Sekelip mata jatuh sakit
Tak semena-mena
Mungkin perangai juga berubah


Memikirkan al-maut saja mampu bisa membuat diri ini insaf. Mengingat kembali, apakah tujuan aku hidup di dunia ini? APa yang aku mahu kecapi? Bahagia? Apakah ertinya tanpa redha dari-Nya? Mungkin senang kukatakan, kita mahu redha Allah dalam segenap hal yang kita lakukan. Bahagia kita ialah bilamana redha Allah yang kita kecapi. Namun sejauh mana kita merealisasikan itu semua dalam kehidupan yang serba mencabar ini?

Kadangkala kita alpa, kita leka, kita tak ingat siapa pencipta kita. Siapa TUhan kita. Siapa diri kita?! Siapa diri kita? Kita sering mengaku kita ini hamba, namun kita berlagak bagai kita yang menjadi Tuan. Peribadi tak seiring dengan peribadi seorang hamba.

Siapa aku?
Ma robbuka? Siapa Tuhanmu?
Ma imamuka? Siapa imammu?
Man nabiyyuka? Siapa nabimu?


dan seterusnya..
Moga harini ini lebih baik dari semalam
Moga harini kupelajari sesuatu yang dapat menjadi bekal dan pedoman.
Moga hari ini kupelajari sesuatu yang mendekatkan diriku kepada Ilahi..

Hari-hari yang kita lalui sebenarnya
penuh dengan pengajaran
cuma kita je, nak ambil iktibar atau tak
dari sekecil2 perkara hinggalah yang sebesar-besarnya..

Shopping!


Well, this is my baju raya. So pinky. I don't know why. Hard to find the one that satisfy me thoroughly. Price? RM49. China Silk. Buy at Carrefour.


~Cinderella SHoes..!~ WHo's gonna b my prince? ^^
Finally I found the shoes that I berkenan. Hard to find one. Previously, most I reject. High taste? Not really. I'm not cerewet but there are few criteria that I've in finding an ideal shoes for my feet. Actually, ada je berkenan..somehow, i'm quite cerewet in finding good price. Sume mahal2, cekik darah..at last i found this one! Lovely, yet reasonable n i cay say quite cheap. Price? RM15. Buy at Giant. Just near my house lol ^_^


This is handbag that Kak Yang gave me on my birthday. I save to wear it until raya. Actuall, I don't really mean to ask her to buy me handbag but luckily she buy for me though.



Here is handbag that mama bought for me. She said," nah, handbag raya. adik kan suka kecik2.."..dlm hati,"huh, bila masa daa aku suke kecik2..haizzz"..
I guess, i'm starting to be lady-like..hoho..with handbag..seems like i m growing up. Having transition element..from an innocent gurl to a woman,..oh..tanpa dipinta!!daku mula berubah..

Here is my new laptop bag. So expensive. But i've take a lesson, after my laptop cracks! So, although expensive, but as long worth for my laptop. Price? RM60.Buy at Lowyat.



ahhh..penatnye shopping..

i hate shopping!

aku xberapa suke berjalan sbrnrnye..mmg jenis duduk rumah..lg suke duduk rumah uat pe yg patut. mcm harini kalau ikutkan malas je nk kua, sbb ak rase bnyk bnd nk bace, n keje bnyk xsetel. bnyk maklumat nak kene cari. turun cuti nanti nak kene handle seminar. ades, pastu konfrens..hmm..portfolio y mcm2 kerenah..arghh..xbleh ke cuti dgn aman..hmm..ku rase cuti plg aman dlm idop is cuti after spm..after that no more..jgn arap..maybe cuti after ak grad icpu..hehe..time tu ak akn gune spenuhnye masa y ada tuk blaja masak!!! siap r..nati ak xkan sia2kan waktu..hari2 ak akn cuba resepi mcm2..mama xyah masak. biar ak jadi chef kat dapur full-time or take over duty mama..hua3...
hmm what a big dream..xpe2 ..nt aku tau i'll realize it..sat je agi..hope my wish come true..mari kita ke gelanggang memasak!

ak rase, masak tu satu bakat. n aset penting. bleh blaja kalo xde bakat pon..ish mesti blaja masak, xnak nanti idup melarat..ak org yg plg bajet sekali antara kawan2 aku.klau bab makan, bleh tahan xmakan nasi tuk satu minggu, punyer nak bajet.tapi depends r..pandai2 ak r cari source len. tuk bg fit gak..hua3..mkn roti ke,biskut cicah ke, maggi salad, maggi telur, oh..rasanye kene belajar dr org2 lelaki y bujang. sure dorang nih pakar masak mknn y paling low cost but sedap tekak..hmm..xpe2 nt aku selidik..esp2 mereka2 y di overc kan..mesti pandai masak..kalo nk survive..

