Selasa, Julai 1

Registration Day Kolej Mara Seremban





















Harini aku ikut hantar member aku pegi Kolej Mara Seremban untuk program A-level. Persediaan ke New Zealand.

Fuhh..first2..bosan yang amat dengar taklimat. Lepas tu, dah habis, angkut barang-barang. Hmm, mmg betul la maknye kata, dia bawak barang mcm 'segiant'. Bayangkan, 4 orang angkat, untuk 3 kali angkut. Hmm..bleh tahan banyak tuh! naik sampai tingkat 3. Mmg besh!

tHere few pics..!


Hmm..by the way, ada benda hari ni yang xbest.

Kitorang tak berapa suke dengan orang yang berlagak cakap English. Bukan nak kata orang tu berlagak. Tapi, kadang-kadang kita yang dengar ni meluat. Bukan sebab apa. Kalau orang tanya dalam Melayu, jawab Melayu la beb! Xpyah r nak kecek bahasa penjajah. Aku bukan ape, aku cuma nak orang Melayu ni sedar asal usul, jangan nak rasa bangga sangat dapat cakap bahasa Inggeris nih. Aku lagi respect and salute kat orang yang merendah diri. Merendah diri yang macamana? Ok, aku bagi contoh.

Kita jumpa dengan Si A. Bila jumpa dengan dia, xde sepatah haram pun keluar bahasa Inggeris. SIap loghat kadang2 tu mungkin kelatan ke Kedah ke. And then, tau2 dia ni memang English Mantap.

ntahla. benda ni, aku tau speaking is really important. Tapi aku nak stresskan kat sini, BIAR BERTEMPAT. agak2la jugak. Kalau macam member kita, nak ajak belajar speaking, itu aku ok beb. No hal. No prob. Aku pun siap pakat ngan member serumah aku dulu masa kat USIM , pakat nak cakap English. SEbab dorang aku tau, kalau tak pakat, haram nak speaking. Alih2 diri sendiri jugak rugi kalau tak kuasai. Tapi, nak kata bukan apa. Aku cuma tak suka orang yang guna bahasa penjajah tu, mcm dah lupa bahasa ibunda sendiri. Ntahla weh. Sesetengah orang tu, aku rasa meluat dgn dier speaking. Ntah! Rase mcm berlagak r plak dier nih. Entahla. ni pandangan peribadi aku la. Ini ape yang aku rasa. Kalau nak speaking English bertempat. Kadang2, ada orang mungkin tak berapa mahir guna bahasa tu. Pastu, kita selamba badak speaking. Nyot nyet2..dah orang tu rasa rendah diri plak, sbb tak power english. Kalau english power tu, tak payah tunjuk2. Rilek2 sudeh..Cool. Ada masa, ha tonjolkan kehebatan anda! PAda masa biasa2, kadang-kadang tu, sedar2 lah bahasa ibunda kita. Jangan diagung-agungkan sangat Bahasa Inggeris tu.

Kita hanya perlu kuasai Bahasa Inggeris, sebab dier bahasa ilmu. Kalau mantap english, maka kita dapat kuasai ilmu dengan lebih mudah. Komunikasi dalam BI kalau bagus, dapat menambah keyakinan diri. Cuma, kalau dalam kita nak belajar takpe. Gunalah peluang yang ada puas-puas, kecek lah! Tapi, berpada-pada la jugak. Huhu T_T

Aku benci tengok orang Melayu yang speaking slank konon macam orang putih. Belum fly lagi. Speaking biase2 sudeh..kite orang melayu. tak yah la nak ikut sgt, slank orang putih. len r kalo kite ni orang putih tak pun dah dok negara orang putih. aku bukan ape, aku cuma harap jangan cuba nak jadi orang lain. DOnt pretend you are like or u want to be like somebody. Just be yourself.

If me, I am proud to born as MALAY. I'm proud my nation is MALAYSIAN. I'm proud to show the MALAY identity. I don't want to be somebody else! I just want to be myself. Just be yourself.
Jadilah diri sendiri tanpa meniru gaya orang atau bangsa lain. Anda mahu berjaya? Ya. Perlu untuk kita meniru cara hidup orang yang berjaya itu bagaimana. Namun dalam personaliti, anda adalah anda! Tiada siapa di dunia ini seperti anda. Makanya, tidak perlu anda untuk cuba jadi seperti orang lain atau nak jadi macam orang lain, atau nak serupa macam orang lain.

