Isnin, Oktober 29

anta jihadi





ilahi 
anta jihadi

every day is a struggle
help me get up and walk 
O Lord ..

ouch! curahat on usrah

kopi pasta dari ouch!

Personally lagi suka guna term usrah daripada "bulatan gembira", taktau kenapa.


Okay, penggunaan term apa pun tak patut la jadi issue, sekarang nak share pengalaman usrah.

Diperkenalkan dengan sistem usrah ni sejak zaman sekolah menengah lagi, masa dekat langkawi dulu. Tapi masa tu usrah ramai2, masa kaum lelaki semua pergi solat jumaat. Masa tu sungguh "jahiliyah". Orang tengah cakap2 kat depan, kita duk cakap2 kat belakang. Kalau dengar pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Lepas tu, sistem usrah ni sambung kat KMS pulak. Masa ni usrah kecil-kecilan, dapat kakak usrah (senior yang lebih berilmu dan beramal) dan start aktiviti macam makan sama-sama, baca Quran sama2, tengok video and bercerita bagai. Tapi, masa tu mungkin tak "matured" lagi, rasa macam usrah ni just satu rutin yang semua orang wajib pergi. Tu je.

Lepas tu, sambung lagi usrah kat India. Rasanya, ni kot detik permulaan - mula menghargai apa itu usrah. Bukan nak kata usrah sebelum ni tak berkualiti atau tak best atau tak betul, tapi kali ni mungkin dah matang, jauh daripada family, dan orang2 dah tak cakap ini haram itu haram.

Serius, masa zaman sekolah, banyak sangat dengar ini haram itu haram tapi tang mengumpat tak haram lah pulak. 

Kat India, start belajar nak tanda Quran. Belajar direct daripada ayat Quran, rasa lain daripada duk dengar orang ceramah pasal hukum hakam kan. Selain daripada usrah dengan senior, ada join ISK(ini sejarah kita) yang sebenarnya sangat best - tapi tak habis sebab ... err takpelah. And ada satu-perkataan-ni-tapi-tak-ingat - kira macam usrah makan2 tido2 dengan makcik-makcik geraham.

Betullah nak belajar, banyak jalan, mana-mana cara pun boleh selagi tak salah. Lagi banyak lagi bagus. Tapi usrah special sebab kita ada macam... bonding. Kita boleh share. Kita boleh tanya. Selalu berat rasa nak pergi (sekarang pun), tapi lepas balik dari usrah, takde rasa menyesal. So far. Alhamdulillah. Lagipun pergi usrah selalu dapat makan freeee. Hehe.

Lagi satu, selain kawan2 kelompok usrah, ramai je member2 yang banyak share videos and tweets pasal hal2 menaik-taraf kan diri. Tak ke untung gitu. :D

Kalau free, tengok la video ni. Student Malaysia kat China buat.Tomato 2.0. Klik! 

Walaupun bukanlah daripada golongan usrah sejati, tapi sangat bersyukur sebab ditakdirkan untuk jumpa dengan orang-orang macam ni.

p/s maksud bukan golongan usrah sejati ialah, belum ada ciri2 mereka lagi. Insyaallah one day. Doakan :)

I remember




Where there is a right there is no wrong,
I always thought we were so strong,
but our time just flew by,
But yea your smile still lingers in my mind,

and yea its so hard i just break down and cry.

I remember the time our friendship was strong,
I remember your eyes find a way to melt my heart,
Most of all I remember your smile.

Sabtu, Oktober 20

kerana aku hanyalah manusia


se'akhowat'mana pun seorang 'akhowat' itu,
dia tetap seorang perempuan dan manusia secara fitrah.

aku kini belajar,
mengutip hikmah dari kehidupan,
ibrah tarbiyyah direct dari Allah.

semakin jauh kita berjalan,
kita patut lebih mula mengenal,
memahami diri sendiri sebelum orang lain.

sesuatu yang sukar untuk kita memahami orang lain,
selagi diri sendiri belum 'setel'.

dan aku anggap ini suatu persiapan jua ke arah fasa itu.

membayangkan,
andailah begini yang kurasai
walau bersama 'akhowat',
walau bersama yang punya 'fikrah',
tetap masing-masing mereka masih manusia.

masih manusia!
aku harus akui itu
hakikat kemanusiaan aku dan mereka.