agaknye camnela tahun depan ek??
Ntah hidup, ntah mati
~mood babling..~

isi

Isnin, September 29

Zikir MZikir M.A.T.I

Mati itu pasti.Hari ini kurasakan seperti panjangnya masa. Entah kenapa. Dari bangkitnya tidur, matahari yang sudah mencecah segalah, aku segera berdoa. Bangun2, terus bukak laptop. Ntah ape pe'el aku yang satu ni.
Harini, dari pagi, banyak membaca berkenaan cinta, dan sedikit perihal rumah tangga. Rumah tangga yang bahagia itulah sumber keamanan dan kemakmuran negara. Lebih kurang mcm tu la isi penting satu kitab yang aku baca. Lagi, pasal kawin. Hmm, memang tak dapat lari dari terfikir, sebab dalam kelas pun tengah masuk bab ni.
Balik rumah terfikir lagi. Akhirnya, aku dapat satu kesimpulan, Allah tu Maha Mengetahui segala rahsia hati ini. Aku dambakan dia yang mendambakan Dia. Si dia pilihan ku itu, pastilah mahunya yang taat pada agama.
Aku ada membaca kisah Siti Khadijah r.a, dan beberapa isteri Nabi s.a.w yang lain. Dan dari pagi, juga ada membaca artikel dari beberapa site yang cukup mengesankan jiwa. Yang boleh aku simpulkan dari pembacaan tu, wanita yang mulia itu, biasanya dia yang memulakan langkah merisik lelaki. macam siti khadijah.
Pembacaan menjelang petang pulak, lebih berkisar kepada kematian. Aku ada publish artikel perihal kisah seorang akhowat yang telah bertemu Ilahi beberapa minggu yang lepas yang aku kira, pengakhiran hidupnya husnul khotimah.
Link utk kisah tersebut:http://anakbapa.blogspot.com/2008/09/puteriku-siti-hajar-permata-hati-ayah.html
Arwah berusia 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA dalam bidang bahasa Arab. Apa yang menarik mengenai kematiannya, jenazahnya bila dimandikan tiada najis, bau biliknya harum seperti bunga, walhal tak pernah lagi ahli keluarga membawa bunga masuk ke dalam rumah.
MasyaAllah..andailah diriku, tamatnya begitu..
Aku tefikir, benar post sebelum ni..Dalam satu hari ni, aku terfikir.Apa yang kumahu dalam hidup?Apa yang ku kejar sebenarnya?Apakah pengakhiran hidupku nanti?
Best student kah gelaran yang ku rebut?Toronto kah yang mahu dikejar?Gaji besar bila bekerja nanti, itukah matlamat aku sentiasa?
Yang pasti, kita akan mengadap bertemu yang Maha Esa.Mengingat kematian, cukup memberi erti bahawa kita hidup bukan lama. Kita hidup hanya sementara, maka seharusnya dimanfaatkan sewajarnya segala peluang yang ada.
Amalan kebaikan harus dipertingkatkan.
Berusaha mendapat rahmatnya, kerana hidayah itu kurniaan yang paling besar dan tiada tara.Aku mahu, hidupku kini biarlah bermatlamatkan KEMATIAN.
Goal hidup ku, hanya satu,1. Bertemu Ilahi, dengan aman yang sarat dengan iman dan taqwa.
Mungkin ini yang patut dijadikan matlmat utama. Matlamat kita mati. Hari-hari fikir mati pun tak berguna. Apa yang kita fikir, apa yang kita tau, dan apa yang kita rasa tak sepenting apa yang kita lakukan.
Jadi, kalau mati dapat membangkitkan rasa mahu berubah kepada kebaikan, alangkah bertambah baiknya hidup kita.
pengenalan
Mengenali mati, dan dn mengenali perkara yang boleh dilakukan utk bersiap-siap.

isi

Akhirnya nanti...kita kan mati

dipetik dari blog saudara taufik.

"Ok belaja rajin-rajin. Tetapi abang ingat, cari kerja gaji besar bukan
tujuan utama.. jadi manager bukan tujuan utama.. jadi CEO bukan tujuan utama.. jadi best student pon bukan segala-galanya.. CGPA tinggi pon bukan tujuan utama kita.. Nanti akhirnya kita mati kita akan jumpa Allah jugak. Bukan la langsong tak aim bende-bende tu, tetapi kene ada balance,”
pesan ibuku sebelum mengakhiri perbualan kami melalui telefon.

Sambil tersenyum mendegar kata-kata ibuku, aku membalas, “Ye ma, inshaAllah.”
Aku agak terkejut mendengar pesanan ibuku ini, kerana biasanya beliau akan berkata, “belaja rajin-rajin bagi dapat semua A, bagi dapat cgpa bagus-bagus,” hari ni lain pula. Pada kiraan aku, ini kali pertama beliau berbicara begini denganku.

