Sabtu, April 10

I CHOOSE! and the choices are always MINE






 Saya pilih apa yang saya ingin lihat iaitu kebanyakannya filem yang menggalakkan berfikir contohnya yang berkaitan dengan motivasi,ceramah ataupun siri kuliah oleh pensyarah universiti. Bagi saya TV dan filem adalah alat pemukau atau hipnosis yang utama digunakan oleh pihak2 tertentu supaya manusia kebanyakan kekal leka supaya mereka boleh terus mengaut keuntungan dari kelekaan manusia itu sendiri. Jadi bagi saya teramat pentinglah saya menjaga apa yang wajar dan tidak untuk ditonton. Dr Daniel Amen, seorang pakar otak menyatakan didalam bukunya "Change You Brain, Change Your Life", semakin kerap seseorang itu menonton TV maka semakin tinggi kemungkinan mendapat penyakit ADD, penyakit tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu jadi jika seseorang itu sudah sekian lama melayan TV dan filem maka sudahlah nikmat dari membaca rendah berbanding menonton, mahu menumpukan perhatian juga aamat sukar.



yup2. I love that line!

I choose what I want to see in my life.
I choose with who I want to be with
I choose my life for what I believe in!

One thing, I don’t know why
It doesn’t even matter how hard you try
Keep that in mind, I designed this rhyme
To explain in due time

All I know
time is a valuable thing
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
The clock ticks life away

It’s so unreal
Didn’t look out below
Watch the time go right out the window
Trying to hold on but didn’t even know
Wasted it all just to
Watch you go

I kept everything inside 
and even though I tried, 
it all fell apart
What it meant to me 
will eventually be a memory of a time 
when I tried so hard
And got so far
But in the end

It doesn't even matter

I had to fall
To lose it all
But in the end

It doesn't even matter
(
 In the end - 
Linkin Park) 







 I CHOOSE
and the choices are always MINE


Jumaat, April 9

have fun!

"People rarely succeed unless they 

have fun in what they are doing." 

- Dale Carnegie 

Rabu, April 7

masih layakkah aku untuk hidup?







ya Allah..
masih layakkah aku untuk hidup?
sebagai khalifah-Mu?

Ya ALLAH ...
masih layakkah aku untuk hidup
sebagai hamba-Mu?

andai segala nikmat yang tidak terhitung
yang telah  Kau kurnia
tidak  aku syukuri

andai
segala nikmat yang Kau beri
sentiasa dinodai

andai
kebenaran yang Kau tunjuki
aku 'menafi' dan hindari

ya Tuhan
sungguh aku hamba-Mu yang lemah

hina
rendah
kerdil

terhadap keagungan-Mu
tak terbanding kekuasaan-Mu 
juga tak terbanding sehebat kerajaan langit-Mu

ya Ilahi..
masih layakkah aku menghirup udara-Mu?
layakkah aku untuk hidup lagi?
andai saja janjiku pada-Mu seringkali dimungkiri

aku malu
malu di hadapan-Mu

hanya menagih rahmat-Mu
usahaku yang terlalu amat kecil, sedikit

ya ILAHi
Hanya Engkau Tuhan yang aku sembah
Hanya pada-Mu aku panjatkan segala pinta
Hanya pada-Mu puncak pengharapan

Tidak Kau ciptakan aku dengan sia-sia
Tunjuki daku ya Allah jalan yang Kau redhai
Cekalkan hatiku ya Allah berada di atas jalan yang Kau redhai
Jauhkan hatiku ya Allah dari jalan yang Engkau murkai

Tidak terdaya ya Allah
tanpa pertolongan dari-Mu

sungguh akulah hamba-Mu yang terlalu lemah
tanpa-Mu ya Allah
aku tak punya apa
lahirku dari air mani yang hina
kembaliku pada-Mu jua ya Allah

ampuni aku
atas segala alpa
ampuni aku
atas segala khilaf

terimalah taubatku
yang entah kali ke berapa
jinakkan hatiku dengan kalam-Mu ya Rabbi

Sungguh Engkau pemilik hati ini.
Engkau bisa saja membolak balikkan hati ini
Engkau Maha Berkuasa atas segala yang Engkau Kehendaki
maka pintaku
 tetapkanlah hati ini atas jalan yang Engkau REDHAi

andai MATI itu terbaik bagiku
matikanlah aku ya Allah
dengan IMAN di hati
matikan aku ya Allah..
seperti Engkau matikan para syuhada' -Mu
yang mati dalam keadaan memperjuangkan kalimah-Mu
moga aku juakan tetap memperjuangkan kalimah tauhid-Mu dalam sanubariku

Ya Allah.. Ya Maulaana..
sungguh syurgaMu entah bisa kan ku nikmati
harapanku yang melangit tinggi
namun amalku entah apa darjatnya di sisi-Mu, ya Ilahi