Itulah, ape aku dan aliah rasekan. Terasa meluat gak. (sebenarnya aku tak rasa ape2 sangat..member aku ni je yang start rasa meluat. then, aku pun tambah2 rasa macam tu dgn sendirinya. as sebab dier meluat, aku pun terasa meluat gak)




5 komentar:

lotto tickets berkata...

that's way too cool.

berto xxx berkata...

I like this blog. for real!


berto xxx

lottery winners berkata...

So that those who will accidentally visit your site will not waste there time with this stupid topics.

Tanpa Nama berkata...

"Kitorang tak berapa suke dengan orang yang berlagak cakap English. Bukan nak kata orang tu berlagak. Tapi, kadang-kadang kita yang dengar ni meluat. Bukan sebab apa. Kalau orang tanya dalam Melayu, jawab Melayu la beb! Xpyah r nak kecek bahasa penjajah. Aku bukan ape, aku cuma nak orang Melayu ni sedar asal usul, jangan nak rasa bangga sangat dapat cakap bahasa Inggeris nih."

saudari seagamaku,kenapa anda meluat dgr orang speaking english? apekah kesalahan yg dia bwat pada anda? adakah dgn speaking english itu menandakan dia sudah lupa asal usul diri sbgi seorang melayu?adekah dgn speaking english itu menandakan dia bangga dgn diri sendiri dan bongkak?adakah sikap buruk sangka sebegini yg diajar oleh Rasulullah? adakah sikap menyampah atau meluat dgn orang lain yg 'hanya berspeaking english dan tidak ada apa2 salah pd anda' itu sesuatu yg diajar dlm islam?

apa masalahnya jika kita bercakap dgn slang orang putih?apa kesalahannya jika kita berbahasa inggeris berbunyi sperti mat saleh? haramkah? berdosakah? di manakah problemnya di sini? hairan juga,kalo bercakap bahasa arab,ke sana ke mari ke hulu ke hilir ana anta ana anta, dianggap alim dan warak, tapi bila berbahasa inggeris, dianggap sombong dan tak sedar diri.kenapa x kata pd budak2 yg berbahasa arab mereka itu perasan orang arab dan terlupa asal usul melayu? ape beza bahasa inggeris dn bahasa arab? kedua2nya adalah foreign language. kenapa perlu berat sebelah seperti ini?

maafkan jika ada terkasar bahasa.

everjihad berkata...

to anoni..

salam ukhuwah.

terima kasih atas teguran membina.

benar kata anda. saya agak emosi masa tu. maka kata-kata itu tidak terkawal. jika dilihat dan difikirkan kembali, benar segala yang anda bicarakan.

dan saya akui, ini kesilapan saya sendiri. kelemahan diri. dan betul, orang yang berbicara bahasa Inggeris tu, tak buat salah. dan sebenarnya bukan pada bahasa itu sendiri.saya mahu katakan attitude. tapi, itu di luar bidang kuasa kita bukan? kita tak dapat nilai orang lain dengan penilaian kita yang dangkal.

walaubagaimana pun, saya pernah membaca bukut tulisan HAMKA, berjudul peribadi. bila saya terbaca komen anoni, baru saya teringat tentang butir bicara buku tu. lebih kurang maksudnya, bila kita benci orang, sebenarnya bukan orang tu yang bersalah, atau orang tu membuat sesuatu yang bercanggah, kadangkala sebenarnya oleh kerana keburukan diri dan kelemahan diri kita sendiri yang buat kita benci atau tak suka orang tu.

senang kata, bila disingkap dan ditafsir kembali, punca atau sebab, yang menjadi saya 'meluat' atau dalam erti kata lain 'menyampah' dengan mereka yang speaking menggunakan accent, sebenarnya dalam erti kata lain. saya punya kelemahan. sebab itu saya mungkin berperasaan demikian. boleh jadi, saya tidak mahir berbahasa Inggeris, dan bila orang lain lebih mahir dari saya, maka saya tak suka orang tu. boleh jadi juga begitu.

apa2 hal pun, saya akui, dan saya sedar persepsi dan mentaliti sebegini perlu diubah bagi membangunkan diri dengan lebih mantap dan mapan.

Wallahu'alam.
Syukran atas teguran dan keprihatinan anda.
Terima kasih kerana sudi menziarah blog saya.

Salam persahabatan.