Walaupun aku berjauhan tetapi aku dapat merasakan bahawa ibuku sudah agak berubah kebelakangan ini. Sesungguhnya zikr kematian membuatkan kita lebih mudah mengingati akan tujuan kita di muka bumi ini. Ia bagaikan penampar yang mengejutkan kita dari belaian mimpi.
Mengingati kematian pula bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Menziarahi kubur boleh mengingatkan kita akan kematian, tetapi kalau menziarahi kubur Tok Misai, Datuk Kelana, ataupun kubur pakcik kepada makcik kepada pakcik kita, barangkali kesannya tidak sama seperti menziarahi kubur emak kita sendiri contohnya.

Sesungguhnya, kita tidak tahu bagaimana keadaan kita sebelum mati. Se’alim mana pun kita, sewarak mana pon kita, tiada siapa yang boleh menjamin kita akan kekal dalam keadaan begitu taktala malaikat maut menjemput kita. Namun begitu, kita kenalah sentiasa cubaa kekal dalam kebaikan dan sentiasa mendoakan agar memperoleh khusnul khatimah (akhir yang baik).
Lumrah kehidupan, yang tua akan pergi dahulu, yang muda masih mempunyai masa di bumi ini. Tidak dinafikan bahawa ajal boleh datang bila-bila sahaja, tidak mengenal usia, cumanya inilah corak biasa bagi umur hidup manusia.

Corak norma ini ada banyak kelebihannya bagi kita, al-insan, yang sering lalai dan alpa. Taktala umur kita meningkat, semakin kerap akan kita diingatkan dengan pemergian mereka yang tersayang, terutama sekali mereka yang lebih tua dari kita. Ia bagaikan ujian bulanan yang cikgu kita beri, bagi mengingatkan kita supaya sentiasa belajar, agar tidak kantoi semasa peperiksaan akhir tahun nanti. Lebih kurang macam continuous assessment begitu.

Teringat pula kata-kata atukku yang dituturkan dengan berlinangan air mata sebelum aku fly, “Belaja rajin-rajin fik. Jagi diri baik-baik. Jaga agama dekat negara orang tu. Atuk sebak ni bukan kenapa. Adik-beradik atuk, kawan-kawan atuk, dan ramai orang atuk kenal semuanya dah meninggal dunia. Tak tau la atuk dapat jumpa ko lagi ke tak fik bila ko balik nanti. Atuk sebak bila fikirkan ni.” Agaknya ini lah beza orang tua yang banyak pengalaman hidup dengan darah muda yang masih mentah. Alhamdulillah umur atukku sudah mencecah lebih 80 tahun tetapi beliau masih gagah sehinggakan sekarang.

Di kala aku jauh di negara orang ini, ibuku memberi update kepadaku tentang mereka yang aku kenali yang sudah pulang ke rahmatullah. Jika dijadikan satu senarai, boleh dikatakan senarai ini bertambah dengan kadar exponansi sejak kebelakangan ini. Kebanyakannya aku tidak mengenali sangat pon mereka ini, boleh dikatakan kenal gitu-gitu sahaja. Maklum la, biasanya kawan ibuku, kawan keluarga, tok cik tok ngah dan tok tok berjauhan yang pernah aku temu sekali dua sahaja. Kadang-kadang aku sedikit terkejut juga, ada sesetengah tu sihat walafiat sahaja ketika kali terakhir aku berjumpa dengan mereka semasa aku masih di malaysiaa dulu. Tetapi sudah tentu impaknya sangat berbeza kepada ibuku, kerana mereka ini lebih penting baginya dan lebih banyak berkait dengan kehidupannya.

Mengetahui bahawa ajal kita sudah hampir adalah satu kelebihan jika difikirkan dengan lojik akal kerana kita di beri masa untuk bersedia menghadapinya. Namun ia tidaklah semudah itu jika ia berkait dengan mereka yang kita sayangi. Contohnya, jika seorang ibu kehilangan anaknya yang baru berusia 5 bulan, dia sepatutnya agak bergembira kerana anaknya pulang ke rahmatullah dalam keadaan suci dan fitrah. Tidak perlu la si kecil itu mengharungi pelbagai dugaan dunia ini yang sungguh mencabar. Namun begitu, fakta itu tetap tidak boleh menahan air mata si ibu dari mengalir.