mereka manusia
aku jua manusia

hanyalah manusia.
hanyalah seorang manusia.
bukan malaikat tidak bernafsu.
bukan malaikat tidak berdosa.

mereka juga manusia.
bukan malaikat bebas dari dosa.
bukan malaikat bebas dari nafsu di dada.

semua mengetahui hakikat iman.
semua mengetahui hakikat jalan ini.
semua mengetahui kita harus bergerak dan terus bergerak.
semua mengetahui kita tidak lagi boleh memilih untuk berehat.
semua tahu itu.

namun sejauh mana aku juga mereka dapat membumijiwakan semua itu?
segala yang 'ditahukan' dari 'mereka-mereka yang tahu' kepada 'aku dan mereka'?

itulah suatu proses lumrah.
itulah proses tarbiyyah.
bukan sehari dua engkau bisa terus berubah
pabila terjerumus dalam jahiliyyah
kemudian disapa kembali oleh tarbiyyah
tidak sesingkatnya seperti masanya langit gelap bertukar cerah
tidak secepat dan sebegitu mudah
harus ditelusi dan disantuni dengan kuatnya mujahadah!

dan aku kini melalaui  proses mencerna setiap satu fikrah
yang cuba ditanam oleh "mereka-mereka"
untuk kami "hidup" bersama dengan fikrah tersebut
dan kemudiannya bangkit menghidupkan fikrah itu

jauh mengakar pekat di qalbi
seraya kemudiannya kembang menjalar ke seluruh pelusuk duniawi
bebas mengibarkan panji islami
meluaskan sayap menyebarkan tempias ruhi
menghidupkan fitrah hakiki
hidup dalam sibghah rabbani
seprti nila ciptaan Ilahi

aku di sini
menghadam diri
melampias rasa hati
di alam ilusi

aku di sini
mahu tegak berdiri
mengakur janji
setulus hati
mencari Ilahi

demi cinta ini
demi yang kekal abadi
aku harus berdiri

kembali
menggapai mimpi
walau tak seindah realiti
namun tidak akan kubiar berkunci
harus aku terus bermimpi
kerana akan aku menjejak pelangi
bila kujejak ia menjadi pasti
kerana Tuhanku sudah berjanji
Dia tidak akan pernah memungkiri.

10:50AM
Oct 20,2012 / 4 Zulhijjah 1433H
191 Sherbourne St

the theory of facebook

People is a complex human being. 
Before I can understand other people, I have to fully understand myself first. 


credit : google

Something that I can conclude from the past flare up,


The louder you are on facebook, the more silent you are in the real world 
The louder you are on facebook, the slower and unproductive you are in the real world.
The more you are expose on facebook, the more you are disclose from the real world.
The more people you talk on facebook, the less you talk with people from the real world.

Facebook is not real. 
They are illusion. 

However, do not underestimate the power of illusion. 
from illusion they have the power to topple down dictators and unite one nation. 

Jumaat, Oktober 19

jangan futur!

4) Memberi untuk menerima.
ini pelik. tapi benar. Saya selalu rasa terisi lepas mengisi adik2 saya. tak tahu nape. selalu rasa meningkat lepas habis sesi daurah ataupun usrah. Rasa wow! Iman bergerak! Yeeehaaaa! So boleh terussssss bergerak dan bergerak.Begitu juga, ruh dakwah itu mengalir laju berduyun-duyun apabila saya perlu berusaha untuk sampaikan dakwah itu.Travel tengah malam dan pulang ke tempat kerja di pagi hari setelah semalaman berdaurah. Drive berjam-jam hanya untuk attend setengah jamnya talk. Spend masa dengan adik-adik walaupun tanpa kata-kata dakwah yang terkeluar.

Iya. aku setuju denganmu ya ukhti!

sememangnya itulah hakikat kehidupan yang hakiki
yang HIDUP, BERGERAK itu PASTI.
andai tidak, ia MATI.
sedangkan bayi, dianggap mati,
jika tidak BERGERAK seperti seorang BAYI,
lantas bergeraklah dikau seperti DAI'E yang SEJATI.

allahu robbi
aku mahu keluar dari rantaian jahiliyyah ini..
dan terbang bebas berlari ke syurga firdausi

kuatkan aku ya Ilahi.

kredit : psych
aku mahu membesar dalam bulatan gembira ini!

