Jumaat, Julai 4

A night before to the different world!

All together the giftbook ...





I really hope thish could reach her heart...
This is a gift just deep from my soul for her


Pesanan hikmah setulus hati


Permulaan Jalan Hidayah



Don't be sad

Isnin, Jun 30

Friendship 4 eva ALiaH-San!

Buat Aliah ...
Kawan yang kusayangi,

Ku mahu dirimu menjadi wanita yang mulia!
Ku mahu diri mu menjadi wanita yang tinggi kehormatannya...

Perhiasi dirimu dengan pakaian Taqwa
atasi Kelemahan dirimu
dengan taubat dan doa
Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Sempurna

Ku mahu dirimu tidak alpa
dengan arus duniawi
yang manis hanya seketika

Atas nama mesra
Atas nama cinta
Jangan dikau asyik terleka
Melayan kekosongan jiwamu
dengan hiburan yang hanya sementara
Isilah hatimu dengan Nama- Nya yang Esa

Jangan terleka dibelai rasa cinta manusia yang dusta
Hingga ia merampas takhta rasa cintamu pada-Nya.

AKu mahu dirimu BAHAGIA selamaNya
Usir segala kesedihan yang ada
Ayuh kita hidup penuh erti
dengan memahami hakikat cinta
Cinta hakiki milik yang Esa
Abadi cintaNya Selamanya..

p/s ; ini puisi khas untuk member aku, Nur Aliah-Fatin binti Mohd NIzam Ong. Member aku dari darjah 1 smp skrg!! Dari umo 7 tahun smp skrg. dah 11 tahun! Tapi mula kawan rapat masa darjah 5. n skrg pun still baik lagi, xpernah gaduh..

So pesan aku:

- all da best 4 u Aliah!
- Don't ever let yourself down.
- Remember Allah Always.
-Ganbatte Kudasai! Fokus studi.
-Remember your dream. Make your dream come true!
- NEver ever give up!

Ape2 i'm always there for you if you need me anytime, anyhow. Just call me or else give sms. K?

Kelebihan Serban!



Post kali ni citer pasal serban.


Hmm..suke aku tgk org berserban. Ntah. Kalau dia pakai smart2, pastu putih..jubah putih..fuhh, tambah lagi kalau encem, ehem2..bleh terpesona rasanyer..Ish3, qotul..tundukkan pandangan! Huhu TT_TT

Hmm..xde r. nak katakan, betapa alangkah indahnya Islam tu. Setiap apa yang dianjurkan ade hikmahnye, ada sebab dier. Kenapa Islam anjurkan cenggitu. Bukan main-main, bukan saje2.

Ok, kali ni nak sambung post. Hari tu ada hutang, kata nak post pasal kelebihan berserban. As sebab, kelebihan berserban ni ada dalam buku yang bakal dibagi kat member aku, makanya kena post malam ni gak. Sebab esok, buku ni dah ada kat tangan dia. Ha..dia ar member aku yang esok nak pegi daftar kat Kolej Mara Seremban. Aliah-san! ehhe. Insya Allah, pasni ada masa aku post puisi yang aku dah buat khas untuk member aku yg sorang ni.

KEnapa dianjurkan/ dituntut berserban ?

1. Untuk kemenangan n kemuliaan

-
menurut Al- Hafiz Ahamd al-Ghammari dalam Mutabaqah Al Ikhtira'at Al Asruan Lima Akhbar Bihi Syed Al bariah, Nabi SAW bersabda,

" Serban itu kehormatan orang Mukmin dan kemuliaan orang Arab ( Islam). Apabila orang Arab (ISlam) membuang serban mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan dan kemenanan mereka "

Dalam hadis lain,
"Serban itu mahkota orang Arab, apabila mereka mnanggalkan serban bererti mereka telah menanggalkan kemuliaan, kehebatan dan kemenangan mereka "


Menurut sejarah, setelah Turki menakluk dan memerintah kebanyakan tanah Arab, maka tarbus telah mengambil tempat serban. Setelah mereka tangal serban diganti dengan tarbus, lalu datang penjajah Barat menjajah pula. Umat Arab pun setelah itu terus mnurut segala perangai penjajah Barat. mereka terus menggondol kepala tanpa apa-apa penutup kepala, mereka langsung meninggalkan tabiat Islam .

2. Untuk berbeza dengan orang bukan Islam

Org bkn Islam pun ade tradsi bertutup2 kepala ni gak. macam pakai topi, kopiah n macam serban Benggali punye. tapi bentuk n cara penutupan kepala dorang tu berbeza dgn org Islam.

Nabi SAW perintahkan supaya umat Islam membezakan bentuk penutup kepala kita dgn mereka2. Rasulullah SAW n para sahabat r.a dulu sume sangat berhati2 sekali bila masuk bab pakaian. Mereka akan pastikan agar orang-orang Islam tidak menyerupai orang bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun! Hatta dalam bidang pemakaian, tapi huhu..orang hari ni menyifatkan ini sebagai perkara kecil atau remeh-temeh..atau mungkin langsung tak pandang..

Cara pemakaian, aku tak berapa arif, sebab rasanye, pening jugak baca. Ada hadis, tulis pakai serban di atas songok (kopiah).. hmm..xdpt nak bayangkan camne. Jadinye, kalau nak pakai serban ikut cara Nabi, tanye la ust2 ek.. eden ni , sekadar nak naikkan semangat orang nak buat sunnah nabi n pakai serban jek.

hmm same gak macam tudung labuh. atau pun orang yang berpurdah ( tp yg ni ada perbezaan pendapat) . pakai labuh2 sebab nak bezakan antara orang bkn ISlam dgn ISlam. ISlam ada identiti yang tersendiri! Zahir je dah nampak! oh dier ni orang Islam! Itulah hikmahnyer..Itu baru namanyer SYIAR ISLAM.

3. Allah dan Malaikat berselawat ke atas orang yang memakai Serban
dan para malaikat-Nya meminta ampun ke atas orang yang berserban pada hari Jumaat.