Daripada senarai yang aku perkatakan tadi, ramai pula yang meninggal akibat daripada penyakit cancer. Kadang-kala aku berpesan kepada ibuku, “Mama, penyakit cancer ni bagus jugak sebenarnya. At least orang tu tau mungkin ajal dia dah dekat, jadi dia boleh prepare. kan bagus tu.” Memang mudah sungguh bagi aku yang berhati batu ini yang tidak perrnah kehilangan orang tersayang untuk berkata begitu. Lain pula bagi ibuku, yang keluarganya memang banyak juga yang berpenyakit ini. Mungkin wayang yang seakan-akan sebuah filem ngeri yang pernah beliau tonton seketika dahulu seolah-olah sedang bermain semula, tetapi tidak tahu lagi endingnya sama ke tidak. Sama saja sebenarnya, setiap insan akan pulang juga ke rahmatullah.

Belum lagi berbicara tentang watak yang terlibat itu sendiri. Dahulu mungkin hanya menontonya, kini menjadi watak utama pula. Jikalau diteliti dengan kaca mata objektif, bagi aku sungguh indah sebenarnya jika kita diberitahu bila masa kita akan tiba. Bayangkan penjaga periksa yang sudi mengumumkan, “Anda hanya tinggal lagi 10 minit sahaja sebelum waktu peperiksaan tamat. Sila semak semua jawapan anda. Pastikan anda sudah menulis nama dan student id anda di muka ssuratt hadapan.” Tidakah itu lebih baik daripada terus “Sila letakkan pen. Masa sudah tamat.”?

Memang betul aku cakap senang la, jika dugaan sebegitu menimpa aku memang tak mampu aku menghadapinya. Tetapi siapa tahu (Allahu’alam), mungkin aku yang akan pergi dahulu. Wah, rasa tak bersedia lagi pulak. Bila pulak nak bersedia? Nak tunggu apa? Tak mampu pulak nak menjawabnya…

Nilai C.I.N.T.A




Tatkala soal cinta diperdebatkan, pasti yang terpalit diingatan sebuah kebahagiaan. Cinta yang bermaksud keinginan di hati, kehendak didalam jiwa, berkata tentangnya orang merasa senang dan tenang juga tenteram, akhir dari cinta adalah bahagia.

Itulah definisi cinta yang boleh saya ungkapkan dengan kata.Dengan cinta segala-galanya berubah. Perasaan jadi tidak keruan, hati menjadi runsing jika tidak bersama dengan yang dicintainya, hati menjadi tidak menentu. Tatkala kita dihambat cemburu perasaan, hanyut di dalam api keinginan, kemanakah hala tuju cinta kita? Kepada siapa cinta itu disemai?

Tanda CInta

Tatkala seseorang berada dan hanyut dalam cintanya, ingatannya sentiasa pada si Dia, hatinya cemas mengharap redhanya, Akalnya tertumpu , ingat padanya.

Itulah tanda seseorang sedang bercinta.

Begitu jugalah kita memberi tanda pada cinta pada Allah. Tatkala hati kita redha dengan cinta Tuhan,hati akan sentiasa ingat padanya, akal akan ingat berfikir mencari-cari apakah yang boleh dibuat agar berjaya meraih cintaNYA. Badan dan anggota akan berusaha memberi bukti cinta kita pada Allah. Lidah akan sentiasa memujiNya, tidak lekang melainkan bercerita tentang Allah, apa yang disukai Allah.

Allah suka pada orang yang menyeru kepada kebaikan , maka mulut kita sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan.

Allah suka pada manusia yang mencegah pada kemungkaran, maka dengan kuasa dan tenaga juga lidah yang ada padanya, dicegahnya manusia dari menghampiri keburukan.

Segala-galanya dilakukan di atas nama cinta. Dengan cinta, kasih Tuhan tidak bertepi, dengan cinta, Kasih Tuhan janjinya pasti dan dengan cinta, redha Tuhan meniti kehidupan.

Kuasa Cinta

Seorang suami, pulang lewat suatu hari. Isterinya setia menanti. Tetapi penantian malam itu membuatkan si isteri berkecil hati. Si suami mencari akal bagaimana akan dipujuk buah hatinya ini?

Segera didekati isterinya, dan dibisikkan di telinga isteri tercinta,

Sayang, tadi di pejabat, abang rasa sangat lapar. Abang cek poket abang,
ada 50 sen. Lepas tu, cek pulak dompet, tapi ada seringgit je. Masa tu, abang rasa
miskin sangat. Tapi lepas tu, abang terpandang gambar ayang kat dompet, abang
letak kat dada, rasa tenang dan abang rasa macam abang ni sangat kaya. Dua-dua
tu sebab abang ada ayang sebagai isteri. Itu yang membuatkan abang cepat-cepat
habiskan kerja dan terus balik. Nak makan dengan buah hati yang tercinta ni…”
Si isteri terus berasa terpujuk, dilangkahkan kakinya ke dapur memanaskan lauk-pauk yang dimasaknya tadi. Rasa bahagia meniti jiwanya.