Ya Robbul Jalil..
selamatkan aku ya Allah
ku mohon perlindungan-Mu
dari azab-Mu yang pedih
yang dasyat tidak terperi

Kalau Engkau azab aku  jua ya Allah
aku kan jua hamba-Mu yang lemah ya Allah

Ya Hayyu Ya Qayyum,
tanpa perlindungan dan bantuan-Mu
Sungguh aku tak berkuasa atas segala cela 
tak terdaya dengan bisikan syaitan yang menggoda jiwa

Andai Kau ampuni daku 
keagungan-Mu tidakkan tergugat
Takkan berkurang kekuasaan-Mu ya Allah
Sungguh Engkau penerima taubat

Hanya dengan rahmat-Mu
dapat aku melangkah ke syurga-Mu
tak sanggup aku menanggung seksa neraka-Mu

anugerahkanlah maghfirah-Mu
andai maghfirah Kau kurniakan
kebesaran-Mu tetap tidakkkan terjejas

Hanya dengan rahmat-Mu ya Allah
Ampuni aku ya Allah

terima amalku ya Allah
terimalah amalku ya Allah
dah takde amal lain dahh 
T___T

fi kulli makaan
wa kulli zaman

ruhi lillah
mali lillah
nafsi lillah
hayati lillah
ibadi lillahi robbil 'alamin

2.05am





Act as if ...

"To guarantee success, act as 
if it were impossible to fail." 
- Dorothea Brande

Ahad, April 4

selamat beradu puteriku

puisi on the spot yang dibuat di malam hari kepada makhluk yang bernama Natasya Azwin



beradulah wahai puteri serikandi islam
moga imanmu tetap utuh saban waktu
jangan biar serigala menoda

andai saja lemah membaham mu
dakaplah aku seeratnya
moga ada roh iman yang terselit di dadaku
punya tempias pada jiwamu yang lara
dakaplah akhowatmu semahunya
moga tempias roh iman yang ada
bersama menemanimu tika kau alpa

Tuhan pasti mahu melihat
apakah kamu bisa jauh dari-Nya
apakah kamu masih merasa hamba
apakah kamu mahu berpaling lagi dari-Nya

kembalilah pada Dia
dalam sujudmu
dengan sepenuh jiwa

sujudkan jiwamu
hanya pada Dia..

selamat tidur sayang.

Moga Allah membangunkan dirimu esok hari dengan iman yang sejati memenuhi hati

2.22am


p.s : pesan aku kat farah,
'kejutkan aku tau. pukul 5! kalau aku tak bangun, ko smack down je.'
'oh. ok!'

*baik kena smack down skrg, dr kena smack down by malaikat dalam lubang kubur nanti
nauzubillahi
-_-

Jumaat, April 2

I want to believe


manjakah aku?

1. Aqidah yang Sejahtera 2.Ibadah Yang Sahih 3. Akhlak yang Mantap 4. Luas Pengetahuan 5.Sihat Tubuh Badan 6.Mampu Berdikari 7.Melawan Nafsu 8.Sangat Menjaga Masa 9.Tersusun Urusannya 10.Bermanfaat Pada Orang Lain.




Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia
dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan
orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan
anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"



kata-kata abah


kata-kata abah

ilmu yang banyak bagi benefit memang la susah
any ilmu yang lagi banyak benefit lagi susah
hard science very difficult
ilmu-ilmu kental
if u not control in ilmu advance
the basic, 
u must know market economies
kenapa certain country tu very successful
the poorer getting poorer
the ill of western economy - sbb riba'
islamic economy akan baik
the world required new formula
for the prosperity
will rise with islamic economy
communist economy pun da doesnt work
communist punya concept u cant be rich
every kekayaan belong to state
but market economy,
a few people control the prosperity
these are the people that dictate the price
capitalist economy
tapi kalau konsep komunist, fail.
not motivate people to work hard
tapi kann
western economy akan fail
nanti u kaji islamic economy
dalam quran pun ada sebut pasal depression economy


ilmu kene ikat
ikat dengan tulis
bila tulis dia reinforce dengan mind

kena rajin membaca
very important
mesti menulis
Allah mengajar manusia dengan kalam 
kalam tu maksudnya dengan  tulis

kalau orang tu dah baca, tak tulis, tak dapat ilmu, 
nanti ilmu tu hilang..
u read, u must write then u remember
dun wori
u doa.
pagi betang baca ratib
yang ajar kita hakikat sebenarynya Allah 
Allah yang ajar manusia benda yang dia tak tau
kita lahir
u must believe
yg important u spend time
ulangkaji banyak2
insyaAllah banyak mentelaah
yg penting u usahakan
so dont worry

Khamis, April 1

I need COURAGE

is a quality of spirit that enables you to face danger or pain without showing fear