Rasulullah SAW Bersabda, maksudnya ;

Allah berselawat (memberi rahmat) dan para malaikat-Nya meminta ampun ke atas orang yang berserban pada hari Jumaat

" Malaikat berselawat yakni meminta ampun bagi orang yang memakai serban pada hari Jumaat"



4. Gandaan Pahala untuk orang pakai serban

Pengarang kitab Jawahir Al-Mauhub
memetik sabda Nabi SAW, maksudnya

" Sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu lebih baik daripada 70 rakaat sembahyang tidak memakai serban"

Dalam hadis lain,
" Solat dengan memakai serban pahalanya 10,000 kebajikan dan solat Jumaat berserban menyamai 70 kali pahala Jumaat "


Sesape yang memakai serban dgn niat utk meniru Nabi Muhammad SAW dan utk melahirkan dan menegakkan syiar Islam, pahala dier besar sangat2!!

Hadis riwayat Imam AlBaihaqi dari Al Hassan bin Qutaibah dari Ibnu Abbas r.a : sabda Nabi SAW;

" Siapa yang berpegang teguh dengan Sunnahu ( mengamalkan Sunnah Nabi SAW) ketika umatku telah rosak, baginya 100 kali pahala syahid "


Dalam hadis lain riwayat Attarmizi,

" Sesungguhnya kamu(sahabat-sahabat nabi SAW) berada di dalam masa yang sekiranya kamu meninggal sepersepuluh ( 1/10) daripada apa yang diperintahkan, nescaya binasa. Kemudian akan datang suatu masa (di akhir zaman) yang sekiranya di antara kamu ( kalangan umat Islam) beramal sepersepuluh (1/10) daripada apa yang diperintahkan ALLAH, nescaya ia terselamat "


Perkara Sunnah ni mungkin budah bagi kita akhir zaman ni nak tegakkan tanpa libatkan banyak belanja macam fesyen skrg. Kalau ikut fesyen yang dipakai cara Nabi SAW; berserban, berjubah.


Kadang2, kita selalu fikir pasal keuntungan dunia tapi takde pulak kita persoalkan keuntungan Akhirat yang akan kita dapat. Padahal akhirat tu yang patut kita persiapkan pakai serban.


Wallahu'alam.
























Ahad, Jun 29

Jangan Khuatir, Jangan Takut!

Today i've been to my cousin's kenduri Kawin. This is my first time i be the one that arak the groom. I'm in the first row holding the hantaran. Hua3..Nice feel! =P

Hmm..

Semalam rasa takut.
Hari ni mula rasa sedih.
Aku rasa sedih, sebab suasana nanti tak macam dulu. Suasana yang berbeza, biah berbeza, tarbiah mungkin makin payah nak dapat. Rasa macam, tetiba sedihla.

Entah macamana rasa tu boleh menyelinap masuk.
Lantas, aku baca buku La Tahzan, dari satu muka surat ke satu muka surat.
At last, aku terjumpa sesuatu yang menarik fikiran aku.

Jangan Khuatir, Jangan Takut. Jangan Bersedih.

Yup. Semalam aku rasa banyak sangat kekhuatiran yang menyelebungi hati.
Aku takut akan hari esok, walhal apa yang ditakuti itu tidak akan terjadi.

Harini sedih menyelinap sebab, sedih dengan suasana baru yang akan ditempuh. Segalanya tidak begitu indah pada pandangan mata. NAmun, mengapa perlu bersedih?

Kerana banyak nikmat yang kita dah dapat, berbanding orang lain. Tingkatkan kesyukuran. Usirkan perasaan sedih. Sebab sedih hanya melemahkan semangat.

Tak nak takut. Tak nak risau. Jom Serlahkan Kehebatan diri!
Yes Qurratul!

Awak seorang yang hebat!
PErcayalah, dan yakin !
Aku pasti berjaya.
Aku lebih hebat dari mereka.
Aku seorang yang luarbiasa.
Aku punya Allah dan Rasul dalam hidupku
MEngapa perlu rasa rendah diri?
MEngapa perlu rasa lemah?
Aku punya Islam yang hebat.
Maka seharusnya aku bangga membawa imej Islam kepada mereka.
Bangga mengamalkan ajaran Islam.
Jangan takut, Jangan khuatir. Ayuh terus kita mara!

Positifkan diri, kuatkan tekad dan semangat, sematkan disanubari. Aku pasti dapat melalui semua ini.

Jangan difikirkan hari esok, Kerana esok belum tentu pasti.
Fokuskan diri pada hari ini, kerana mungkin hari ini kita mati.

Ingatlah mati, pasti dapat mengatasi kelemahan diri.
Mati bukan melemahkan atau menakutkat, tapi berani menghadapi mati itu sesuatu yang perlu dipelajari. Kerana, bila hidup kita mengingati mati, pasti setiap waktu tidak disia-siakan. Namun manusia selalu lupa. Bahawa mati sedia menjemput kapan pun.

Semalam, aku mendengar tausiyyah dari seorang penceramah Indonesia di website ni.

Antara kunci ketenangan:
1.tekad kuat utk bertaubat
2.banyakkan bertaubat
3.jauh maksiat
4.tingkatkan taat
5.Selalu tolong orang. dgn ikhlas.

Jadi, sekarang, aku cuba amalkan dengan banyak2 bertaubat. Istighfar. Dekatkan hati pada Ilahi . Cuba mencari makna hidup ini. Mengumpul kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Moga Allah menyirami hati ini dengan Nur Hidayat, Nur Iman untuk menjadi Nur Qurratulain.

Wallahu'alam..

Sabtu, Jun 28

Unexpected Trip to Taylor's College

Lepas habis pergi kenduri, pergi Hotel Crystal ape ntah..tmpt nyai yai duduk..


Hmm..masa dah naik tu, aku terasa semacam.


Apa yang aku rasa??? Jeng3..(konon saspen..)


hmm..ak rasa TAKUT.


BIla aku tengok pandangan dari tingkat 9 kat hotel tu, aku mula terbayang sesuatu. Sesuatu bermain di fikiran..


Apa yang aku terbayang? Apa yang aku takut?


