Khamis, Jun 24

can't you read?


sejenak terfikir. dah lama tak buat refleksi. tapi dua tiga menjak ni memang ada beberapa perkara yang mengetuk pintu hati. kalau tak ambil peluang untuk berfikir sejenak, merenung alangkah ruginya. membiarkan tarbiyah-Nya berlalu begitu saja.

dah lama sangat hidup 'bersendiri'. sungguh. sudah lama. seakan terlupa akan 'kerja' itu. lama benar menyepi diri. kenapa? sibuk kononnya. sibuk apa? ah. cukup-cukuplah beralasan wahai diri. cukup!

satu persatu perkara datang 'menyerang' diri ini. terlalu banyak mutiara kehidupan untuk dikutip andai saja diri ini benar-benar memikirkan.

bukan saja sekadar berfikir, namun berfikir untuk bertindak. bukan sekadar berkata, tapi perbuatan menyusul kata-kata. namun perlunya kata-kata itu agar kata-kata tersebutlah yang akan kembali menampar diri ini dikala dia leka dan lena dengan 'kesibukan dunia'.

'sendiri'.
ya. terasa seakan diri 'tersisih' tanpa disengajakan.

tapi itu bukan yang utama.

the point that play in my mind at the time being, bilakah kali terakhir kita letakkan akhirat sebagai matlamat hidup?

'saya heran bila orang kejar studi. yang terlihat studi yang diutamakan atas segala-galanya padahal studi tu patut digunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat'

matlamat yang lebih tinggi

yang utama

'not finding the best but be the best to get the best.'

itulah kata-kata yang terucap pada sahabatku.

bukan mencari yang terbaik tapi kita jadi yang terbaik untuk kita dapat yang terbaik.

soal hidup. soalnya segala di tangan Tuhan yang menentukan. namun kita punya bahagian untuk berusaha.

'apalah sangat dunia ni. kita cuma kena sabar kejap je lagi. agak2 dalam 60 tahun je. lepas tu syurga. kekal abadi. selama2nya..'

'kalaulah semua orang fikir matlamat pasal akhirat, dia takkan buat benda yang tak bagi manfaat pun untuk dia time kat akhirat nanti. mesti benda yang dia nak buat tu semua benda yang boleh bagi benefit masa kat akhirat.'

kalau iman kita iman yang benar, tak akan ada lagi jalan2 tanpa arah, tak ada lagi jalan2 saja2, baca novel suka2, cakap2, borak2 pasal orang itu ini,

tak mungkin. kenapa?

sebab kita sendiri tau, benda tu semua takde faedah. yang hanya bagi kita kesukaan utk dunia je.

baca novel suka2, borak2 kosong, jalan2 yg saja2, boleh buat amal ke? yang boleh bawak sampai ke syurga?

kenapa syurga?

kalau benarlah kita beriman dengan syurga dan neraka. prinsip keimanan yg terterap sejak kita ucap syahadah.

senang sekali hidup kita ni tersasar. tersasar dari kehidupan yang punya tujuan yang jelas.

kenapa boleh fokus studi, kenapa payah nak fokus dalam solat? boleh fokus tengok movie, baca manga tapi benda yang boleh dekatkan diri dengan Tuhan lebih suka untuk ditinggalkan.

itulah dunia yang melalaikan. indah pada pandangan. namun hakikatnya terlalu hina. hakikat yang hanya difahami oleh mereka yang merenung dan berfikir yang mahu mengambil pelajaran.

peristiwa minggu lepas memang seakan menyentak diri ini.

'don't you read? it's all written there. you should read before you come'
'she can't read the advertisement.'

pang! ibarat satu tamparan menghinggap. pedas. lebat.

saat pulang aku terfikir. kalaulah Allah cakap macam tu kat time kat akhirat nanti kat manusia.

'hey don't you read? I have write all the guidance. It's all written there. Can't you READ?'

mamat tu marah kat aku sebab benda yang dah terang tertulis jelas. tapi aku tak baca. (aku baca je cuma aku tak ingat. n dia assume aku tak baca.)

agaknya kalau Allah? I can't even comparelah Allah dengan manusia. surela tak sama. tapi to me cukup satu tamparan.

terdiam malu.

Allah bagi akal untuk berfikir.
Allah bagi mata untuk melihat.
Allah bagi lidah untuk berpesan.
Allah bagi hati untuk menilai kebenaran.

'kerja kita ni kena sebarkan'

'sejauh mana sudah hidup kita ni menyumbang kepada islam?'

'awak cuba fikir, awak hidup ni ada kesan kat orang lain tak? kalau awak ada apa kesan, kalau awak takde apa kesan?

sungguh rugilah kalau hidup awak ni langsung takde bagi kesan kat orang lain'

betul.
sejauhmana hidup kita ni dapat bagi kesan pada orang lain, pada dunia yang kita hidup ni sebelum kita mati tinggalkan semua?

sejauh mana?

renung2, fikir2kan. tindak2kan.

