Rabu, Januari 14

melangkah arus.



Dan kita generasi muda,
haruslah bersedia untuk melangkah lebih jauh dan lama di jalan ini.
Bekalan ilmu dan iman, kefahaman pada thariq amal, serta keberanian dalam terus melangkah ..
walaupun tahu,kesilapan itu pasti berlaku.

Jemaah adalah wasilah menuju kejayaan dakwah.
 Ianya wajib kerana mencapai kemenangan islam itu wajib
 dan kita tak mampu mencapainya keseorangan.

Maka matlamat kita bukanlah pada jemaah.
Matlamat kita tetap pada kemenangan Islam.
Maka kita akan terus membina angka-angka yang berkualiti
demi menyiapkan para rijal yang mampu memasuki seluruh posisi yang ada dalam masyarakat kita.

 Ini penting, kerana bila daulah islam itu tertegak,
kita akan cukup man power
untuk menduduki seluruh jawatan2 yang penting bagi sebuah negara.

maka kerja kita tetap sama, dan tak pernah berubah.
 Itulah dia membina rijal-rijal Muslim, individu Muslim dengan tarbiyah yang mapan,
serta Quran yang berjalan di atas muka bumi.

-arusbaru-

ada masa ..

Ada perkara, masa akan menjadi penyembuh.
Ada perkara masa akan mematangkan kita dan membaiki keadaan.

~us~