Huhu..apsal eh..hmm ntah. mase tu aku terbayang..agaknye camni kot nanti pemandangan dari Ridzuan Condominium yang mungkin bakal aku duduki tak lama lagi. Huhu..ye r nantikan aku masuk Taylor College.



So ape yg nak takut nye?


Hmm..ntah..aku takut.. Sebab hidup nanti macam serba mewah.

Aku takut aku alpa dengan nikmat tu sume.

Aku takut aku terleka n lalai.

Paham2 je r. aku ni kadang2 bukannye kuat sangat. Baru uji sikit, baru bagi nikmat dah cepat lupa Allah..


Huhu..aku tau aku macam tu..Bila dah 'sakit' baru la cari Allah. Ngadu la mcm2..TT_TT


huhu..ujian tuh..dibagi nikmat. Tetap diuji, samada syukur ke x? ntah lagi jauh dgn Allah ke lagi dekat?

Pasal condo plak..dah r aku ni xpernah dok condo..bukan tak pernah..hmm..dahulu kala ..pernah kejap. tapi itu kejap2..ini, utk jangka masa lama. Hmm..xmerasa duduk condo..apela agaknye rasanyer..ala nama je kan..tapi, accomodation lengkap oh..ada oven,tv, washing machine, refrigerator..fuhh..xdpt kat apartment USIM.. hehe..

Itulah. patut bersyukur ye dakk..tapi still i risau, takut teralpa..tu jekk..takut2...Janganlah Ya Allah..jadikanlah aku hamba yang bersyukur..


Hmm..aku lebih bermasalah kalau dh 'cuti' . O_o..

ntah r.,ssh la. mcm dah ..tu la mungkin dh bbnyk kali terbuat. So, dia dah mcm takde effect sgt..Pantang kalau cuti, harapan aku nak pegang ma'thurat. huhu T_T Teruk kan! aku tau aku teruk. tapi, hmm..dah jadi tabiat payah betul nak berubah. pastu, peel bila dh cuti, kompem, ak tak hirau sgt bangun pukul baper..tapi kadang2 tu aku bangun lagi awal dari hari biasa. huhu..masalah2..itu baru pasal 'cuti'jek..ibadat dh turun naik.


Belum lagi iman yg pasang surut. T_T

Tu yang aku takut. Tetiba aku rasa takut. Takut nanti iman aku dapat jaga ke? Huhu..Imej yang biasa aku bawak ni, bisa dipertahanke? Jangan2 bertukar ..'Auzubillahi min zalik..


Percaya atau x, aku rase mcm nak pakai jubah jek gi Taylor tu. Lantak r ape org nak kate..(tapi sure mama sound kalau dier tau..T_T)


huhu..bleh ke buat mcm tu? kata tak kisah pandangan manusia..


hmm.bila tiba surrounding mcm tu, mencabar tuh! Kalo setakat kat skolah, bleh tahan lagi kot..

Ntah2 kat sane, aku la alien yang pakai xmacam orang lain..


Tapi kan..mmg r, tadi kitorang pegi r nk tgk tmpt..taylor tu kat ner..hmm..sblum ak jejak kaki kat taylor, kat subang tu pun, masa tanye2 orang jalan nak pegi..fuhh..pakaian pempuan situ...'fantastic' ...haizz..menyilaukan pandangan..tapi xper la..redho2...mungkin bila aku kat Taylor tu, lagi banyak aku istighfar bila tengok manusia yang macam2 pelik dier..Mungkin tu hikmah dier..(trying to be +ve always..)

pastu tadi, bila dah sampai Taylor College nye..hmm..first impression aku..
tmpt dier macam sekolah..compound dier juz like school. kalau tak sekolah kat malaysia, macam sekolah kat singapore.. design pun ala2 sekolah kat spore.. hmm.tmpt dier mcm kecik. xmcm usim..luas. saujana mata memandang..huhu..terasa mcm kat universiti..ini..pastu, mcm sempit jek..kat luar ade mcm2..starbuck, mcD..depan tmpt dier ade deretan kedai..hmm..kalau ikut pndgn pertama aku rase tmpt dier xbesh..tp ntahlah..tgk je r nt camne..

hmm..xpe2 kita redho seadanya..

itu r..EXPECT THE WORST len kali..supaya tak kecewa kemudian hari..hua3...

tapi tadi masa kat hotel kan, erm, terjumpa kita bible. perghh..kita bible tuhh. hmm..sure hotel tu kuat kristian..pastu, abang gi baca, aku tumpang2 r sekaki.. Hishh dier tu mmg..nak baca sekali pon xbleh...pe r..tapi ade ayat yg best r gak r dlm tu yang abg sebutkan..pastu, ada r certain2 word tu aaku xdpt catch up, pastu dier kutuk aku..

" mcm ni ke nak pergi canada? haih..nanti lecturer cakap lagi laju..kena peka. Dengar betul2.. ni kene brush up balik english nih! mcmane nih..haih.."

TT_TT

sebut pasal english, dah r lame x kecek..haizz...bile smp taylor college td, hmm..eng ak teruk betul, mama suruh tanye nanti mendaftar kat ner..suh tanye dkt office admission. ak pun gi r tanye. tp terus r bhs ak..auxilarry verb sume hilang! grammar hancuss..huhu..aku mcm takut2 nk speaking. tapi ak speaking gak sbb malu nk ckp melayu kat tmpt mcm tu..huhu,.mcm bengong jekk..tapi tu r. bile speaking, ya Allah..teruk2..

hai..risau aku..nanti kang, camne r..

Kene wat something nih..





Life is not only getting married!


Sebenarnye ni post awal. tapi aku dah meleret pasal tudung labuh..so sbnrnye cerita asal tergendala. SO ni sambungan cerita pasal pergi kenduri nikah Abg Edy.