Wallahu'alam
Wallahu musta'an.

55 Centre AVe
3:43 AM Khamis 24 Jun

Selasa, Jun 22

beringat!



The Prophet (pbuh) said:
“Take benefit of five before five:
your youth before your old age,
your health before your sickness,
your wealth before your poverty,
your free-time before your preoccupation,
and your life before your death.”
(Hakim)



INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA 

MUDA SEBELUM TUA

KAYA SEBELUM MISKIN 
LAPANG SEBELUM SIBUK
 
HIDUP SEBELUM MATI
 
SIHAT SEBELUM SAKIT

Isnin, Jun 7

Wahai pemuda, mari berjihad!

My dreams, Your dreams, Our dreams ...

North Carolina, Atlanta

You know a dream is like a river, ever changing as it flows.
And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes.
Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store
makes each day a constant battle just to stay between the shores.
And I will sail my vessel 'til the river runs dry.
Like a bird upon the wind, these waters are my sky.
I'll never reach my destination if I never try,
So I will sail my vessel 'til the river runs dry.
Too many times we stand aside and let the water slip away.
To what we put off 'til tomorrow has now become today.
So don't you sit upon the shore and say you're satisfied.
Choose to chance the rapids and dare to dance the tides.


-Garth Brooks,

Khamis, Jun 3

make the dreams alive!

If you dream to see the Ummah united, dream and work for that dream!
If you dream to see a happy Palestine, dream and work hard for that dream!
If you dream to see the Muslim Ummah rise again as a leader of nations, dream and live your dream!

Don’t give up, before you start.
Don’t say I can’t, before you begin.
Don’t say It cannot be done, before you even try!

Dreams open the doors to the unknown, and it's up to you to explore.

The moment we stop dreaming, we're doomed.

Selasa, Jun 1

Mensenikan cinta


To love, and to be consistent.

Dalam kisah-kisah para anbiya' dan salafussoleh, banyak contoh-contoh hidup bagaimana mereka yang begitu hebat dalam dakwah dan jihad, agar dapat terus teguh dan kekal, konsisten dalam menjaga cintanya terhadap Allah dan jalan yang mulia itu.

Nabi Daud a.s beromantik dengan Allah dengan tasbih yang agung, lantas dengan itu ia mengukuhkan kekuasaannya dan terus menyebarkan syariat ke seluruh alam.

Saya pernah membaca salah satu syarah Bible, dia ada mengatakan bahawa David yang menulis Psalm. Kemudian si penulis syarah tersebut berkata bagaimana David boleh mampu menulis Psalm, lantas si penulis mengatakan bahawa David ini adalah antara orang yang paling banyak bertapa (meditate) lantas God berikannya ilham yang banyak dan boleh menulis Psalm. (kita ambil pengajaran sajalah ya)

Nabi Nuh a.s beromantik dengan Allah dengan tangisan dan doanya kepada Allah.

Nabi Musa a.s sangat kuat harapannya dan pengharapannya pada Allah dan menjadikan beliau sentiasa berdoa dan sentiasa bertaubat agar ditetapkan hatinya.

Rasulullah s.a.w sentiasa memperbaharui taubatnya, tahajjudnya tidak tinggal, darjatnya mampu mencapai kesetiaan yang agung terhadap jalan ini, sehingga Jibril datang menjemput baginda s.a.w.

Salah seorang salaf pernah berkata ; semenjak aku peluk Islam, aku tidak pernah kenyang kerana ingin merasakan kelazatan solat.

Imam Ghazali r.h.m menyebutkan, kalaulah bukan kerana zikir ini (ada zikir-zikir hariannya sebanyak seribu kali setiap hari), maka sudah pasti aku tidak mampu capai apa yang aku perolehi sekarang ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.h.m setiap hari pergi ke hujung kota Damsyik selepas subuh, dan berteduh di bawah sebuah pohon di situ. (bertafakkur terhadap keindahan ciptaan Allah)

Dan contoh-contoh lain ..

Habis satu lagi bahagian.

----

Cuba kaitkan kedua-dua bahagian. Saya ambil satu saja pengajarannya, iaitu tips untuk terus kekal dalam bercinta adalah sejauhmana kita pandai berseni dalam menyemai cinta tersebut.

Bagi hubungan manusia-manusia, antara seni yang paling penting adalah kebersamaan. Kita hadir pada waktu dia susah, kita sentiasa datang bila diperlukan. Sangat besar kesannya bila kita sentiasa 'ada' dan 'hadir' bersama manusia, tidak kira apa jenis sekalipun.