Begitulah kuasa cinta, tatkala resah , sangat mudah dipujuk dengan kata-kata. Tatkala hilang pedoman, kata-kata dari yang dicintainya cukup membuatkan hati terpandu kembali.

Ketika kuasa cinta suami isteri berjaya menaikkan kembali harapan mereka, inikan pula cinta Tuhan yang pasti lebih tinggi dan lebih agung darinya. Dengan kata-kata Tuhan, hati jadi tenang, dengan kata-kata Tuhan, hati dipandu, dengan kata-kata Tuhan, harapan kembali pulih, semangat juga dikobarkan. Di dunia ini, kita dipandukan dengan kata-kata Tuhan yang tidak akan berubah sehingga hari perhitungan, itulah AlQuran. Selayaknya kita selalu bersama kata-kata Tuhan ini, kerana dengannya petunjuk kehidupan.

Semuanya di atas nama cinta. Mulialah mereka yang mencintai Tuhannya.

Gertakan CInta

Seorang isteri, sangat mencintai suaminya, cuma satu perkara ini, membuatkannya ingin tahu, sejauh mana cinta suaminya.

Abang, kalau abang taknak belajar solat, taknak cari majlis ilmu, taknak solat
jemaah, lebih baik abang ceraikan saya atau saya akan tuntut cerai dihadapan
Qadhi kerana abang tak tunjukkan teladan yang baik!!”


Hati si suami gementar. Pucat lesi tatkala perkataan cerai dihamburkan oleh isterinya. Sehari demi sehari, perubahan mula menampakkan hasil pada sang suami. Buku-buku agama mula menghiasi almari, kuliah-kuliah ilmu sudah mula dijadikan tempat menadah ilmu, asal ada majlis ilmu pasti dia akan ada disitu. Perasaan malas dibuang dari kamus hidupnya hanya disebabkan gertakan cinta dari seorang isteri yang inginkan kebaikan darinya.Ilmu dan amal terus dikejar. Siang harinya bekerja, malamnya dengan ilmu. Semuanya dilakukan atas nama cinta.

Begitulah kuasa cinta. Berupaya mengubah seseorang. Dengan cinta, semuanya tiada yang mustahil.

Pernahkah kita mendengar gertakan cinta dari Tuhan , Maha pencipta kepada kita? Tuhan yang sarat dengan cinta, kasih sayang kepada hamba-hambanya.

”Katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu,saudara-saudaramu, isteri-isterimu,keluargamu, harta-hartamu, perniagaan yang kamu takut kehabisannya, dan tempat tinggal yang kamu redhainya lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNYA dan berjihad di jalanNya, maka Tunggulah sehingga Allah mendatangkan urusannnya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasik!!” Surah At-Taubah:24

Begitulah gertakan Tuhan pada hambanya yang mengaku cinta padaNYA. Perkataan “TUNGGULAH” itu sudah cukup menggentarkan hati-hati mereka yang beriman dan cinta padaNYA. Gertakan yang membuatkan hati sang pencinta resah dan gelisah. Apakah akan dilakukan pada diri ini jika cinta ini tidak benar dan palsu?

Hati menjadi tidak menentu. Yang pasti , hanyalah cuba sedaya upaya memuaskan Sang Pencipta, tempat tumpu cinta. Yang hadirnya cinta ini hanyalah untuknya, segalanya dibuat hanya keranaNYA.

Atas dasar cinta, segalanya diusahakan. Cinta pada keluarga, keluarga takkan terbina jika Allah tidak memberi restu padanya.

Cinta pada harta, harta takkan ada jika Allah tidak sebagai Pemberinya.

Segalanya datang dari Allah, Tuhan yang sarat dengan kasih sayang. Segalanya diberikan kepada kita.

Tatkala diminta ketabahan jiwa, diberikan ujian-ujian yang dengan ujiaan itu, hati menjadi semakin tabah. Tatkala diminta kekayaan, diberikan kesusahan-kesusahan yang dengannya dicari pintu-pintu kekayaan. Tatklala diminta perasaan ketenangan, diberikan keluarga yang dengannya hati rasa tenteram , hidup dalam berkasih sayang.

Maka , di atas nikmat Tuhan kita yang manakah yang menyebabkan kita mengenepikan Cinta Tuhan Semesta Alam?

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah apabila disebut Allah maka gementarlah hatinya, apabila dibacakannnya ayat-ayatnya, maka bertambahlah keimanannya,dan kepada Tuhan mereka bertawakkal”
( al-anfal:2 )

kredit kpd umaralfateh

Ahad, September 28

Choose!

Why I don't post for a very long time.