Well, today i've went to my cousin's nikah ceremony in Klang...
but we are late. so just got makan2..xsempat tgk the ceremony. tomorrow is their wedding ceremony. so, when i reach there, such really like a big kenduri will be held i think. almost hv 10 khemah. khemah plak, my mum said bkn jenis yg biasa2. and pelamin dier pun, superb. my mum knows how was the expenses it could be coz my sis are going to be married end of this year. so, my mum n my sis is exploring and surveying for the cheapest price 4 the walimah kenduri.

and after i've seen just the khemah n meja2 yg dh siap psg at my cousin's hse..i think married is not cheap. hoho..although last time we've chat over how Islam urge marriage as soon for the muslims r if they able to do so zahir n batin. somehow, now when i look to the realiti, i am agree n understand why men tend to extend to get married. just bcoz of this. kenduri kawin of course plg sempoii almost RM30,000. khemahla, catering, mak andam, tok kadi, dewan, pelamin n sort of..huhu..

so what i can conclude, (this is wht i understand right now) if you are still able to jaga pandangan, n behave urself, to get married can be later. but if u r the one that socialize, or u do have somebody with u, u r urge to get married so that ur not or getting involve to zina. which there lot of type of zina like zina mata and hati not only the main zina still to get married is a good thing, which make ur life more complete. as we usually heard, kawin tu menyempurnakan agama. i've heard one story about somebody tht get married while still studying. the effect from the marriage is, it makes their life more committed towards study and all aspect of life. result makin mantap n sort of. well, that's the pro.
overall, i think, life is not all about being married.( the reason is say like this is becoz this week, i usually talk over this topic T_T. ). I feel, yet still i'm still a muslim, teenager, student, a child to my parent and hv the responsibility towards ummah n society n to the world. so, about the marriage, no need to worry. the time will come. just right now, what we should do, mantapkan diri dgn ilmu. Prepare ourself with knowledge, iman, amal n taqwa. Banyakkan buat ibadat so that ourself will be strong.
Anyway, it's a good topic to be think. At least, open my mind to think ahead. For the future, if u r getting married, it is not love is all bout. if for men, of course have to think about the family economy and if u hv children how it will be n sort of to sustain in life n that is One of the key to be happy in life. so what should we do now, is use all the opportunity tht we hv. and i think, just the same think, for marriage too, PREPARATION is really important. or else maybe you will hurt some other days if lack of preparation. So that's it. SO this is what i thinking right now, and tindakan after this will be to be more focus in my life.Behave myself, be a good gurl. Don't talk to guys unpurposely. Coz, i think, perasaan boleh terbuai bilamana perhubungan antara lelaki tu xjga. so, the more you preserve the more you will not be affected. dlm quran pun dh state terang, lelaki xbleh pndg pempuan yg bkn mahram dier, n pempuan pun same. tp certain case ada y dibolehkan. so, kalau sama2 jaga diri maka xtimbul la perkara pelik2. ^^

So, i feel that right now, life is not only getting married. We have the main duty to be settled down which is as chaliph in this world. Lead this world toward Islam. After married, still u have to continue your life. This is interesting. Just like in what i got input from kakak ummu ~ my usrah's sister.

"Hidup kita ni kadang2 macam robot kan. Belajar, belajar, belajar. LEpas tu nak
keje. Lepas tu kawin, Lepas tu dapat anak, lepas tu, anak kita pun pergi
sekolah, n belajar, masuk universit..Teruskan macam apa yang kita buat..lepastu,
kita pun dah tua, lepas tu tunggu masa nak mati..Macam tu lakitaran
hidupmanusia.
Tapi pernah fikir tak, kenapa kita belajar? Kenapa kita
studi?Hidup kita ni sebenarnya macamana? Kenapa kita ada kat dunia ni? Apa
tujuankita hidup? Kenapa kita diciptakan? Pernah tak kita cuba nak fikir? Atau
hidup kita macam robot..
Bila disetkan menari..menari je keje dia. sampai dia
dah penat menari, lepas tu dia tumbang sebab dah habis bateri. Hidup kita nak
macam tu ke? Macam robot..Yang ikut je tanpa memikirkan..tanpa erti.."

Maka hiduplah dengan beerti!

Abah pun pernah kata,"hidup ni bukan setakat fikir anak bini je..kan dah sebut dalam hadis,

" Tak dikira beriman seseorang antara kamu, selagi mana dia tidak
mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"


Jdi, kita hidup kena kisah saudara-saudara kita yang lain jugak. Bukan boleh nak fikir keluarga kita je."

So, Right now, just focus toward the responsibility that we have. Towards, parents, family, society ~ummah n the world.

Jaga diri dari perkara-perkara tak elok, jaga kehormatan, kemuliaan n maruah diri. Later on, the right time will come. I believe in that. Just wait till the right time. InsyaAllah. ^_^


p/s: bnyk belanja kenduri kawin ni! Realiti skrg yg xdpt nk lari..=0

Tudung labuh tak praktikal?

Well, today i've went to my cousin's nikah ceremony in Klang.

The whole family were going. Pagi yang kelam kabut! Semalam pergi makan dekat restoran Cheng HO. Resotran empunya Amy Search ~ yg rasanye dh bertaubat. Alhamdulillah. Ada jumpa dia smlm. n abg aku tngkp gmbr abg dgn dia. Hmm..dr meja kitorang makan tu je dh bleh nmpk dier. aku suka tengok muka dia. Bukan sebab apa. Aku suka tengok muka orang yang 'bersih'. Ntahlah. boleh nampak dari muka. Pancaran hidayah. Apa-pun aku harap, Moga Allah tetapkan hati dia tetap dalam keadaan Iman n cenderung kepada Islam. InsyaAllah.

Sebut pasal harini, masa dalam perjalanan nak pergi rumah belah perempuan. Sepupu aku yg nak kawin tu lelaki. Rumah dia kat Kluang. Yg kat Klang ni, belah perempuan. So, masa dalam kereta aku tido jek. Celik-celik dah sampai area Klang tapi tak sampai rumah pengantin tu lagi. Masa aku celik-celik tu, abah dah sampai satu tempat kat bandar Klang. Rasanya masa tu dah sesat. Jadi abah stop tepi, suruh atih pegi tanya orang. Masa stop kereta tu, kak yang macam teriak (xde la teriak mane pun..tp xtau nk gune perkataan ape)

" Eh mama..tgk tu ada orang pakai serban. Ada sekolah agama ke kat sini?? "

Mama,

" Eh tak tau ke , kat sini kan ade sekolah tahfiz. Ala tahfiz Klang..xkan xpernah dengar kot.. "

Kak Yang,

" Oh..ade ke..? xtau la pulak.."