Masakan 'kebersamaan' itu tidak penting, sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w pun dikategorikan mengikut selama mana dia hidup 'bersama' dengan Nabi s.a.w - Ahli badar berbeza dengan Ahli Uhud, ahli Baiah Aqabah lain martabatnya dengan para Ansar. Ahli Baiatur Ridhwan juga berbeza darjatnya dengan umat Islam yang masuk Islam selepas Fathu Makkah.

Rasulullah s.a.w pernah menyebut : 

Berilah hadiah, maka kamu pasti akan saling mencintai.

Itu pun salah satu bentuk untuk menguatkan cinta manusia-manusia.

Seni dalam bercinta itu penting, kalau kita tidak berseni, nanti orang-orang yang kita cintai jadi bosan cepat, sebab taktik sama saja, tidak bertukar pun. Kita pun nampak macam tak serius untuk mencintai dia.

----

Dalam hubungan manusia-Allah, sifirnya tidak jauh. Seseorang yang paling tinggi martabatnya adalah orang yang paling pandai berseni dalam menyemai cintanya kepada Allah.

Para muqarrabin (orang-orang yang terdekat dengan Allah) mempunyai satu fiqh (kefahaman) yang menunjukkan betapa dalam nilai seninya ;

"Hasanaatul Abraar, Sayyiaatul Muqarrabiin" yang bermaksud :

"Kebaikan (perkara harus) bagi orang baik-baik, adalah keburukan orang muqarrabin"

Mereka yang sudah mendaki ke puncak yang tinggi dalam mencapai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang), pastinya berbeza dengan mereka yang belum pun mendaki gunung mujahadah tersebut yang miliki nafsu ammarah (jiwa yang mengarah kepada keburukan). Seseorang yang belum mendaki kelihatan bersahaja dan tidak risau apa pun, sebab mereka takkan terjatuh. Kalau tergelincir pun takkan cedera.

Berbeza dengan seorang yang sudah mendaki gunung yang tinggi, maka dirinya sangat-sangat takut akan terjatuh ke dalam lembah yang sangat dalam. Dia akan merasa gayat, takut, takut kecewa sebab kena mula dari awal, takut patah kaki dan tak dapat nak naik balik, dan macam-macam perasaan lagi.

Oleh itu, perasaan mereka yang sudah berada di kemuncak lebih-lebih lagi takut untuk jatuh ke kaki gunung. Pastinya orang yang mendaki akan mencari sebanyak mungkin cara untuk memastikan dirinya tidak 'jatuh' daripada gunung mujahadah itu.

Maka dalam waktu itu, dia perlu mencari segala macam bentuk bekalan, dan berseni dalam terus memanjat untuk teruskan pendakiannya menuju puncak mujahadah, iaitu nafsu mutmainnah. Dalam dirinya tidak difikirkan perkara-perkara remeh temeh, tetapi memikirkan bagaimana caranya untuk mendaki ke puncak dengan cara yang paling selamat dan confirm sampai.

Seperti yang saya sebut tadi, fiqh orang muqarrabin, mereka sangat berjaga-jaga dengan perkara harus, kerana baginya perkara kecil pun boleh cukup untuk menjatuhkannya daripada martabat muqarrabin. Kalau orang yang mendaki itu sibuk fikir untuk nak makan gula-gula atau kitkat atau tengok movie, pasti dia akan terjatuh kerana fokusnya kini 'memaksa' dia untuk teruskan pendakian.

"Yatruku ma la ba'sa bihi, Khaufan min ma bihi ba's"
- meninggalkan apa yang harus, kerana khuatir akan terjebak dalam perkara haram -

Benarlah apa yang Ibnu Qayyim sebut ;

"Meninggalkan perkara yang membawa kepada maksiat itu lebih berat/susah daripada meninggalkan maksiat"

Pada mulanya, saya kurang faham. Tapi bila diteliti balik, ya memang benar. Kadang-kadang bila syaitan tak nampak pintu maksiat untuk dia cucuk, dia akan bagi umpan-umpan ringan, supaya kita (yang kononnya sudah mantap itu) memakan umpannya yang pada mulanya nampak tiada apa, tapi rupanya di belakang itu ada si tukang kail yang memasang perangkap yang mampu menarik kita.

Umpan itu banyak jenis, kadang-kadang berbentuk ketidak susunan prioriti, kadang-kadang berbentuk perkara harus, kadang-kadang bentuk pujian dsb.

Mungkin itulah darjat-darjat orang yang rapat dengan Tuhannya.

----

Bagi orang yang berdakwah dan berjihad, semakin jauh dia dalam perjalannya, semakin sukar baginya untuk membongkar rahsia tsabat.

"Ilaahi lastu lil firdausi ahlan .. wala aqwa alannaaril jahiimi .."
Tuhanku aku tidak layak ke Firdaus-Mu, dan aku tak mampu menghadapi api neraka-Mu.