** I have two choices, to post or not to post. I choose the latter.
** There are always choices in life. When you come into a "road not taken" , you always have to make a decision.
** How can we decide to be succeeded? I want to succeed but I didn't get. Check your choice given.
** Before this, you have been given time, you choose to play or to study?
** You have been given 24 hours, you choose to over study until you stress or you take enough sleep?
** Then, when you always have the time to reflect, think about your failure, you choose to just regret or you make a turning point??
** There are always choices in life, you choose to take benefit on this post until the end, or you choose to ignore -- or half-ignore -- or read without application???

-Anas Ahmad Faris

Citation : www.paradoxanas.blogspot.com

Yeah. Choice. Good reminder! It is good to remind me, either you want to choose to posting, talking crap in blog after this, let your heart free to express EVERYTHING, or you choose to do work that you supposed to do and related to your goal? You have so many dreams, Qur! But yet you still a dreamer, and dreaming only is not enough. You better be strict to yourselve, DISCIPLINE. You need to work on it. Stop bloggin for nonsense it won't change the world. REality out there is more that this. To change the world, you need to change yourself. So many times to remind. But the thing is, to change yourself need motivation.Motivation makes us MOVE.

Everything we do, we have MOTIVE.. To change the world, we need knowledge. Knowledge is power. WHere to get knowledge? How? Knowledge need our time! and my time lately spend more to things that not so so mportant. Should be more organize. how could i get knowledge if i still wandering here and there..

Tetapkan prioriti.
learn to say NO!

Ya ya ya..
Again you choose your life.
Choose which one is your PRIORITY.
You know better



~ Take Charge~

Keep coming. Oppent to comment.

Sabtu, September 27

Buktikan Qurratul!!! Aja2!


Toronto...Here I come!!



tadi masa waktu berbuka, aku cakap kat mama, masa tu ramai2 la ada. semua org ada. hoho..nikmat betul. ntah tetiba aku terasa, tahun depan mungkin aku dah tak buka puasa sama2 lagi dah mcam ni. tapi belum la rasa sedey ke ape. just terbayang akan datang. pastu aku cakap r kat mama..

" masa ni je la bukak puasa. nanti tahun depan dah puasa kat tempat lain.."

riak muka aku masa tu,..hmm bersahaja..xdela bersungguh sangat2 ke apa..

mama pun jawab dengan sangatlah bersahaja
" ye la tu.."

kak yang memang kalo bab ni, mesti nyampuk
" haha.jgn2 nanti u study kat kl je. sini pun UK jugak.."

pastu dia ketawa2.. atih ngan abang pun sengih2..

hampeh..
dorang ni xcaye ke aku nak fly?? =.=

haizz..
aku pun actually belum lagi la dapat percaya sepenuhnya that i'll be there. i know to reach there, to go through the most challenging ICPU, is not an easy task though..but i always try to imagine i'll be there. dream for it. dream can drives us isn't it? inspire more. What is dreamable is achieveable. that is what out astronout sheikh muzaffar said..I love that quote!

hmm..ape r..
dorang ni hampeh..hm..nak kata dorang hampeh tak jugak.. actually mmg dorang camni..
ak je expect lebey kot..
bajet konon, supportla adik kesayangan ni..
bg r kata2 semangat ke
haizz..ni balik2 disindir2

tapi xpe.ak mmg pantang disindir. terasa tercabar..pantang aku dicabar..kak yang mmg suka perli..

"jgn nanti u studi kat MU je..."

MU - university malaya-

ntah ape2 je r..

haha. xpe2 tgk r nanti i know that time will come and that dream will realised and come true.
and one of other 'dream' and one more dream that if realised i'm sure many people will surprised and shock.

however, i just pray for the best. He know the BEST. I just do my best. Let Allah do the rest. Right?


Common Qurratul, prove to them!!! Aja2 fightin'!

*pss...aku rase, mama pun belum caye lagi kat aku, aku ni akan fly. sume ak rase, mcm xde perasaan ape2 pon..natural. mcm xde pape. hmm..ak rase, dorang akan caye, bila da dpt tiket flight, pastu dpt offer letter dr UofT. then masa tu baru betul.
Hmm...xbleh jadi ni..

Jangan pandang ku sebelah mata...
Aku ape kurangnye..
Meh sini aku buktikan.
Buktikan
BUktikan
Buktikan! Hayya!