Aku pun menjengah2 la. mana gerangannya yang pakai serban tu. Oh rupanye ada..Sorang dua dok berdiri kat situ. and lagipun nampak macam ada ramai lagi yang pakai. baju sume pesen same jekk..Rupa2nye ada pendaftaran untuk tahfiz kat citu..patut r..ramai..

Sebut pasal Serban.
Hmm..baru je smlm aku baca pasal fesyen orang lelaki Islam.
Dari apa yg aku baca, kalau nak diikutkan mmg serban tu sangat-sangat dituntut memakainya. Sebab serban tu sebagai tutup kepala melambangkan syiar Islam and Sunnah Nabi. Barangsiapa yang tak pakai, menyalahi sunnah nabi. Tapi hukum pakai tetap sunnat. Kalau pakai dapat pahala berganda2! tapi kalau tak pakai, tak dapat dosa. Menyalahi sunnah tu betullah. Sebab tak ikut cara pakaian nabi. Tapi dalam buku tu, terangkan pasal zaman sekarang, kadang2 orang lebih memikirkan keuntungan dunia berbanding akhirat untuk dijadikan bekalan. Ni nanti aku share, ape fadilat orang pakai serban. Cuma dari point of view ak, betul la. pakaian tu la mencerminkan jiwa dan peribadi. Kenapa Nabi pakai macam tu? Sebab nak bezakan antara umat Islam dengan orang bukan Islam.

Kenapa?

Orang ISlam tu, agama yang tertinggi dari agama yang lain. Agama yang mulia. Andai, pemakaian orang Islam pun sama jekk macam orang bukan Islam, xder beza, maka apalah maknanya atau apalah bezanya orang Islam tu dengan orang bukan Islam. Tak ada yang membezakan dari segi zahirnya. Rugi bukan?

Tapi zaman sekarang ni, payah nak cari golongan yang betul-betul pegang pada Sunnah Nabi. Barulah aku faham, kenapa lah Nik Aziz tu dok gi mane pun, mesti berserban, mesti berjubah! Sebab itulah pakaian Nabi. Mmg salute n respect r sape yg dpt buat sunnah Nabi nih!!

Pada kaca mata aku plak, aku suke tengok lelaki yang berserban. Sebagaimana, rata-rata lelaki yang suke tengok perempuan bertudung labuh, yang menyejukkan pandangan, aku rasa aku punya pandangan yang serupa pada lelaki-lelaki yang berserban. Berusaha mengamalkan sunnah Nabi. Suka tengok diorang, sebab rasa seronok tengok syiar. Bukanlah aku pegi usha. Xder keje..Aku nampak n perhati dari jauh jek..xder r perhati from top to the bottom!

Hmm..kalau aku, mungkin aku admire orang mcm tu. Admire orang yang amalkan sunnah nabi, cintakan sunnah nabi. What a great life will be! Tapi aku tau, aku xde la sebaik mana. Cuma punya impian macam tu jek..Susah kan nak jumpa lelaki yang sanggup nak pakai serban! Susah sehh..xpayah tipoo r..aku tau, ramai yang payah nak menjatuhkan 'kemachoan' mereka.

" Ape klass pakai serban"
" Pak2 lebai sesuai r pakai serban.."
" Tak macho r pakai serban.."

Mungkin ini antara ape yang dorang akan kata..

atau pun..

" Erm..aku tak layak lagi pakai serban.."

same jekk..

Mcm isu tudung labuh. Hmm..
Sebut pasal tudung labuh. 2-3 hari lepas, mama ade cakap kat aku..

" Ala dik, xusah la pakai labuh2 ni. nanti kat sane mane ade orang pakai..sume pakai smart2. ha tgk Aliah tu. Td datang, smart je pakaian da..ini labuh2..ape la..xpraktikal"

(ini dialog yg ak dah gabungkan dr 2-3, jadi 1. )

pastu aku tanye balik,
" Apanye yang tak praktikal? " mase ni suara aku mcm slow jek..huuh..sbb ak tau ni mcm isu sesitip bg aku..tp xde r mcm membentak..just dlm ati aku.." ape hal plak x praktikal!!"

pastu mama mcm xjwb sangat. mungkin tak tau nak jawab ape kot..

Aku pun, malas nak ckp pnjg, nak elak diri, n nak naik atas.

masa tu kakyang ade sekali . Kak Yang pun kte la,
" Ala mama ni..ape salahnye. Nak praktikal macamana lagi..karang dia terus tukar pakai pelik2 karang..nanti entah2 balik dr Canada ke terus tukar imej..n pastu bru dia kata..'ha ini baru praktikal..' masa tu payah la pulak. Dulu masa pakai labuh dikata tak praktikal..

ala masa ni biar je dia tu pakai labuh2..nanti tengoklah smpai satu masa sampai dia dah tak nak pakai n rasa nak labuh2 dah.."


Huhu..sedey aku dengar! Astaghfirulllah..Ya Allah..sampai mcm tu sekali..
Dalam hati aku.." Ya Allah tetapkan hati aku, nak ikut sunnah..walau manusia memandang rendah padaku.."

Huhu..sedey2..Masa mama puji Aliah, aku terfikir..ape la sangat. Mama kata smart tgk dia pakai. Yes i know baju dia tu bleh kata smart la nak banding ngan aku ni kan..xpandai bergaya..xreti nak berfesyen..pakai baju pun jenis besar2..tdung pun besar2..Mama kata, okla tu asal tutup aurat. Tutup aurat pada fahaman mama tu aku rasa belum cukup. Hmm..kalau gini, jangan kata nak niqab, haiihh baru berlabuh2 pun dh sedap kene sound. huhu..impian dihati untuk berniqab..BIlakah ia dpt kulaku..

Sedey, sbb mama tak faham.
Sedey sbb kak yang tak faham
Sedey sbb kwn aku pun tak faham.
Sedey tak buat dorang cuba faham.

Hmm..mcm yg ape aku dapat dr kelas Ust, Yunus yang mama pun ada sama sekali, ust ade sebut..


" Pakaian itu adalah kefahaman asas dia tentang agama "


lebey kurg mcm tu la. hmm ust pun ade sebut, perempuan kene pakai tudung yang labuh, melepasi bahagian dada. pakaian xboleh yang menarik perhatian, xboleh jarang kena tutup semua kecuali muka dan dua tapak tangan. Paling penting, pergelangan tangan tu kena tutup. hehe..aku tau rahsia kat pergelangan tangan tu, ada rahsie sebalik tu tapi aku ade pernah bgtau aliah.
bengong..dia xcaye..TT_TT..hampeh jekk..ape2 la..aku pun xbleh nk buktikan scr saintifik. tp itupun ak dengar2 jek..ape2 r..kalau aku, mmg ak tutup. malu r. kalo sesape yg tau rahsia tu dengan mudahnye dia dah tau sume. Ish3..bahaye2..

Tapi dekat rumah, abah pun xde la pernah terangkan aurat tu mcamana. atau bagi faham dengan seterang2nya. atau terangkan, jelaskan ke..mungkin sebab tu mama pun, faham mcm tu jek. pakai tudung, tutup badan. dah. tutup aurat lah tu. walhal itu belum cukup..

tapi bukan nak salahkan sape2..abah pun bukanlah dari mereka2 yang grad dr sekolah agama ke. pasal hukum, mungkin dah jelas. tutup aurat tu wajib. ok lepas. tapi betulkah aurat sudah ditutup dengan sempurna? hmm..aku bersyukur sebab aku faham. Aku dapat faham pun, secara tak langsung n aku faham bukan dari rumah. Mula2 aku pakai labuh pun, bukannye aku ada specific reason. tapi ntah. masa tu aku rasa nak pakai. aku suke. so aku pakai. Mana datang suka? Allah lah yang campakkan perasaan tu. Maka Bersyukurlah pada Allah akan nikmat yang satu ni.


Hmm..tapi kan .aku pun manusia gak. aku pun perempuan gak. Ape ingat aku tak suka nak rasa seksi ke? Of course I do! Semua perempuan mesti nak rasa seksi beb. Kadang2 geram aku tengok kat pempuan yang sexy mexy..hishh..ape dier ingat dier sorang je ke sexy?? hahaha..

tapi pada aku, nak seksi pun hanya kpd insan yang selayaknye la kan..Mahal tuh! hua3..so ak rs Tak payah la nak tayang2 sekarang. simpan n tunggu masa, n tepat pada masanyer, siap r! Jeng3...

So..as simple it is..aku tutup, aku labuh2 sume ni sbb aku rasa mahal r.. Kalau aku tak kisah, xder r ak buat sume nih..Salah satu sebab labuh2 ni, 1st sbb Dalam Quran dah sebut. Lagipun cara nak tundukkan pandangan kaum adam. Ape ingat kaum adam tu iman kental sangat ke? INgat sume bleh ke nak jaga mata..hmm tak sume. Jadi aku rase, nak tolong r dorang jaga pandangan dengan tutuplah apa yang patut. tp tu r..Paling kurang, kita ni xde la menarik pandangan kaum ar rijal. Tu jek..tapi skrg ni, benda ni mungkin..hmm..ntahlah..tak tau nak ckp macamana. Benda ni simple je sbnrnye. Sebab tu pentingnya FAHAM. Kita ni haram dipandang oleh mereka. Tapi mereka2 tu, bukan selamanya kuat iman. Kadang2 tak tahan jugak sebab macam2 pengaruh ada. Sape tak tengok pempuan langsung tu, mmg iman mantap r! Aku salute..Mcm irfan dak junior aku..hohoho..lagi prefer ckp ngan lantai berbanding ckp beredepan dgn perempuan..! hehe..bagus2..aku suke..

Kalo sume lelaki kat mcm tu, ak rase perempuan (kalo masih ada rasa malu) mesti segan nak cakap dengan lelaki!

Kadang-kadang mungkin kita dah tahu satu ilmu tu. Tapi timbul pulak soal YAKIN. Dalam konteks ni, yang aku nampak pada mama atau pada orang lain, benda ni kot. Bukan tak der ilmu maa. tapi dorang tak yakin. Sekarang ni, aku beramal dengan ilmu, lepas tu aku beramal sebab aku yakin dengan apa yang aku percaya. Aku percaya dengan macam gini, aku punya kehormatan, aku punya kemuliaan, aku punya personaliti yang berbeza dari yang lain. Aku punya fikirah. Dengan imej begini, aku tahu kenapa aku buat semua ni. Kenapa???? Semua ada sebab. Bukan saja2. aku tau, Allah suruh macam ni pun ada sebab ada hikmah dier. ape ingat Allah saje2 ke nak suruh..Mestilah ada hikmah tersirat dan sebab dia. Cuma manusia kadang-kadang beramal tanpa ilmu. Kadang2 beramal tanpa memikirkan. Kenapa?

Mengapa penting beramal dengan berfikir?
Sebab di situlah kita akan faham. Kenapa kita beramal macam gini macam gitu. Aku nak hurai semua pasal ni pun, rasanye tak cukup masa. Tapi buat masa ni, inilah apa yang aku faham. Sungguh Indah Islam tu kalau korang cuba faham..Percayalah beb! Ko takkan nyesal nyerr..huhu..Rase mcm bahagia jekk kalau dpt buat ape Allah suruh. Tapi itulah. Setiap jalan menuju Dia mestilah ada halangan. Ibarat nak mendapatkan sekuntum bunga mawar yang mewangi. Mawar tu berduri. Nak kata kat sini, nak buat Allah suruh pun, kadang2 bukanlah senang. Aku tak nak kata susah. Sebab aku tak suka pikir negatip. HIdup aku, tak suke stress2. Aku suke peacefull and hepy life. Ha, halangan nak buat apa Allah suruh tu NAFSU. Apa ingat, nafsu suka ke ikut apa agama suruh??

Jeng3..

Mesti r membentak dier..!

Hmmm...tapi kalau nafsu tu kita didik, bagi dia faham, biar dia tunduk ikut kita. Aku rasa, InsyAllah, Allah akan tunjuk jalan. Penting hati tu. Sebab hati tu yang kawal segalanya. Hmm..mcm2 dah aku sentuh nih..n bnyk benda dah aku lontarkan menurut pemahaman aku SELAMA NI.


Back to the main yang aku nak cakap. Pasal believe. Macam apa yang aku nampak kat mama, mungkin mama takut penerimaan orang kat aku camne. Pandangan manusia melebihi segala-galanyakah? Hakikatnya, kita bukan hidup di dunia saja. tapi kita masih ada kehidupan nun di akhirat sana. Maka sebaiknya, gunakan akal untuk memandu kita ke jalan yang benar dengan pancara hidayah yang Allah kurniakan. nafsu mungkin berkata, 'tidak praktikal' atau ape2 je la...
tapi, nak dikatakan..syariat tu yang utama.

Mana lebih penting?
Pandangan manusia ke pandangan kita di sisi Allah?

Ape2 pun, tak boleh tunding jari kat sapa. For now, i'll just point to myself. Mungkin aku ni, pakai tak cukup comel..tak cukup kemas. tapi kalau tak cukup praktikal..haizz..tu mmg ak xbleh terime..sensitip tuh! ha..as sebab mama puji Aliah tu r, menggerakkan hati aku bagi buku yang besh kat dier..pasal Aurat n Hukum Bersolek.

plg kurang, aku harap dapat lepaskan r tanggungjawab aku as kawan. Sayang dia, sebab tu ak buat mcm tu..Aliah kalo ko bace, hmm..aku buat sbb ak sayang ko. huhu.,tapi tu r kalo ko tgk family aku, hehe...kakak aku pun lebey kurang jek kan... Hmm..payah gak nak kata..sbb kakak aku pun sama je mcm orang lain. xde beza sgt. Ak pun tengah terpkir2..

Nak ajak orang, keluarga sendiri pun belum sempurna.Tapi aku cubalah buat yang aku boleh buat dulu. Ajak kawan faham tuntutan sebenar dlm Islam ni camne. Kalau faham, InsyaAllah senang nak buat. Tapi tak senang jugak, kalau tak yakin. hmm..soal yakin tu, kena try slow2. Nak buang, perasaan yang pentingkan pandangan manusia. Kena yakin. Allah lebih menghargai setiap apa yang kita hijrah, yang kita buat sebab Dia. Insya Allah.

Dari pakaian timbul Tarikan. Dari tarikan ada hubungan. Dari hubungan terjalin ikatan. Hmm..lepas tu ape lagi? huhu..

Tahu > Faham > Amal > Yakin


Wallahu'alam.



Jumaat, Jun 27

Awak +ve!

Hari ni hari terakhir aku kena buat ujian kahak.

Pagi-pagi bangun kena buat-buat keluarkan kahak. Sedutla kuat-kuat lepas tu kena keluarkan. Seksa gak r. Tapi kena buat gak.

Hmm..dalam minggu ni je..macam-macam terjadi. Tapi terasa kejap jek masa berlalu. Aku ingat lagi, hari Khamis lepas aku baru keluar USIM. Ntahla ape perasaan. Lepas tu hari jumaat pulak gi med check up. pegi InstitutRespiratori nak gi buat Mantoux Test. Mantoux test tu nak test TB. Sebelum tu, pergi Hospital Angkatan Tentera untuk ujian darah n air kencing. untuk pregnancy test and hepatisis ape ntah..Bleh tahan r . Aku pertama kali amik darah. tak pernah kena cocok. Masa nurse tu nak buat, dia bawak sembang2 ngan aku dulu. Pastu, masa dia nak cucuk, aku terbeliak mata tengok jarum injection dier..Dier yg nampak aku, terus kata " jangan tengok..tengok tempat lain.." n terus tanya aku soalan macam2..belajar kat mana . amik course aape.. hoho..aku ape lagi..cepat2 la berpaling. tak sanggup oh tengok jarum injection dier..T_T..
tapi sedey sket..aurat aku kat tangan terdedah. and ada sorang pakcik kat situ..huhu..ape nak buat...=( ok la..rasa dier..not too bad..sakit sikit.

Kat institut respiratori tu lak. Buat test mantoux. Sakit wooo..kalau lama sikit lagi..memang aku tak tahan..dier masuk jarum tu lame r plak..huhu..

Hari Isnin datang balik..


hari isnin to something happen!!

hmm to be continued..nak gi makan kat restoran amy search..aku pun tak tau kat ner...

You Are So Lucky!

People seems like to say how lucky am I..
Got many offers
and now got offer to studying abroad
and the place is quite far from Malaysia

and also i'm lucky to get studying for ICPU
and going to study in Canada
which people said one of the best education in the world!

and yet, people seems to say " bestnye awak..", " bestnye .. and bestnye..
well, if look over it,actually i've feel that too. Just before this. To the people who studying abroad, and to those who secure the scholarship as i didn't at that time. I feel, they are so lucky.

And yet, right now, it's happen to me. Many people seems like feel that i'm very lucky to have the opportunity. Hmm..So long i've go through all these when people congrate me for the chance that i got. I've receive many responses and many word of Congratulation.. Tahniah n sort of. I'm used to it. BUt at the time is passing by, i feel like..hmm am I the luckiest person in the world? Am I so lucky?

Yet, my sister always be sarcastic to me. DOnt overjoy or berangan jauh-jauh to be there ( canada ) ..kot2 nanti MU jek.. (MU = malaysia's university..) yeah. i can say that this is just a first step to begin the journey. Abroad? Nobody can guarantee you will be there. Anything can happen in this one year.

Well, today i've think over something.

Aku dah dapat banyak nikmat selama ni. Yang mungkin ramai orang lain kepingin nak dapat macam apa yg aku dapat. tapi depa tak dapat. n aku dapat. Mungkin jugak ada rasa timbul iri hati dengan nikmat yang aku dapat. Yelah, yang mereka nampak, hidup aku macam bertuah je. Dapat tawaran bukan je satu. tapi dua- tiga. Ape2la.Aku hanya boleh panjatkan kesyukuran yang panjang kat Allah sebab bagi aku macam2.