Khamis, Oktober 18

kata tok guru

kata tok guru HAB,

"Berikanlah, biar orang lain mendapat faedah; tanamlah,
biarkan orang lain yang menuai; bersusahlah,
biar manusia lain mendapat kesenangan."

Kerana kita tak punya apa-apalah,
maka kita memberi dan memberi..
Kerana kita mahu mereka menuailah,
maka kita terus bekerja menanam dan membaja...
Kerana kita punya hati seluas samuderalah,
maka kita akan terus bersusah dan bersusah,
 agar orang lain dapat kesenangan...
 
kredit : dinadinaso
 —

Matang

Bismillah.

Hari-hari yang dilalui di sini, di tahun ketiga nak masuk empat di Canada, banyak mengajarku untuk menjadi seorang yang matang. Semakin matang dalam dunia T, semakin matang dalam dunia D. Ia ia memerlukan proses yang bukan sebentar, bukan sehari dua untuk aku merasa dan membina kematangan tersebut. Aku di'proses' dengan bermacam-macam cubaan, semakin hari tahap ujian semakin mencabar. Semakin hari 'level' semakin tinggi dan ada juga mungkin menurun mengikut kedudukan iman yang aku ada waktu dan ketika itu.

Dan kisah proses pematanganku bermula di sini, Canada.

Aku merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Aku punya 3 orang kakak dan seorang abang. Hidupku sebagai anak bongsu sedikit sebanyak memberi kesan dalam perwatakan dan pembawaan diriku dalam hidup.

Sinonimnya, anak bongsu dilabel sebagai anak manja. Kalau dulu, aku cukup pantang orang panggil aku anak manja, pasti aku akan tarik muka dan 'rebel' menafikan. Sejauhmana aku anak manja? Itu suatu perkara yang subjektif. Persepsi manusia berbeza-beza menurut cara mereka berfikir juga berdasarkan pengalaman lepas yang mereka lalui.

Aku bukanlah seorang anak yang "sami'na wa ato'na". Jauh sekali dari gambaran ciri-ciri anak solehah. Kadangkala jiwa memberontak itu terpancar dan terzahir dengan tindakan yang tiada siapa sangka. Namun itulah aku suatu ketika dahulu. Itulah aku seorang budak yang belum dan tak cukup matang.

Perbezaan dan perubahan yang aku alami di sini cukup ketara sekali. Sehingga aku tersedar, betapa aku sedang 'membesar' hari demi hari.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku ini sehingga aku benar-benar mampu mencapai sifat matang iaitu sifat dan sikap yang harus ada pada setiap yang bergelar dewasa.

Kalau dulu, aku cukup takut untuk membesar dan menjadi dewasa.

Kalau dulu, pernah juga aku tak sabar nak membesar supaya orang tak lagi label aku anak manja. Supaya semua orang boleh percayakan aku dan tak pandang rendah padaku. Supaya semua orang yakin aku boleh jaga diri sendiri dan bertanggungjawab.

Fuh. Baru sekarang aku sedar betapa menjadi dewasa bukan muda dan memikul tanggungjawab itu pun satu perkara yang berat sekali.

Adakala aku tersungkur.
Adakala aku jatuh.
Adakala aku lemas.
Adakala aku lelah.

Namun itu semua menjadikan aku belajar untuk matang dari hari ke hari.

Kalau dulu, aku merasa orang besar-besar ini membosankan. Dewasa dan matang suatu yang ganjal bagiku dek kerana label orang yang selalu menganggap, memperlakukankan aku dengan manja hingga aku merasakan "ah sudahlah.. memang aku tak akan matang sampai bila-bila". Suatu penyataan yang seakan-akan putus harapan untuk melihat diriku membesar dan menjadi dewasa.

Walau mungkin ada benarnya aku jenis yang manja namun tidak bermakna aku patut "dimanja-manjakan" dengan ketidakpercayaan bahawa aku juga sudah membesar dan harus belajar untuk membesar dan menjadi matang.

Apa-apa jalan (anyways), akan aku nukilkan cerita aku menjadi sedikit matang lebih dari dulu dan biasa di sini dari masa ke semasa, jika diizinkan Allah. Insha Allah.



P/s : oh okayy. This post sgt nye lahhh skemaaaa! First trial and first step utk .... Haishh.. Topik larii. Nak citer benda lain tpi termelalut benda lain. =,=z this is what we call free writing.