Perjalanan..

pengenalan

isi
Petang tadi aku dengan atih pergi Lowyat nak betulkan laptop aku yang pixel pecah. Lepas tu, aku nak betulkan mp3 aku yang dah tak berfungsi n aku nak beli cooler utk laptop sbb dia cepat panas. Penting cooler tu. Pastu, kakak aku suruh beli beg laptop. Mahal woo..RM60. Hmm..xpe r. aku rasa penting. Amik pengajaran yang lepas. Simpan dalam beg y bukan beg laptop memang berisiko bag tu kena hentak.
Kisahnya haritu naik bas rapid yang sangatlah padat, aku tersepit antara pintu dengan tangga. Beg aku tersepit masa pintu tu terbukak.so ak rasa, laptop aku mungkin mcm terhentak masa tu la. Lagi2 beban berat.

Masa nak bertolak dari rumah tu, aku bawak la novel kajian yang memang kena habiskan baca. Hmm..ntah tak semena2 mama sound.
"tak payahlah bawak buku tu..tak de masa nya nak baca. Pergi sana bukan nak baca buku. Baca buku kat rumah lah.."

mama melaung dari jauh. Sebab dia nampak aku pegang buku. Masa tu aku dah sampai kereta yang terletak di depan rumah. ( aku rasa bahase aku makin skema.. ahhh..apsal ha..?hmm lantak r). hati aku berdesis

" aik! bawak buku pun salah ke? tak paham betol aku dengan mama ni!"

dalam hati aku, mama ni..haizz..
masa tu aku rasa, mama pun hanya seorang manusia. walau mama tetap mamaku. tapi mama tak lari jugak dari title insan. Aku kadang2 keliru, apakah yang dikata tak payah itu, bermaksud larangan. Tapi dia tak kata jangan. JAdi, kalau aku berdegil nak bawak buku untuk dibaca jugak, apakah aku dah tak taat? Hmm..aku pun tak tau kenapa aku fikir macam ni. Tapi aku tak rasa ini satu suruhan atau ayat perintah.Cuma dia kata, tak payahlah..

kalau ikut bahasa, bukan ayat perintah kan?

Aku pun tak paham dengan mama kadang2. Apalah salahnye nak bawak buku bila keluar? ada masa2 senggang masa tengah tunggu tren ke, 2-3 minit, at least boleh baca semuka atau seperenggan. Ntahla aku pun tak paham dan aku tak endahkan. Dalam hati aku, ada la sikit rasa tak puas hati. tapi aku biarkan je la malas nak amik serius.
Dalam hati terasa la, kalau la mama tau betapa aku pada saat ni sangat2 perlukan banyak pembacaan yang bukan sikit. tapi banyak sangat2. aku mula terasa, masa aku sekarang ni tak boleh lagi nak guna sewenang-wenang. Semua kena manfaatkan dengan sewajarnya dengan membaca. Takde masa nak tengok tv ke, saje nak tengok. Kalau aku tengok, biasanya tertengok, secara tak langsung. But niat hanya nak tengok tv tu xde sbb aku rasa banyak betul benda yang aku kena n patut buat. Blog je, aku rasa terlampau banyak sangat perkongsian yang aku nak post, tapi belum berkesempatan. Dari satu minggu lepas, yang macam2 benda berlaku dan terjadi dalam hidup aku. Apa yang aku belajar dari hidup ini, pengertian pada sebuah kehidupan, semakin hari boleh jadi, berbeza dan makin mendalam ertinya. Bahan bacaan yang aku kena baca boleh tahan banyak. Walau aku rasa aku pun tak pasti, aku punya waktu nak habiskan semua tu dalam masa satu minggu, Lagi-lagi, hari terakhir aku kat Taylor, aku pinjam 6 buah buku. Macam2. Sebab aku ni memang ada sifat tamak. Hari terakhir tu pulak, aku luangkan masa lepas siapkan assignment dan hantar tepat pada minit2 terakhir. Dah hantar tu, lega terasa. Satu beban dah langsai. Aku pun bersantai2 tengok2 buku. Tarik buku yang menarik minat n baca la sikit2 isi kandungan buku. Rata- rata buku yang aku pinjam lebih kepada kemahiran. Contoh macam How to be a good speaker, how to think..lepas tu ada buku yang berkaitan dengan inspirasi dan harapan. Semua tu ada 6 buah. banyak. Masa sangat terhad! Aku kena habiskan baca novel kajian, nak kena buat bacaan untuk kajian sejarah,cari artikel untuk conference yang merupakan projek mega untuk kelas world issue. Lagi, nak baca n paham kan pasal cerita macbeath. Yang memang tak senang nak faham. Oh lagi, kena baca in-dept, sebab nanti nak kendalikan seminar sejarah pasal republik virtue ke ape ntah..xingat. kalau nak dilistkan benda yang aku kena baca untuk cuti ni;

1. CPT Novel - The Edible Woman
2. Background Macbeth. - Fahamkan scene yang dah cover dalam kelas
3-. Cari artikel n baca pasal Education for All
4. History research paper- Karl MArx communist manifesto. How his world hadr
5. Bacaan untuk seminar.

5 benda nak baca baru berkaitan studi. Yang diluar studi?

banyak benda aku nak tau. PAsal philosopher2 islam. Ilmu2 islam, mesti bertambah, mesti ada benda nak berubah, bila dah ada ilmu kata kak shahira kakak naqibah aku, cara nak hargai hanya ada satu. iaitu AMALKAN = praktikkan.

Setuju. Sebab, aku rasa, apa yang aku belajar, kalau takde test, xde ruang untuk dipraktikkan ibarat belajar tu tak xde la bermakna sangat.

So, buat masa ni, ini je la luahan rasa. Memandangkan masa bergerak pantas, jadi aku pun, patut bergerak pantas and paling penting kena tau keutamaan n TETAPKAN PRIORITI. i still can remember that advice. Always bear in my mind.

*melencong abes...patut nak tulis pasal persaksian aku terhadap masyarakat sekarang. nak citer pasal ape y aku nampak kat budak2 zman skrg sepnajnag perjalanan aku ke lowyat n balik dari situ. n masuk kompleks membeli- belah tu, macamana keadaan dia..fuhh..hanya Allah je tau. apa aku boleh buat, banyakkan istighfar je. Anak-anak muda zaman sekarang, tak tau hala tuju hidup, poya2, banyak alpa terleka, itu apa y aku nampak. berapa ramai yang dapat tarbiah, yang tau apa tujuan hidup, tau sejarah islam, yang aku nampak jenis yang berpelajaran rendah aku kira. Mudah ntuk mengecam. bukan mahu melabel tetapi dengan hanya melihat etika mereka pun cukup dah menggambarkan serba sedikit. Berhibur, bergurau, berborak tak tentu hala. Pakaian, masyaAllah, ada nampak pempuan ni laki ke? Laki ni awat mcm pempuan.Aauu ka? hmm.teruk2 benar yang aku tengok. tapi balik je dari lowyat n sungei wang, masa nak balik naik tren, bukak2 je pintu tren tu, depan2 pintu nak masuk tu aku nampakla sorang brother ni tgh berdiri baca buku psal Salahudin Ayubi. tu baru sorang n ada lagi sorang baca buku something pasal motivasi. Aku hanya pandang sekilas. Aku pun masuklah tengah2. Ingat macam nak join r jadi model membaca kan. Tapi masa sebelum masuk , mmg aku pegang novel. tapi dah masuk, bila tengok org sebelah baca pasal salahudin aybubi, aku jadi segan plak nak baca novel tu. terus tukar, baca majalah i. bacalah benda2 pasal islam. naik semangat aku.

Alhamdulillah. Apa2 pun, hidayah tu kurniaan Allah ..Wallahu'alam.

No Tittle

inilah beg aku yang lama, sampai retak laptop. Kena himpit masa dalam bas rapid. Padat sangat orang. AKu tersepit kat celah pintu bas. Beg macam kena hentak. Sadis. Akibatnya..

Laptop punya LCD dia retak. Skrin tak retak tapi pixel. Tanda dia yang itam2 tu. Ada orang ingat, tu, corak semulajadi. Banyak larrr..hoho..tak gi baiki2 lagi..kedai tutup. T_T Oh..inilah wajah notebook pinky ku. Yang kat kolej, ramai beno tegur..Sume jeles..ntah ape y jeles sgt ak pun ta tau. maybe wane dier striking pastu PINK. y jadi kegilaan mereka y perempuan(ade je pempuan xsuke pink) . Kalo perasan yang berwarna warni tu sbnrnye kipas. as cooler. satu benda y xbrp sonok ngn laptop murah ni, dia cepat panas lmbt sejuk. Kalau tuan dia, mungkin lambat panas, cepat sejuk..[^^]

Aku berusaha sedaya upaya kalau kemana-mana bawak novel ni. sebab nak habiskan baca. so dar, bnyk wod ak belajar. Ini r novel kajian aku. Huhu..bleh ke abes baca T_T..LOrd of the FLies pun tak baca habes.huhu..cube je r..Buku y cite pasal Marian y da engage n getting married..tapi ade konflik ape ntah..pastu myb xjadi kawin,..hmm..


Oh..ini r bundle of book, y aku pinjam kat library..konon nak baca..hmm..harap raya2 dpt la selak2 gak..tapi terasa mcm agak mustahill..haizz..aku ni memang bercita-cita besar tol. xpe..usaha gak nak baca. but time so limited n pressed me!



Hmm.ini r, list of works that i need to do. Each subjects and the priority. So far ada 10 benda. Aku dapat buat mungkin 3-4 yg teratas jek..yg len2 tu, terasa mcm harapan jekk..T_T..mood raya,,camne r nak ngadap sume benda niii..

isi