Sebut pasal ni, ak rasa.. nikmat yang aku dapat macam2..betul macam2.. macam2 yang aku dapat dalam hidup aku smenjak dua menjak ni..tapikan..banyak mana aku bersyukur? Yup aku cuma cakap..and selalu kata dalam hati..Terimakasih Ya Allah..Terima Kasih yaAllah..

tapi cukup ke sekadar tu???

Sungguh nikmat dia tidak terkira bukan? lebih-lebih lagi nikmat hidup, nikmat hidayah yang dilimpahkan, nikmat nak buat baik..Aku rasa nikmat paling besar is SEKEPING HATI. sunngguh itu nikmat yang aku rasa paling nikmat. nikmat bilamana kita mahu bersyukur, bilamana kita suka nak buat benda baik, nikmat bilamana kita benci nak buat mungkar. Itulah nikmat yang sebenar. and itulah nikmat iman and islam. Takder yang tertara atau terbanding. Aku sedar. tapi sungguh bila sebut pasal nikmat, memang tak terkira, tak ternilai tak tercapai dek akal nak menghitung setiap satu. SubhanaAllah.

Aku masih ingat lagi antara input yang aku dapat kat usrah masa kat sekolah dulu. Aku rasa itulah usrah kali terakhir yang ada kat sekolah tu. TT_TT..Sedihnyer!!!

Hmm..dala usrah tu..abang Ryzal ABIM ckp..
Allah tu sayang kat kita..

aku tanye,
" Macamana kita nak tau Allah sayang kita? Apa tanda dia? "

Abg tu ckp,
" Cuba tengok, apa benda yang Allah tak bagi kat kita? "

Aku masa tu, blur2..
Aku kata.
" apa benda eh? ape yang Allah tak bagi kat kita??? Hmmm ade ke? "

" Ha..mestilah takde. Sebab sume benda Allah dah bagi kat kita. Cuba sebut salah satu nikmat yang Allah dah bagi kat kita.."

Pastu budak2 usrah sume berebut la nak bagi jawapan. n ternyata memang banyaklah..
Jadinyer itulah tanda Allah sayang kat kita..

Aku pun terfikir lagi..
Selama ni aku hanya tau UCAP jekk..
tapi pernah ke aku buktikan???

tau cakap terima kasih..
tapi still lagi, buat benda2 lagho..still lagi terleka, alpa dengan nikmat yang Allah dah bagi nih..

nampak macam bersyukur. tapi padahal sebenarnya syukur luaran jek. Dalaman nye? mane buktinye?
Setakat cakap bersyukur belum cukup kalau tak dibuktikan dengan perbuatan..

Iman tu bukanke dibuktikan dengan amalan, diyakini dengan hati diucapkan dengan lisan..


hmm..Ayuh Fikir-fikirkan..

Nikmat mana yang kamu dustakan?
Sudah cukupkah tanda syukur kita pada Ilahi?

Wallahu'alam.

isi
€€

Puisi buat teman...











Dah lama tak karang puisi.

So, i want to dedicate this special poem to my best friend that are going to enrol to UiTM, Shah Alam, tomorrow. I hope, she could behave herself in college's life.

My friend's name is Izlina binti Md Ishakh. She are the one that sit beside me for two year in the classroom. hehe..both of us were the 'busy people'. She was vice president for the prefect and me was vice president for librarian. So, we understand each other and love to express what we feel.

Kitorang dah kenal dari sekolah rendah. Dari darjah 5. Tapi start kawan rapat masa tingkatan 2. Jadi dah jadi kawan baik selama 5 tahun lebih n dah kenal pulak mungkin dah 7 tahun kot.

Pasal puisi ni..
Ntah mane dapat ilham. ye la Allah nak bagi..banyak tanye plak..hehe..
Hmm..puisi ni ditulis di bahagian belakang muka surat buku yang bakal dibagi. Ada makna bagi buku tu!huhu..it's is about aurat perempuan n hukum bersolek..huhu..agak susah nak tegur kawan kita sendirik. tapi sbb rasa sayang, this is the only thing i can do. By giving this book, at least i hope she got what i want her to know and then trying to understand and trying to behave like what was stated.






Buat Izlina yang disayangi,
Teman Sepelajaran..
Teman Sepermainan..
Teman seperjuangan
Teman main masak-masak.. hehe..

Tulus dari sanubariku..
Ku mahu dirimu,
menjadi wanita yang mulia!
Ku mahu dirimu menjadi wanita yang bahagia
Ku mahu dirimu menjadi wanita yang didambakan setiap lelaki yang beriman.

Kumahu dirimu,
Tidak hanyut dengan cinta manusia
Cinta yang buta dan dusta

Kumahu dirimu,
TIdak alpa dengan pujuk rayu dia
Sang manusia yang berpaksikan nafsu semata

Kerana ilmu kita bertemu,
Kerana cita kita berpisah,
Namun biarlah antara kita tersemai rasa cinta
Jalinan kasih kita kerana-Nya.

Atas nama cinta,
Jangan kau asyik melayan
kekosongan jiwa yang meronta
Penuhilah hatimu dengan nama-Nya
Dialah yang selayaknya
Yang lebih sempurna dari segalanya.

Oh Cinta-Nya!
Cintailah sesuatu itu hanya kerana Dia!
Moga dirimu nikmati bahagia.






p/s : Aliah..kalo ko bace post ni..hehe..aku dah siap gak puisi lebey kurg camni tuk ko..tp ade laen sket r..hmm..tapi nanti r ak post, masa da dekat ko nak masuk KMS..and u will got just like what izlina got. Coz both of you my best friend. hehe..

so together we strive!

hmm..puisi ni mungkin ade genre puitis kot.
lagi2 bile dah blog ni warne merah.
mesti orang ingat aku ni minah jiwang kan!
huhu..
tp xpe..bak kate sorang tu.." xper..biarlah jiwang dengan Allah "





hehe..