Itulah antara gaya orang-orang yang benar-benar istiqamah dalam bercinta dengan Allah .. dan dakwah-Nya. Itu tanda keseriusan mereka. Jangan menggunakan alasan mereka itu hidup zaman jahiliyah kurang dan sekarang ini zaman canggih dan bermacam-macam alasan.

Ibnu Qayyim menyebut dalam kitabnya Al-Fawaid :

"Innama tafawutul Qaumi bil himami, la bissuwar" - Sesungguhnya beza di antara suatu kaum dengan kaum yang lain adalah pada kemahuan-kemahuan mereka, bukan pada bentuk fizikal/luaran mereka

Orang yang semakin tinggi posisinya dalam gunung mujahadah, dirinya pasti akan lebih takut untuk jatuh, dan mereka pasti mengkaji apakah dia afat-afat (penyakit-penyakit) yang boleh menjatuhkannya, walau sekecil seekor nyamuk.

Saya akhiri post ini dengan ringkasan tulisan buku Sirotunal Mustaqim tulisan Ahmad Rasyid, bab yang terakhir yang bertajuk ;

"Wa Akhafu min Yaumil Hisab" - dan aku sangat-sangat takut dengan Hari Pembalasan.

Secara ringkasnya ia mengisahkan gambaran bayangan bagaimana jika kita di hari Akhirat nanti.

Ketika kita melangkah menuju ke syurga, ada tangan-tangan yang akan menarik kita daripadanya. Tangan itu adalah tangan kawan-kawan kita yang kita abaikan haknya, tangan jiran-jiran kita yang kita lupakan untuk dakwahnya, tangan itu adalah saudara mara kita yang kita lalai untuk mengajaknya, tangan-tangan itu adalah hak-hak manusia yang kita selalu terlupa untuk tunaikan kewajipan kepada mereka. Itulah tangan manusia yang kita selalu kita burukkan, kita umpatkan, kita keji dan hina. Mereka akan mengambil pahala--pahala kita hingga habis .. jika habis pahala kita, mereka akan berikan dosa-dosa mereka pada kita ... akhirnya ...

Tangan-tangan itulah akhirnya membawa kita ke neraka ... (Nauzubillah min zalik)

Maka oleh itu wahai para duat, jika engkau tahu bahawa dosa kita sangat banyak dan tiada apa yang mampu menyelamatkan kita melainkan rahmat Allah ..

Bentangkanlah sejadahmu ..
Bermunajatlah kepada Tuhanmu ..
Sekiranya engkau mampu menitiskan airmata yang pertama ..
Maka teruskanlah .. untuk menitiskan titisan yang kedua.

----

Mereka serius dalam cinta mereka .. dan mereka berjaya.
Kita ?


Maka saya sebutkan sekali lagi di sini, teguhnya seseorang itu dalam dakwah adalah kerana Allah mahukan dia untuk terus berada pada jalan-Nya, dan begitulah sebaliknya.

"Allah lebih mengetahu siapa yang Dia mahu meletakkan risalah-Nya" - Surah Al-An'am

Oleh itu di sini perlu disemai cinta-cinta agar mereka tidak bosan dengan perkara ini.

Saya teringat satu nasyid Arab :

"Ikhwatal Islami hayya .. Natafaanaa fil jihaad"
- Wahai saudara seIslam marilah ... kita berseni dalam jihad ini -

Ada orang berseni dengan memasang pelita di tengah malam ketika manusia tidur, lantas meluangkan waktunya yang panjang bermunajat dan beromantik dengan Allah. Agar saat-saat kebersamaannya dengan Allah itu semakin banyak dan menguatkannya dalam dakwah.

Ada orang yang nyalakan lilin agar suasananya romantik di tengah malam bermunajat disinari cahaya lilin dan diisi dengan zikir tasbih kepada Allah.. (Kalau suami isteri boleh pergi candlelight dinner untuk beromantis, takkan nak bercandlelight dan bercinta dengan Allah tak boleh kan ?)

Ada orang yang sanggup untuk tidur di atas lantai hanya kerana ingin mudah bangun untuk qiamullail berbanding tidur di atas tilam yang empuk.

Ada pula orang yang doanya sentiasa diiringi tangisan dan meminta selalu agar tetap teguh, dan sentiasa takut-takut sekiranya hatinya dibolak-balikkan dan berundur diri dari medan.

Ulama' dulu suka mengarang bait-bait syair yang menyentuh jiwa dan perasaan yang menjadikan dirinya sentiasa rapat kepada Allah, contoh Imam Syafie, ketika ternampak betis perempuan, beliau lantas terus mengarang bait syair yang menyatakan kesungguhannya dalam mempercantik hubungannya dengan Kekasihnya (Allah) :

sumber : emel dari akhowat

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu ...